Ramai penerima BR1M terasa kecewa apabila pergi ke mesin ATM dan bank, mendapati bahawa tiada duit BR1M dalam akaun, walhal sebelum ini mereka tiada masalah pun menerima duit BR1M.
Tiga Status BR1M Ketahui Duit Masuk Akaun
Saya dimaklumkan bahawa proses kemasukan duit BR1M bermula pada minggu akhir bulan Februari melibatkan 3 fasa. Siapa yang dah terima duit BR1M tu, bermakna mereka berada di dalam fasa pemberian duit BR1M peringkat pertama.Namun, buat mereka yang sebelum ini tiada masalah terima duit BR1M dan kali ini alami kelewatan, anda mungkin berada di peringkat fasa kedua mahupun ketiga.
Untuk membantu anda kurang stress berkaitan duit BR1M sebanyak RM450 itu, cuba semak kembali status BR1M anda di laman web e-BR1M.
[post_ads]
Dah lihat? Sekarang, anda rujuk pada 3 status akaun BR1M di bawah ini ...
Status 1 - Lulus Tapi Belum Kreditkan ke Akaun Bank
Status permohonan anda 'Lulus' tetapi 'Tiada Rekod' pada status pengkreditan. Ini bermaksud bahawa proses pengkreditan duit BR1M sedang dilakukan oleh pihak bank ke dalam akaun anda. Anda diminta bersabar, in Sha Allah, duit BR1M yang sepatutnya anda terima akan dimasukkan beberapa hari sahaja lagi.Status 2 - Status Permohonan 'Dalam Proses'
Ini bermaksud bahawa semakan sedang dilakukan ke atas permohonan anda. Walaupun dalam BR1M sebelum ini anda menjadi penerima, tidak mustahil untuk BR1M, permohonan anda tidak diluluskan. Anda perlu tahu bahawa pihak LHDN akan membuat semakan dari semasa ke semasa.Jika anda terlepas untuk kemaskini borang permohonan BR1M, tetapi patuhi syarat BR1M, maka kemungkinan anda menerima duit bantuan ini akan lewat sedikit. Anda mungkin penerima BR1M di fasa ketiga.
3. Status Lulus dan Maklumat Pengkreditan Duit BR1M dalam Akaun Bank
Jika status permohonan anda 'Lulus' dan telah ada info berkaitan status pengkreditan BR1M, maka bermakna duit BR1M telah masuk akaun bank anda seperti dinyatakan.Jika anda lihat status ini muncul semasa semakan di e-BR1M tetapi duit tiada dalam akaun, mungkin anda telah tersilap masuk nombor akaun bank atau anda memasukan nombor akaun bank yang salah. Ini pentingnya semakan dibuat ketika permohonan BR1M terkini dibuka bulan Disember.
[post_ads_2]
Saya harap penerangan ringkas berkaitan status permohonan dan status duit BR1M masuk akaun ini dapat meringankan stress anda .."Kenapa duit BR1M tidak masuk akaun lagi ..".
Jika anda seorang penerima BR1M yang layak, usah risau .. in Sha Allah, duit bantuan ini akan masuk ke akaun anda. Anda harus sedar bahawa pengagihan duit BR1M melibatkan banyak pihak, dari pihak Kementerian Kewangan, LHDN hinggalah ke bank.
Jadi, bersabarlah ye ... anda tak perlu keluarkan apa-apa modal pun untuk dapatkan hak anda ini seperti yang dijanjikan dalam Bajet 2017.
Kredit Gambar: Melvister
dah lulus tp duit blm msuk acc..:)
ReplyDeletedalam proses... =(
ReplyDeleteAda satu lagi bro HH.
ReplyDeleteNo kad pengenalan anda tidak ditemui dalam sistem.
Tahun lepas dah reject, tahun ni confirm x dapat. Malas nak merayu-rayu lagi.
DALAM PROSES LAGI
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.