Alhamdulillah, siapa yang menyimpan dalam Tabung Haji tentu dah lega apabila pihak Tabung Haji (TH) sudah umumkan pulangan dan juga bonus untuk pendeposit TH bagi tahun kewangan 2016. Pulangan (dividen) simpanan dan bonus TH ini kini dikenali sebagai Hibah Pendeposit dan Hibah Haji.

Tahun 2017, pihak TH mengumumkan Hibah Pendeposit sebanyak 4.25% dan Hibah Haji sebanyak 1.50%. Ini menjadikan jumlah pulangan atas simpanan dalam TH yang bakal diterima oleh pendeposit TH adalah sebanyak 5.75%.

Hibah Haji dan Tarikh Bayaran Kepada Pendepost Tabung Haji

Hibah Haji Tarikh Bayaran
Pengumuman mengenai Hibah Pendeposit dan Hibah Haji telah pun dibuat pada 3 Februari 2017. Ramai yang menantikan pengumuman ini terutama mereka yang dah lama menyimpan dalam TH. Alhamdulillah, Hibah kali ini boleh dianggap baik dan memuaskan walaupun keadaan ekonomi sekarang yang kurang menentu.

Hibah pendeposit dan hibah Haji akan dibayar dan dikreditkan ke dalam akaun simpanan bermula 6 Februari 2017. Semua pendeposit boleh membuat semakan di semua kaunter TH dan juga bank terpilih bermula pada tarikh tersebut.

Penyimpanan dalam TH adalah merupakan antara pelaburan jangkamasa panjang yang bagus. Apatah lagi simpanan di dalam TH adalah berlandaskan syarak dan hibah yang diterima pula telah dipotong zakat. Jadi, kadar 4.25 peratuas dan 1.50 peratus yang diterima oleh pendeposit TH adalah bersih, tidak perlu lagi dizakatkan oleh penyimpan.
[Baca] 10 Sebab Untuk Tidak Melabur dalam Tabung Haji dan ASB
Jika mahu menyimpan dalam TH, berniatlah untuk memudahkan anda mengerjakan haji di tanah suci. In Sha Allah, simpanan anda akan diberkati, dan niat anda untuk mengerjakan rukun Islam yang kelima dipermudahkan.

Saya, isteri dan anak-anak serta emak saya masing-masing mempunyai akaun di TH. In Sha Allah, kami semua telah daftar untuk Haji pada tahun 2052. Jika panjang umur, jejaklah kaki kami nanti ke tanah suci.
[Baca] Cara Semak Pendaftaran Haji Secara Online
Kepada yang belum membuat pendaftaran haji, saya syorkan anda lakukan dengan seawal yang mungkin. Pendaftaran haji boleh dilakukan melalui mesin ATM Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic. Selain itu juga, pendaftaran ini dapat dilakukan secara online melalui portal Tabung Haji (e-THiJARI), portal kerajaan (eKL) dan juga Maybank2u.
[Baca] Tips Untuk Pergi Haji di Usia Muda

Nasihat saya, terutama untuk mereka yang dah ada keluarga, cepat-cepatlah buka akaun TH dan lakukan simpanan seawal mungkin; anda boleh buka akaun untuk anak-anak anda seawal usia sebulan.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement