Maka, terpanggillah akan diri saya untuk tulis tentang tatacara untuk daftar akaun bil TM buat mereka yang mungkin masih tak pasti. Yelah, bukan semua orang celik IT sepenuhnya, walaupun tahu gunakan WhatsApp untuk share info .. huhu. Dan bukan semua orang ada masa nak dengar penerangan pegawai TM di TM Centre tentang cara nak daftar akaun online TM ni.. :P
Tatacara Mendaftar Bil Telekom Malaysia (TM) Streamyx dan Unifi secara Online
Ok. Saya harap anda ikuti langkah-langkah mudah ini untuk daftarkan akaun TM anda. Namun begitu, sebelum anda nak mula daftar, perkara-perkara berikut mesti anda tahu dan sediakan.- Nama pelanggan seperti didaftarkan dalam bil telefon TM (jika asal telefon tersebut didaftarkan atas nama ayah, maka kena guna nama ayah anda)
- Nombor kad pengenalan pelanggan
- Nombor telefon TM atau nombor servis (nombor telefon yang didaftarkan dalam bil/akaun). Ia bukan nombor handphone anda ye ...
- Emai. Mesti nak ada email yang anda selalu gunakan sebab bil akan dihantar menerusi email nanti. Tiada lagi cetakan hantar guna pos.
Nombor bil dan nombor akaun tidak perlu dalam proses tatacara daftar akaun bil TM online ini.
Ok. Untuk daftar akaun bil TM, saya dah cuba tulis sebaik mungkin agar anda faham ..
1. Pergi ke laman web myTM online - https://mytm.tm.com.my/new/login.jsp
2. Klik bahagian dan butang 'Register Now'
3. Masukkan nama anda dan email yang anda gunakan serta password untuk anda login kelak ke akaun bil TM Online anda (bukan password email anda ye). Jika anda pernah daftar TM online sebelum ini guna email, maka akan ada permberitahuan bahawa email anda telah didaftarkan.
4. Klik 'Next'. Paparan di bawah akan keluar untuk mengesahkan servis TM yang anda ada - samada telefon TM Homeline, TM Streamyx atau TM Unifi.
5. Pilih verifikasi yang anda mahu. Selalunya untuk pengguna biasa, akan pilih 'New NRIC' atau kad pengenalan baru. Sekarang, masukkan nombor servis TM anda - apa jua servis yang anda daftar dengan TM. Perhatikan contoh nombor servis di bawah, dan ambil perhatian ye:
- 7 digit nombor telefon. (tambahkan 0 di depan nombor): 00708823158
- 8 digit nombor telefon.: 00344112321
- TMgo ID (mobile no.): 600101234567
- TMWiFi ID (mobile no.): 0131234567
Ok. Mungkin agak keliru sikit pasal nombor servis ni. Contoh lagi ..
Katakan nombor telefon TM Homeline atau nombor telefon TM di rumah adalah 05-7161234 (iaitu nombor rujukan dalam cetakan bil TM) . Jadi ...nombor servis anda untuk daftar akaun TM bil online ini menjadi .. 00507161234.
6. Orait? Tandakan bahagian "I agree .... " dan klik 'Submit'.
Jika semua maklumat betul, terutama berkaitan nombor servis, anda akan terus di bawa ke ruangan akaun bil TM online anda. Di situ akan tunjukkan semua servis anda di bawah TM mengikut nombor servis tadi.
Selesai.
Sebagai tambahan, jika anda seorang pengguna Streamyx, dan dalam pakej anda ada TM Wifi. Anda akan lihat butiran TM Wifi juga ditunjukkan, selain nombor TM Homeline anda (nombor telefon rumah/nombor rujukan).
Katakan anda bermasalah untuk daftar akaun bil TM online anda seperti yang telah saya tunjukkan tadi, maka anda bolehlah cuba kaedah-kaedah lain di bawah:
- Hantar email ke help@tm.com.my ; atau
- Datang ke mana-mana TMpoint / TM Centre berdekatan; atau
- Telefon 100 pada telefon rumah (TM Homeline); atau
- Gunakan media sosial TM (Facebook: Everyone Connects, Twitter: @TMConnects)
Ada masalah lain? Nak saya bantu? Boleh tinggalkan komen di bawah.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.