Wow .. ini satu tips yang sangat bagus - itulah gambaran awal apabila ada yang kongsikan menerusi group WhatsApp. Saya terpanggil nak kongsikan kepada anda semua yang kebanyakkannya membaca blog ini menerusi smartphone. Saya tahu sebab setiap pembaca blog boleh dijejaki .. huhuhu ..

Sebenarnya ada banyak cara untuk jejaki smartphone yang hilang. Namun tips yang akan saya kongsikan ini adalah cara salah dan tidak boleh digunapakai sama sekali. Jadi, awas dengan apa yang anda kongsikan .. ia mungkin melibatkan kebocoran maklumat peribadi kepada pihak yang salah.

Tips Salah Cara Jejaki Telefon Bimbit Hilang Yang Jadi Viral

Tips Salah Cara Jejaki Telefon Bimbit Hilang Yang Jadi Viral
Tips ini diperolehi atas sebaran penuh tatasusila menerusi aplikasi WhatsApp. Asal usulnya dipercayai dikongsikan daripada sukarelawan pencegahan dadah dan jenayah Malaysia (SPDJM) cawangan Johor Baharu.​

Namun, ia sebenarnya adalah tips yang tidak benar, dan tidak akan membantu anda untuk menjumpai telefon bimbit anda yang hilang. Tips yang salah ini telah menjadi viral dan ramai yang kongsikan tanpa periksa samada ia sahih atau tidak.

Ok. Apa isi kandungan WhatsApp tersebut yang mengatakan anda boleh mendapatkan kembali telefon bimbit anda dengan hantar email?

Setiap telefon bimbit yang dimiliki mempunyai keunikan nombor IMEI. Jika anda baru membeli sebuah telefon bimbit, anda tentu pernah nampak nombor ini pada bahagian nombor siri atau pelekat di bahagian belakang telefon (kadang di bahagian bateri).

IMEI ialah ​International Mobile Equipment Identity ​yang boleh digunakan untuk mengesan handphone anda di mana-mana sahaja di dunia...huhu ... fakta ini betul tetapi ia lebih kepada untuk elakkan telefon bimbit diklon dan mengelakkan pengguna tertipu dari mendapatkan telefon murah yang tidak sah dari segi waranti.

Email Cop@VSNL.NET

Menurut tips yang telah dikongsikan dan jadi viral dalam beberapa group WhatsApp tersebut .. anda dikehendaki memberikan beberapa butiran mengenai telefon anda ke alamat email cop@vsnl.net.

Buat pengetahuan anda, alamat email tersebut adalah milik penguasa polis salah satu daerah di India.

Saya dah cuba email, dan email tersebut nampaknya dihantar mengikut alamat email tersebut. Pun begitu, tiada sebarang balasan saya terima setakat blog post ini ditulis.

Tips Salah ....

Berikut adalah kandungan WhatsApp yang dikatakan cara atau tips untuk jejaki telefon bimbit yang hilang...
  1. Dail *#06#  pada telefon bimbit anda.
  2. Telefon bimbit anda akan menunjukkan ​15 digit nombor IMEI yang unik.
  3. Catitkan nombor IMEI tersebut dan simpan di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri.
  4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu emailkan 15 digit nombor IMEI tersebut kepada cop@vsnl.net​ beserta butiran seperti di bawah.
    1. Nama anda: ____________________
    2. Alamat: ______________________
    3. Model telefon: _________________
    4. Buatan: _________________________
    5. No. terakhir digunakan:_________________
    6. E-mel untuk dihubungi: _____
    7. Tarikh hilang: ___________________
    8. IMEI No: _______________________
  5. Tidak perlu pergi ke balai polis.
  6. Telefon bimbit anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam seterusnya. Pengesanan dilakukan melalui sistem yang kompleks GPRS dan juga internet. In Sha Allah, anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.
Orait. Langkah 1 - 3 itu betul, memang elok anda catatkan nombor IMEI telefon anda. Tetapi apabila tiba langkah 4, agak mencurigakan apabila anda perlu memberikan butiran dinyatakan kepada alamat email yang anda sendiri tidak pasti.

Bagaimana saya mula rasa ia satu tips palsu?

Saya buat carian mengenai info berkaitan alamat email tersebut, termasuklah nama domain vsnl.net. Kemudian saya cari lagi dan lagi .. dan jumpa penerangan ini ..
Jadi? Apakah cara yang sebetulnya untuk mencari telefon bimbit yang hilang, khususnya jika ia dicuri?

Ok, ini yang sebetulnya anda lakukan ye .. bukan dengan cara email di atas tu.
  1. Pergi ke balai polis berhampiran anda.
  2. Buat laporan polis mengenai kehilangan telefon bimbit anda.
  3. Dapatkan salinan laporan polis, dan dapatkan nombor IMEI telefon bimbit anda (anda perlu catit dan simpan nombor IMEI di tempat selamat sebaik sahaja anda beli). 
  4. Hubungi telco telefon anda, dan beritahu bahawa telefon anda telah dicuri.
  5. Pihak telco akan bantu kesan telefon anda yang hilang.
Namun begitu, pihak Telco hanya boleh sekat penggunaan simkad sahaja dan memberitahu lokasi kali terakhir telefon bimbit anda digunakan; itupun lokasi yang tak berapa tepat - hanya anggaran sahaja. Jika telefon yang hilang tersebut atau dicuri ditanggalkan simkad, cara ini mungkin kurang berkesan untuk mendapatkan kembali telefon bimbit tersebut.

Ada cara lain, iaitu dengan block telefon bimbit anda yang hilang itu daripada digunakan walaupun simkad bertukar.

Untuk mengetahuinya, anda boleh terus ke Block My Phone.

Dan buat rakan pembaca, sila pastikan dulu maklumat yang ingin anda sebarkan itu betul. Jangan sampai ia menjadi mudarat pada orang lain. Baca ni - #SID2017

Semoga anda ambil pengajaran sesuatu.

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau iphone boleh jejak lebih mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya .. ada aplikasi tertentu. Actually, semua telefon pintar ada aplikasi untuk jejaki semula.

      Delete
  2. itulah, kadang ramai yang suka kongsikan tanpa ada rasa ingin periksa terlebih dahulu. terima kasih abg hasrulhassan dengan perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ingatan-ingatan macam ni dapat sedarkan.. terutama untuk diri sendiri. Yelah, diri sendiri pun tak terlepas dari buat perkara mcm ni.

      Delete
  3. tulaa kan, iphone ad find iphone so senang la jugak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement