Tips Untuk Kembali Bercinta. Semua orang mengimpikan sebuah pengakhiran yang baik dalam sebuah percintaan, tetapi jika ada perkara yang membelenggu perasaan cinta itu, mungkin perhubungan itu tidak akan ke mana.

Jadi, jangan biarkan permasalahan emosi anda menyekat diri anda dan pasangan percintaan anda mengakhirkan satu perhubungan. Tidak sia-siakah masa anda selama ini hanya untuk cinta?

6 Tips Kembali Bercinta dan Dicintai Semula

Anda perlu lakukan sesuatu supaya pengalaman percintaan anda tidak terkandas. Lalu memastikan bahawa anda telah bersedia untuk bercinta ... walaupun setelah dikecewakan. Kecewa memang pahit dan pedih tetapi anda tidak seharusnya rasa dibelenggu oleh kekecewaan lampau.

Tidakkah anda mahukan satu pengakhiran yang baik - sebuah perkahwinan yang kekal hingga ke akhir hayat? Andai anda pernah merasa kecewa, anda patut baca tips yang saya berikan ini. Dan jika anda berfikir untuk kembali menyemarakkan rasa cinta dalam diri, tips ini juga dapat membantu.
Tips Untuk Bercinta Semula

1. Lupakan masa lalu

Jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Cara Pikat Lelaki

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Bagaimana Untuk Diri Dicintai Semula
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Sumber artikel: Kosmo Sisipan Famili

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement