Saya berani kata, siapa yang mempunyai telefon pintar (smartphone) pasti akan ada aplikasi WhatsApp. Emak saya yang tak berapa pandai guna smartphone pun ada aplikasi ini yang diakses sekali-sekala. Malah, ada syarikat Telco yang menyediakan servis khas untuk menggunakan WhatsApp ini dalam plan mereka.

Ia merupakan gaya hidup atau lifestyle terkini, dan menjadi antara aplikasi smartphone paling popular di dunia. Ia mendapat perhatian kerana menerusinya, pengguna WhatsApp boleh membuat panggilan telefon dan juga panggilan video dengan akses internet.

WhatsApp - Aplikasi Smartphone Pilihan Popular Seluruh Dunia

WhatsApp - Aplikasi Smartphone Pilihan Popular Seluruh Dunia


Jika anda perhatikan, menerusi Google Play Store sahaja, lebih 1 bilion pengguna dicatatkan telah memuat-turun aplikasi ini ke smartphone masing-masing. Tak kiralah smartphone murah ke mahal ke .. mesti akan ada aplikasi 'chat' ini. Yelah, benda free .. mestilah ramai yang akan gunakan .. ye tak?

Untuk info anda, WhatsApp menjadi pilihan utama untuk kategori aplikasi berbentuk 'chat' atau mesej di 109 buah negara daripada 187 negara yang ada. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada gaya hidup atau lifestyle moden zaman kini.

Melalui kajian Similar Web, di rantau Asia Tenggara sahaja meliputi Malaysia, Singapura, Laos dan Brunei , WhatsApp menjadi pilihan nombor satu pengguna berbanding aplikasi-aplikasi lain.

Mutakhir ini, WhatsApp bukan sahaja medan komunikasi penting untuk bersosial namun ia juga menjadi satu keutamaan dalam urusan kerja kerana ia turut membenarkan perkongsian gambar, video dan dokumen. Malah, ada di antara rakan usahawan online saya menggunakan aplikasi ini untuk buat jualan dan mempromosikan bisnes online mereka.

Sejak dilancarkan, WhatApp Inc. terus mendaki dan akhirnya berjaya menandingi aplikasi-aplikasi lain yang boleh dikatakan memiliki fungsi hampir serupa termasuk Facebook Messenger, Viber, Line, WeChat, KakaoTalk, BBM dan banyak lagi.

Sejarah Ringkas WhatsApp

WhatsApp - Aplikasi Pilihan Popular Lifestyle

Pengasas WhatsApp Inc, Brian Acton dan Jan Koum merupakan bekas kakitangan Yahoo! dan Koum memilih nama 'WhatsApp' kerana bunyinya seakan-akan 'what’s up?'.

Sejak diasaskan pada Februari 2009 iaitu kira-kira setahun sebelum ia dilancarkan secara rasmi, Koum terus melakukan kemaskini demi penggunanya termasuk ia kini boleh diakses melalui komputer serta sistem 'tag'.

Err .. anda tak tahu cara nak guna WhatsApp di komputer? Boleh baca panduannya di post berikut - Cara Guna Aplikasi WhatsApp Percuma di Komputer

Tetapi di sebalik keghairahan mengejar teknologi, pasti akan ada kesan aplikasi-aplikasi ini kepada pengguna termasuk kes salah laku mahupun jenayah. Ya, ada je orang yang gunakan aplikasi percuma WhatsApp ini dengan cara yang salah.

Namun, sebenarnya, timbang baik dan buruk terhadap sesuatu aplikasi itu terletak di tangan pengguna sama ada untuk menggunakannya secara berhemah ataupun sebaliknya. Tepuk telefon tanya diri anda .. haha. Teknologi dihasilkan untuk kebaikan, bukan untuk keburukan. Jika anda memilih menggunakannya dengan baik .. maka manfaatlah yang akan anda dapat.
[Baca] Bertanggungjawab Guna Internet - SID2017 Be The Change, Unite for a Better Internet
Sebab itu, pengguna sering diingatkan agar bertanggungjawab dengan segala yang dikongsi dengan rakan-rakan mahupun keluarga susulan banyak kisah palsu yang menjadi viral melalui media sosial termasuk aplikasi WhatsApp gara-gara terus dikongsi tanpa disemak kesahihannya.

Sebagai ingatan buat diri saya dan juga anda, elak gunakan aplikasi percuma ini untuk menambahkan dosa dan berbuat keburukan ..jadilah seorang pengguna yang bijak .. huhu.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Whatsapp baru update ni tak best kan [-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin mula2 je tak best. Hehe. Tapi antara sebab dorang buat update ni untuk mengalahkan pesaing mereka, Snapchat.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement