Jika anda nak tahu pengalaman beli online Easy Mop di Lazada, dan pengalaman saya gunakan mop yang boleh berputar 360 darjah ini, maka silalah baca post ini sampai habis ye.
Best Ke Guna Easy Mop Beli Secara Online?
Saya beli Easy Mop di Lazada semasa promosi jualan awal tahun 2017 hari tu. Harga yang saya perlu bayar untuk mop yang dikatakan dapat menyenangkan kerja mop lantai di rumah ini ialah RM 48.20 satu set. Agak jauh beza harganya dengan mop yang hampir serupa dijual di CJWowShop.. huhu ..Harga Easy Mop Beli Online
Anda boleh tengok perbezaan harga di bawah ini ye .. di CJWow Shop, harga mop yang lebih kurang sama dijual sehingga RM 149.00 satu set.RM 149.00 - RM48.20 ... bezanya adalah lebih kurang RM100 tu .... aha, siapa kata yang beli di Lazada tak berbaloi?
Saya dah banyak beli barang dari Lazada, kalau tengok order saya di atas tu, aha .. tu sebahagian barangan yang saya beli dari Lazada awal tahun 2017. Setakat ni, barang paling banyak saya beli di Lazada adalah permainan anak-anak. Walaupun ada barangan tersebut adalah diimport dari China, alhamdulillah... ia sampai dengan selamat dan kualiti juga boleh tahan.
Come on .. permainan je kot ... pastu jauh lebih murah dengan apa yang dijual di kedai biasa. Bila sebut permainan, kalau beli kat kedai biasa pun, tahan-tahan pun dalam sebulan lebih je ... pastu masuk kotak, masuk almari, tak pun masuk tong sampah .. huhu .. itu kes sayalah ... tu sebab saya pilih beli permainan dari Lazada, tak adalah rasa ralit sangat sebab harganya murah.
Easy Mop daripada Lazada ni secara amnya .. okeylah bagi saya. Tidaklah terlalu hebat mana pun .. hehe .. tapi, ia memang memudahkan kerja.
Easy Mop dihantar cepat ke rumah menerusi PosLaju. Untuk cara pemasangan dan cara guna, semuanya ada ditunjukkan di bahagian luar kotak.
Ciri-Ciri Menarik Easy Mop - Dengan Bakul Pengering Berputar
Antara ciri yang best yang ada pada Easy Mop ialah ..
- Kepala mop yang boleh berpusing 360 darjah.
- Kepala mop mudah ditanggal dan dipasangkan.
- Kain mop dibuat daripada bahan mikro-fiber yang cepat dan mudah menyerap air.
- Ia mudah dibasuh, kepala mop boleh dibasuh guna mesin basuh.
- Ada tangkai yang boleh dilaraskan.
- Baldi air boleh ditarik dan diangkat dengan tangkai dan ada roda.
- Bekas pengering diperbuat daripada stainless steel yang tahan karat.
- Mudah keringkan mop dengan tekan ke bawah, dan bekas pengering akan berputar untuk keringkan.
- Ada botol khas disediakan pada baldi air untuk letakkan bahan pencuci.
Walaupun banyak kelebihan yang ada pada Easy Mop ini, ada juga kekuranganya. Saya hanya sedar akan kekurangan ini apabila mula menggunakannya untuk mengemop lantai .. huhu.
Kekurangan Easy Mop
Proses untuk tukar dari mode mengemop ke mode untuk keringkan kepala mop agak tak berapa best, sebab kena putarkan bahagian pada handle supaya kepala mop boleh dipusingkan dalam baldi pengering. Pada saya, ia agak renyah dan kadangkala bahagian nak putar tu agak ketat sehingga menjadikan proses ini sukar sedikit.Satu lagi problem bila dah memiliki Easy Mop ini ialah ruang untuk simpan. Ini adalah kerana mop ini didatangkan dengan baldi khas, jadi kena ada tempat simpanan khas untuk set Easy Mop ini. Kalau ruang rumah anda sempit, memang agak sukarlah sikit.
Secara keseluruhan, Easy Mop memang memudahkan, tak perlu lagi nak bongkok perah kain kepala mop tu. Dan cirian kepala mop yang boleh berputar ini dapat memberikan kelebihan dengan tidak banyak bergerak untuk mengemop sesuatu kawasan atau sudut.
Orait .. sekianlah sahaja perkongsian mengenai Easy Mop ini, mudah-mudahan dapat dijadikan panduan untuk anda sebelum ambil keputusan untuk beli menerusi Lazada atau mana-mana laman web shopping online Malaysia.
memang best ni. saya dah ada kat rumah 1..
BalasPadamsenang je tak penat nak perah. rasa best pula masa putar2 dia tu
WoW!!! Memang best tengok.. LeYa pun nak shopping online di lazada juga lah beli easy mop ni
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.