Tujuan Coway Run 2017 diadakan adalah untuk mencapai matlamat di mana semua orang berlari menuju ke arah kehidupan gaya hidup lebih sihat dan pada masa sama inspirasikan yang lain untuk turut serta berlari - menghadapi cabaran mendatang dengan berani.
Coway Run 2017 - Berlari dan Inspirasikan Orang Lain Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat
Sejak kebelakangan ini, aktiviti larian jarak jauh sudah menjadi satu fenomena di Malaysia. Awalnya ia dilakukan sekadar satu hobi untuk meningkatkan kecergasan, tetapi sekarang ianya menjadi satu aktiviti yang membabitkan seluruh masyarakat dengan tujuan serta matlmat tertentu.
Oleh itu, melihatkan bahawa aktiviti ini boleh memberikan impak positif dan sejajar dengan apa yang ditekan oleh Coway - gaya hidup yang lebih sihat, maka Coway Run 2017 diadakan supaya masyarakat mendapat peluang untuk keluar dari zon selesa serta berani mengambil langkah pertama menuju kehidupan gaya hidup lebih baik dan lebih sihat.
Berlari Bersama Bekas Ratu Cantik dan Model Fitness Malaysia Terkenal
Coway Run 2017 turut dijayakan oleh dua personaliti terkenal Malaysia iaitu bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia - Carey Ng dan juga model Fitness Malaysia yang terkenal - Jordan Yeoh. Kehadiran dua personaliti ini akan memberikan inspirasi dan motivasi kepada para peserta Coway selain berpeluang untuk bertemu lebih dekat dengan mereka.
Kategori Penyertaan Coway Run 2017
Coway Run 2017 terdiri dari jarak larian 5km dan 10km; dan membabitkan kawasan sekitar Starling Mall, Damansara Uptown. Ia terbuka HANYA UNTUK RAKYAT MALAYSIA, serta terbahagi kepada lima (5) kategori di bawah:
Malah, pihak Coway turut menyediakan 3 Penulen Air Gergasi di 3 stesen air di acara ini untuk memastikan pelari sentiasa terhidrad dengan menikmati air terbaik dan tulen dari pakar air - Coway.
- Terbuka Lelaki (18 – 39 tahun)
- Terbuka Wanita (18 – 34 tahun)
- Veteran Lelaki (40 tahun ke atas)
- Veteran Wanita (35 tahun ke atas )
- Fun Run (18 tahun ke atas)
Pihak Coway yang dikenali sebagai pakar air ultimate, akan membantu para peserta untuk larian ini. Tekad mereka agar semua peserta dapat bersedia dan menghabiskan larian dengan jayanya. Larian ini bukan untuk mencari siapa yang menjadi yang pertama atau yang terakhir .. tetapi ia adalah satu aktiviti untuk mempromosikan gaya hidup sihat yang tulen buat semua golongan masyarakat.
Bersedia Untuk Lebih Sihat
Untuk bantu para peserta, Coway menasihatkan supaya mendapatkan tips serta melakukan persediaan dengan menjaga kesihatan dan berlatih sebelum acara larian ini pada 7 Mei 2017. Peserta boleh mendapatkan tips serta panduan larian jarak jauh ini di laman rasmi Facebook Coway Run 2017. Malah, untuk memastikan lebih ramai peserta menamatkan larian, klinik bergerak akan disediakan untuk persedian para peserta ketika pre-run.
Hadiah Disertakan
Jika anda berminat untuk menyahut cabaran ini untuk gaya hidup lebih sihat dan tulen bersama pakar air terbaik Coway, maka bolehlah susuri laman web di bawah ini untuk pendaftaran.
Pendaftaran - http://www.myraceonline.com
Tips dan persediaan Coway Run 2017 - fb.com/CowayMalaysia
Sertai Coway Run 2017 pada 7 Mei ini, dan inspirasikan yang lain untuk gaya hidup lebih sihat. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2017, turut menaja acara ini ialah The Starling Mall (vebue acara) dan juga 100Plus.
kalau dekat dah join..
BalasPadamBoleh sebarkan pada rakan-rakan lain .. :) terima kasih ye
Padamjom daftar... mari lari ramai-ramai
BalasPadamSeriusly best. Nak pegi lah. Thanks HH.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.