FlexiPack Pos Malaysia. Produk terbaru daripada Pos Malaysia untuk penghantaran bungkusan dan parcel kecil. Jika anda seorang usahawan kecil, yang ada bisnes online dan yang sering hantar bungkusan menggunakan pos, maka pilihan FlexiPack dari Pos Malaysia ini adalah yang terbaik dan menjimatkan.

Ramai usahawan online yang sudah menggunakan perkhidmatan terbaru Pos Malaysia Flexipack ini. Ia adalah pilihan bukan sahaja untuk kegunaan perniagaan, atau e-komersil; tetapi juga persendirian.

Promosi Jualan Fabulous FlexiPack Pos Malaysia

Flexipack Pos Malaysia Untuk Usahawan Bisnes Online

Untuk mereka yang mahu mencuba perkhidmatan terbaru Pos Malaysia ini, ada berita baik untuk anda. Pos Malaysia sedang membuat promosi jualan Fabulous FlexiPack bermula dari 1 Februari sehingga 31 Mac 2017. Anda beli 10 FlexiPack Domestic (Local) warna kuning (1kg), anda akan dapat 1 secara percuma.

Sebelum ini, promosi ini turut melibatkan Flexipack untuk FlexiPack Domestic (Local) warna kuning kategori 2kg serta FlexiPack Airpack warna biru, tetapi dah tamat pada 28 Februari 2017 lalu.

Promosi Jualan FlexiPack

Jadi, jangan lepaskan peluang yang ini pula. Harga seunit FlexiPack Domestic (Local) 1kg adalah RM4.50. Anda boleh jadikan ia sebagai bentuk parcel ataupun kotak. Terpulang pada anda, mengikut barang atau benda yang ingin anda poskan.

FlexiPack memudahcara anda dalam apa jua urusan. FlexiPack memberi lebih banyak pilihan serta lebih nilai kepada anda, dan FlexiPack ini turut hadir dalam pelbagai saiz di seluruh Malaysia. Memang sangat sesuai untuk mereka yang kerja dari rumah buat bisnes sendiri .... huhu

Kelebihan Guna FlexiPack Pos Malaysia

Berikut adalah kelebihan anda menggunakan FlexiPack dari Pos Malaysia ini ..
  • Prabayar
  • Kaedah Pembungkusan Fleksibel
  • Pulangan Lebih Nilai
  • Penghantaran ke semua lokasi di seluruh negara
  • Jejak & Kesan Melalui Laman Sesawang
Di bawah ini adalah info berkaitan saiz FlexiPack dan juga harga jualan untuk setiap unit.
Flexipack Pos Malaysia Untuk Usahawan Bisnes Online
Flexipack Pos Malaysia Untuk Usahawan Bisnes Online
Cara nak gunakan FlexiPack Pos Malaysia ini sangatlah mudah ... malah ia menjimatkan masa anda. Dengan Flexipack, tak perlu lagi nak berbaris, nak timbang, nak bayar di kaunter ... nak beraturrr ... huhu .. beli siap prabayar dan terus gunakan. Memang sesuai sangat untuk orang berniaga online ni ...
  1. Dapatkan FlexiPack prabayar di cawangan Pos Malaysia
  2. Bungkus dan isikan maklumat yang berkenaan
  3. Serahkan FlexiPack di cawangan Pos Malaysia berhampiran anda
  4. FlexiPack dikirim ke destinasi penerima
  5. Serahan FlexiPack kepada penerima
Flexipack Pos Malaysia Untuk Usahawan Bisnes Online

Saya harap rakan-rakan yang ada buat bisnes online atau e-komersil, bolehlah dapatkan perkhidmatan terbaru Pos Malaysia ni ... apatah lagi sekarang ni ada promosi Jualan Fabulous FlexiPack .. huhu.. ingat ye, sampai 31 Mac 2017 je promosi ni... beli 10 percuma satu!

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. good info.. boleh la nak beli lebih sikit nanti

    ReplyDelete
  2. Murah juga tu. Berapa hari penghantaran tu kena check kat web poslaju ye? Selalu guna poslaju prepaid je nak pos vitamin shaklee customer

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement