Menurut sumber berita, pihak KPDNKK tidak membuat sebarang pengumuman rasmi berkaitan kenaikan harga gula dari RM2.84 menjadi RM2.95 sekilogram. Walaupun tiada pengumuman dari pihak berwajib, harga gula terkini dan terbaru ini telahpun bermula sejak 1 Mac 2017.
Harga Gula Terkini Naik 11 Sen Mulai Mac 2017
Kebetulan, saya sedang bersarapan di sebuah gerai makan roti canai dengan isteri ... uhh heboh tuan punya kedai beritahu yang harga gula sudah naik. Itupun sebab kawan Cina yang makan di gerai tersebut yang beritahu.Dalam akhbar berbahasa Cina di Malaysia, harga gula naik heboh dijadikan tajuk berita. Ia memang satu berita yang agak mengejutkan kerana tanpa ada apa-apa signal, tetiba harga gula naik bermula 1 Mac 2017. Bukan setakat pekedai dan peruncit terkejut, saya yang merupakan pengguna pun terkejut .. aha .. kalau anda buat-buat tak terkejut tu .. sah .. anda tak makan gula .. huhu. :P
Harga gula terkini iaitu RM2.95 sekilogram adalah kenaikan sebanyak 4% sejak tahun 2013. Menurut MalaysiaKini, harga gula terbaharu ini disahkan oleh Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Hong Chee Meng.
Paling menariknya mengenai berita kenaikan gula ini ialah harga kenaikan gula diberitahu menerusi aplikasi mesej teks menerusi WhatsApp oleh pihak KPDNKK.
"Saya menerimanya kira-kira jam 3 petang. Saya dimaklumkan melalui WhatsApp. Tidak ada surat rasmi," kata Hong. - MalaysiaKini
Fuh ... main senyap-senyap naik harga gula. Saya pasti ramai pengguna seperti anda dan saya tak tahu menahu pun mengenai berita kenaikan gula ini. Adakah kerajaan dan pihak berwajib mahu bertindak tidak telus dalam tanggani isu ini?
Tiada Pengumuman Rasmi KPDNKK Sebelum 1 Mac
Setakat post ini ditulis, tiada portal berita yang melaporkan mengenai pengumuman rasmi harga gula terkini dari KPDNKK.Apa yang pasti, sudah ramai peruncit yang menjual gula dengan harga baharu RM2.95 sekilogram.
Menurut beberapa laporan akhbar, harga gula terpaksa dinaikkan disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit dan juga kenaikan harga gula global.
[Mesti Baca] Harga Barang Naik, Apa Perlu Buat? Bagaimana Nak Luaskan Rezeki?
Hmm .. bagi pengguna domestik yang guna gula di rumah dengan kadar sedikit, mungkin tak terasa sangat .. tapi percayalah, jika anda seorang pemilik restoran, penjual makanan, pembuat makanan .. harga gula yang naik 11 sen sekilogram ini tentu akan merasa kesannya.
Dan maka akan berlakulah pula kenaikan harga makanan sedikit masa lagi atas sebab kenaikan harga gula ini .. walaupun makanan tersebut adalah ikan masin .. huhuhuhu ..
Huhu... Memang pening sekarang semua naik.. Ape nak buat... Daripada bising2, baik kita tambahkan pendapatan utk menanggung beban kos hidup kita yg semakin meningkat... Dan jadilah pengguna bijak.. Jangan membazir...hehe...
ReplyDeletePesanan ringkas dari seorang blogger pemalu
Illya LeYa
Betul tu. Saya pun sedang cari peluang lebih baik untuk dapatkan income ni .. tak boleh kekal dengan cara dan sumber yang ada. Nak Survive kena cari jalan untuk Survival.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.