Pernah dengar mengenai Disleksia? Ada yang anggap bahawa ia adalah satu penyakit. Ada pula yang mengatakan ia adalah satu kekurangan. Tapi, sebenarnya di sebalik kekurangan yang ada pada mereka yang bermasalah disleksia ini, ada ramai insan disleksia yang menjadi ikon dunia dan terkenal.

Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Disleksia Bukan Satu Penyakit dan Bukan Satu Kecacatan

Ikon Dunia Yang Hidup Disleksia

Sejak saya mengenali disleksia, saya dapati ramai ibu bapa yang kurang peka tentang masalah disleksia ini. Kalaupun mereka sedar, ia hanya berlaku apabila anak sudah mula ke sekolah, itupun andai guru dapat mengesan tingkah-laku anak muridnya yang hadapi disleksia.

Sekiranya tidak dibendung dari awal, pastinya masalah ini boleh menjadi lebih besar. Kanak-kanak tersebut terpaksa menerima tohmahan bahawa dia seorang bodoh, degil, malas dan sebagainya. Sedikit sebanyak emosinya akan terganggu dan seterusnya menjejaskan pelajarannya di sekolah.

Seperti awal saya ada sebut, mereka yang mempunyai disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia berhadapan kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain yang juga ada masalah disleksia.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.
Cara Pengidap Disleksia Berfikir Berbeza

Ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak dengan memilih menghantar mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas khas disleksia seliaan JPN atau mendapatkan nasihat daripada JKM untuk menghantar anak-anak ke Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa.

Jika anak-anak anda didapati hadapi masalah ini, jangan sedih, gusar atau rasa rendah diri. Masih ada banyak ruang untuk melakukan 'penambah-baikan'. Sebagai memotivasikan anda, dan untuk memberikan inspirasi ... saya senaraikan beberapa individu yang menjadi ikon dunia yang pernah hadapi masalah disleksia.

Siapakah antara individu terkenal dunia yang mengalami disleksia?

Steve Jobs

Steve Jobs

Mendiang Steve Jobs. Pengasas dan CEO jenama komputer dan elektronik Apple atau Iphone ini memang selalu mengejutkan kita dengan pelbagai kisah kejayaan yang memberi inspirasi.

Dalam temubualnya bersama Dyslexia Help, Steve Jobs hanya sempat belajar satu semester di kolej dan tidak berjaya menamatkan pengajiannya kerana mengalami masalah pembelajaran.

Baginya, pembelajaran di sekolah adalah tidak praktikal dan tidak bersesuaian dengan kebolehannya. Mengikuti naluri dan gerak hatinya, beliau berusaha sendiri mencipta kejayaan dengan memulakan perniagaan yang memberi manfaat kepada ramai, dan tentulah sangat menguntungkan.

Bill Gates

Bill Gates

Siapa sangka, billionaire dan pengasas Microsoft ini juga ada masalah disleksia. Individu ini pernah dinobatkan sebagai manusia paling kaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut oleh Majalah Forbes dan beliau juga ikon dunia yang hidup mengalami masalah disleksia di usia mudanya. Antara 'quote' yang paling popular tentang masalah pembelajarannya di sekolah ialah:

"Ya, saya gagal dalam beberapa subjek di sekolah, tetapi kawan saya lulus. Sekarang, kawan saya seorang jurutera di Microsoft, tetapi saya pula adalah pemiliknya." - Bill Gates.

William Hewlett


William Hewlett - Beliau adalah salah seorang peneraju jenama komputer dan elektronik bertaraf dunia, Hewlett-Packard (HP), turut merupakan ikon dunia yang hidup dengan disleksia. Anak disleksia ini mengakui mengalami saat-saat yang sukar di sekolah, terutamanya untuk menyiapkan kerja bertulis.

Sedar akan hakikat 'kekurangan' itu, beliau berusaha dengan gigih untuk mengatasi masalah disleksia dan berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti Stanford, serta dua lagi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal.

Ingvar Kamprad

Pengasas IKEA

Siapa sini kaki shopping di IKEA? Aha .. anda tentu tak tahu nama pengasas gedung perabot terbesar dan popular di seluruh dunia ni kan? Ya, Ingvar Kamprad adalah pengasas IKEA, dan beliau ada masalah disleksia untuk ingat nombor.

Menurut Dyslexia Help, penyakit disleksia ini menjadikan beliau sukar mengingat kod nombor produknya. Lalu, beliau mencari jalan kreatif untuk membantunya mengenalpasti produk tersebut dengan lebih mudah:
  • Perabot besar dinamakan dengan tempat di Sweden
  • Kerusi dan meja dinamakan dengan nama orang
  • Perabot dan kelengkapan taman dinamakan dengan Pulau di Sweden

Dengan penjenamaan seperti ini, Ingvar Kamprad telah membawa IKEA memperkenalkan sesuau yang ikonik dan tak pernah dibuat orang. Malah, keunikan inilah yang menjadikan IKEA istimewa di mata dunia.

Steven Spielberg

Saya antara penggemar filem dan drama bersiri arahan Steven Spielberg. Ada keunikan dalam filemnya walaupun ada di antaranya menimbulkan kontroversi. Filem beliau sentiasa memasuki carta box-office dunia. Pengarah terkenal ini telah mengarahkan pelbagai filem menarik seperti Jurassic Park, Jaws, ET, Indiana Jones, Poltergeist, Saving Private Ryans, Catch Me If You Can, War Horse, Bridge of Spies dan banyak lagi.

Seperti anak disleksia lain, Spielberg juga pernah dibuli dan ditertawakan kerana kesukaran belajar. Menurutnya, beliau lewat membaca 2 tahun daripada rakan sekelas yang sebaya dengannya.

Kesungguhan Spielberg jelas terbukti apabila beliau kembali menyambung pengajiannya yang tertangguh sejak tahun 1968 pada usia 50an.

Tom Cruise

Tom Cruise

Anda tentu kenal dengan aktor Hollywood yang tampan ini - Tom Cruise. Aktor ini sejak dari filem pertama sehingga yang terbaru (2017) - The Mummy; kekal tampan dan kacak. Saya sendiri kagum dengan kekacakkan aktor yang lahir pada tahun 1962 ini.

Walaupun telah membintangi ratusan filem, Tom Cruise mengakui zaman sekolahnya bukanlah sesuatu yang mudah. Ibu bapanya bukanlah dari golongan yang kaya, dan Tom Cruise ada masalah disleksia sejak umur 7 tahun.

Sejak umur tersebut, beliau telah dilabel disleksia dan menghadapi kesukaran dalam pembelajaran. Antaranya, beliau sukar mengingat apa yang dibaca, mudah bosan, rasa rendah diri, selalu gementar, dan kecewa dengan diri sendiri.

Tom Cruise berjaya atasi kekurangan dirinya itu dengan berusaha tekun, dan mendapat sokongan dari ibu bapa serta kakak-kakaknya. Disebabkan disleksia, Tom Cruise belajar teknik lain untuk belajar yang akhirnya memberikan kejayaan yang dikecapinya sekarang.

"When I was about 7 years old, I had been labeled dyslexic. I'd try to concentrate on what I was reading, then I'd get to the end of the page and have very little memory of anything I'd read. I would go blank, feel anxious, nervous, bored, frustrated, dumb. I would get angry. My legs would actually hurt when I was studying. My head ached. All through school and well into my career, I felt like I had a secret. When I'd go to a new school, I wouldn't want the other kids to know about my learning disability, but then I'd be sent off to remedial reading." - Tom Cruise.

Sebagai salah seorang Pengasas Hollywood Education And Literacy Project, beliau kini ingin memastikan anak-anak disleksia mendapatkan pendidikan yang sepatutnya melalui pendekatan dan teknik yang bersesuaian.
Senarai Ikon Dunia Yang Hidup Disleksia

Ramai lagi individu yang mengalami disleksia kini berjaya dan menjadi CEO serta jutawan di dunia, antaranya Carlos Slim (jutawan telekomunikasi), Warren Buffet (jutawan pelaburan), Sir Richard Branson (CEO Virgin Air). Pelakon seperti Jim Carrey, Jennifer Aniston, Keanu Reeves, dan lagenda tinju dunia Muhammad Ali juga ada masalah disleksia.

Malah, ada yang mengatakan pemikir bijak seperti Alexander Graham Bell, Pablo Picasso, dan Leonardo Da Vinci juga merupakan ikon dunia yang hidup sewaktu kecil dengan masalah ini.

Di Malaysia, diketahui bahawa pengacara berbakat Baki Zainal, serta bekas jurugambar profesional Saiful Nang juga di antara yang alami disleksia.

Dengan kisah-kisah inspirasi di atas, diharapkan agar mereka yang memiliki anak disleksia tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan kreatif untuk memberi didikan yang sesuai dengan mereka. Jangan anggap anak-anak ini kekurangan walaupun perlu didaftarkan sebagai OKU; malah anggap mereka ada keunikan istimewa yang tidak terdapat pada orang lain. Kembangkan keunikan mereka dengan cara betul, in Sha Allah .. hasilnya nanti akan membuatkan anda sujud syukur berkali-kali kepada Maha Pencipta.

Dan untuk pengetahuan anda, setiap anak disleksia adalah berbeza, walaupun mereka mengalami simptom yang seakan serupa.

Kredit dan Rujukan: Famous People With Dyslexics, Wikipedia, Learning Info, SirapLimau.com

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Selalu dengar perkataan disleksia ni.. tapi baru hari ni betul2 tahu maksudnya..

    Tak sangka ramai ikon dunia yang ada dileksia ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. mereka ni kerja keras untuk capai kejayaan di sebalik kekurangan mereka.

      Delete
    2. Kena contohi mereka ni. Walaupun ada kekurangan tapi mereka berusaha mencapai kejayaan.

      Orang kata , "Man Jadda Wajada"

      Sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.

      Salam Jumaat :)

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement