Ohhh, saya baru tahu rupanya banyak jenis ikan yang pernah saya pancing di sungai, paya dan lombong adalah ikan yang dilarang dilepaskan di perairan umum Malaysia. Antara yang mengejutkan saya ialah ikan kap dan ikan tilapia. Dua spesies ikan ini memang popular. Tanyalah mana-mana pemancing, mereka akan kenal dua spesies ikan ini.

Kap dan ikan tilapia adalah merupakan spesies ikan dari luar. Ia disenaraikan antara 34 jenis atau spesies ikan bukan asli yang dilarang untuk dilepaskan ke perairan umum di Malaysia.

Kap dan Tilapia Ikan Dilarang di Malaysia

Kap dan Tilapia Ikan Dilarang di Malaysia
Ramai yang mungkin tidak menyangka bahawa dari senarai spesies ikan tersebut, ada yang menjadi antara pilihan makanan popular di kalangan masyarakat di Malaysia.

Infografik di atas saya peroleh daripada media grafik HMetro online.

Saya antara penggemar ikan tilapia. Malah, ikan ini menjadi antara kegemaran menu makan anak-anak saya. Ia adalah antara spesies ikan yang selalu saya pancing di lombong-lombong terbiar sekitar kampung saya di Batu Gajah, Perak. Batu Gajah adalah bandar di dalam daerah Kinta, Perak yang memang terkenal dengan perlombongan bijih timah satu masa dahulu.

Saya boleh katakan hampir kebanyakan lombong di dalam daerah Kinta menjadi lombong dan tasik buatan tinggal. Ada yang dibangunkan menjadi kawasan percutian dan tarikan pelancongan contohnya Clearwater Santuary, Lost World of Tambun, Movie Animation Park Studio (MAPS) dan Taman Tasik Taiping.
[Baca] Sungai Kerian, Parit Buntar Lokasi Memancing Udang Galah
Di dalam tasik dan lombong tinggal ini memang terdapat banyak spesies yang dinyatakan di atas (infografik). Ikan kap dan tilapia antara yang boleh didapati dengan mudah di beberapa lombong tinggal sekitar Batu Gajah, Kampar dan Tanjung Tualang di Perak.

Malah, ikan dari benua Amerika Selatan seperti Peacock Bass juga banyak dan mudah didapati di lombong-lombong tinggal ini. Ikan bukan spesies asli seperti Keli Afrika, Pacu dan Lee Koh juga sudah boleh didapati di beberapa tasik dan sungai di Malaysia.

Ikan-ikan ini mempunyai daya rintangan tinggi dan sangat mudah membiak. Malah, ada di antaranya bersifat territorial dan akan menjadi domain di sesuatu kawasan. Misalnya ikan Peacock Bass yang akan memakan anak-anak ikan lain sehingga menyebabkan hanya ikan ini sahaja hidup 'mewah' di kawasan tersebut.

Bagi kaki pancing seperti saya, ada baik .. ada buruknya dengan kehadiran ikan-ikan ini.

Baiknya ialah ... saya tak perlu nak pergi sampai ke negara lain untuk memancing ikan-ikan yang 'ganas' dan menguji skill seorang pemancing. Ikan-ikan ini memang menjadi tarikan pemancing di Malaysia.
[Baca] Memancing Bawal Emas di Kolam RM3 Jugra
Buruknya ialah ... seperti saya katakan tadi, ia akan memusnahkan dan mengancam spesies ikan tempatan yang akhirnya menyebabkan ia pupus. Apabila ia pupus, hilanglah keunikan perairan Malaysia dengan ikan-ikan tempatan. Sumber protein dari ikan juga akan menjadi terhad kerana spesies ikan tidak lagi pelbagai.

Daripada infografik di atas, anda sedar tak bahawa kebanyakan spesies ikan bukan asli ini sudah pun banyak berada di Malaysia, dan boleh didapati di perairan terbuka. Ada yang biasa menjadi hidangan ikan bakar anda tak? hehehe ..

Semoga info ini bermanfaat untuk anda sebagai pengetahuan am berkaitan sumber protein utama rakyat Malaysia.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bahayala plak...tilapia masak stim sedap tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan bahaya pada kita .. tapi bahaya pada ikan lain .. siannnn rumah dah hilang .. gamaknya nanti kita pun macam ni

      Delete
  2. assalamualaikum HH...wah !! banyaknya jenis ikan kat sini...:)

    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
  3. ikan tilapia memang sedap untuk dimakan ..

    goreng garing adalah kegemran saya

    ReplyDelete
  4. Minat memancing juga en HH ni..

    ReplyDelete
  5. baru tahu juga ikan talapia adalah ikan yang tidak dbenarkan dilepaskan dalam sungai kat malaysia ni. tapi rasanya, ikan tulah yang paling banyak kat sungai kan? hehehe.

    http://powersofman.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. kebanyakan sungai 'moden' akan ada ikan ni. Kalau sungai asli, tak terusik .. susah nak jumpa spesies ikan tilapia.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement