Tahniah pada idola ramai, Mat Dan - lelaki berbangsa Inggeris yang fasih cakap Melayu loghat Terengganu. Ada wanita yang kecewa kot sebab Mat Dan dah nikah. Yelah, Mat Dan kacak pastu berbudi bahasa, tahu agama walaupun mualaf.

Mat Dan, tak tunggu lama nak sah bergelar suami. Pagi Mat Dan bertunang, petang terus nikah. Alhamdulillah, Allah S.W.T permudahkan urusan mendirikan rumahtangga dengan Mat Dan yang mengahwini gadis Melayu dari Chendering.

Mat Dan - Siang Bertunang, Petang Bernikah. Tahniah !!

Gambar dan Foto Mat Dan Berkahwin

Saya dan isteri suka Mat Dan dah nikah cepat. Berita Mat Dan bertunang dan bernikah terus mendapat perhatian ramai. Malah, blog saya sedikit sebanyak mendapat tempias dengan berita gembira Mat Dan sudah berkahwin.

Ramai Tak Tahu ...

Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa Mat Dan bertunang dan bernikah pada hari yang sama. Ada yang laporkan Mat Dan sudah bertunang, tetapi tak menyangka bahawa tempoh pertunanangan Mat Dan hanya sekejap. Tup tap .. kahwini tunangannya pada sebelah petang.
Gambar Tunang Mat Dan

Foto Mat Dan Tunang

Hebat Mat Dan ...

Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah yang popular dengan loghat Terengganu itu selamat bertunang dengan gadis pilihannya pada jam 10 pagi hari Ahad, 12 Mac 2017. Dan kemudian, meneruskan majlis pada petangnya dengan pernikahan

Ramai yang tidak tahu dengan berita Mat Dan bertunang dan bernikah sehinggalah beberapa keping gambar menunjukkan gambar Mat Dan lengkap berbaju Melayu serba biru ditemani ibu bapanya tersebar di laman sosial media. Gambar tunangan yang seterusnya menjadi isteri Mat Dan juga turut tersebar meluas beberapa jam selepas majlis pertunangan tertutup itu.
Mat Dan - Pagi Tunang, Petang Dah Nikah

Dan ramai yang terkejut apabila selesai sahaja viral gambar Mat Dan bertunang .. terus muncul beberapa keping gambar Mat Dan selamat diijabkabulkan dengan berpakaian serba putih bersama isterinya .. perghh mantap Mat Dan.

Tahniah Mat Dan. Moga bahagia hingga akhir hayat dan segera dikurniaakan cahaya mata.

Buat pembaca, bagus apa yang dibuat Mat Dan ni, boleh dijadikan ikutan.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Allahmdulilah jodoh dgn org malaysia.. moga hingga jannah

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah, kita doakan yang terbaik untuk Mat Dan ..

      Padam
  2. selamat pengantin baru mat dan... :)

    BalasPadam
  3. tahniah mat dan n isteri.moga bahgia higga ke akhir hayat..makan ikan singgang sokmo lah hari-hari...hehe

    BalasPadam
  4. kalau dah jodoh tak akan mana...

    sebolehnya begitu la supaya dapat elak maksiat secara berpanjangan

    BalasPadam
  5. Manusia boleh merancang Tuhan sahaja yang dapat menentukan.Moga jodoh kekal bahagia berpanjangan dengan keberkatan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement