Isteri saya menang baucer percuma dari Marrybrown dengan isi borang satu kontest yang disediakan di outlet Marrybrown dalam Mydin Mall, Parit Buntar. Isteri saya memang tak sangka pun menang, siap boleh tanya saya bagaimana boleh dapat baucer percuma tu.
Makan Free di Marrybrown
Uhh dapat je baucer, sayalah orang pertama yang gunakan baucer tu. Sungguh nak cakap la kan, saya ni bukan penggemar makanan menu yang ada di Marrybrown ni. Segalanya kerana pengalaman pahit makan Ayam Goreng Marrybrown yang tak kena di tekak saya .. uhh ... masa tu, saya dan famili makan di restoran Marrybrown di Bagan Serai.
Tapi, ada satu hari tu .. isteri saya bawa burger yang dibeli dari Marrybrown Parit Buntar. Uhh .. sedap pulakk .. hahaha .. itulah kali pertama saya merasa sedapnya burger ayam dari Marrybrown. Kalau tak silap sayalah .. nama menu tu Tower Burger. Rupa dia lebih kurang macam Big Mac Mc Donald's... cuma daging (patty) je dari daging ayam.
Sedap. Tower Burger Marrybrown berjaya memikat selera saya.
Nah. Bila dah dapat baucer percuma, maka tanpa lengah .. saya pun belilah Tower Burger Marrybrown guna baucer yang isteri saya dapat tu. Fuh .. satu baucer bernilai RM10. Jadinya, dapatlah lebih kurang 10 kali saya dan keluarga makan percuma di Marrybrown.
Rezeki Murah Dapat Menang Baucer RM100
Hmm bukan selalu isteri saya memang sesuatu dari satu-satu kontest ni. Bila menang dan dapat baucer Marrybrown RM100 ni, saya fikir ini mungkin kerana sifat isteri saya yang suka tolong orang dan bersedekah. Rezeki dipermudahkan. Alhamdulillah.Dan isteri saya juga sangat-sangat rajin melakukan sholat Dhuha ... huhu tak macam saya yang asyik dok sibuk melayan komputer dan blog.
Pernah isteri saya kata pada saya satu hari tu ...
"Abang cer buat solat Dhuha tu, dua rakaat je pun .. bukan lama .. sebelum waktu tengahari abang buatlah ... kata nak rezeki murah ... " kata isteri.
Saya kedu. Yelah, asyik cerita dan tulis pasal rezeki murah dalam blog tapi solat sunat Dhuha tak rajin nak buat. Apa daaa ...
Sebenarnya banyak lagi pedoman untuk dapatkan rezeki murah, selain dari sedekah dan juga melakukan solat sunat Dhuha ni. Jika anda teringin nak tahu, boleh baca buku ini - 101 Formula Rezeki Murah Diberkati.
In Sha Allah, ada 'keajaiban' dalam buku tersebut yang akan buka hati dan minda tentang rezeki Allah S.W.T.
rm100..banyak tu dapat tebus makan kat MB..
ReplyDeleteWaahhh.... Voucher RM100... Memang kenyang beberapa hari nak menghabiskannya
ReplyDeleteTgk gak menu apa .. leh tahan juga harga burger kat Marrybrown ni
Deletealhamdulillah..tahniah..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.