Menurut laporan akhbar (2015), harga rumah teres di KL mungkin jadi lebih daripada RM300,000 seunit di tahun 2020 kelak. Tatkala itu, anda perlu mempunyai gaji atau pendapatan sekurang-kurang RM12,000 sebulan untuk membolehkan membuat pinjaman di bank.
10 Langkah Untuk Membeli Rumah Second-Hand
Berikut saya kongsikan panduan untuk membeli rumah second-hand buat sesiapa yang berminat.1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga
Cari rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin.
2. Pergi tengok rumah, periksa semua perkara
Tanya banyak soalan. Dan periksa semua bende. Yg penting, tengok kalau ada problem besar yg mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll. terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut-takut ada problem yang kita tak tau macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb.
3. Minta extra diskaun
Sebutkan semua kekurangan yang ada pada rumah pada penjual/ejen (walaupun remeh macam cat tak kemas, sinki tak lawa). Tujuannya untuk mintak diskaun tambahan hehe. Penjual pun pressure nak jual, so jangan segan nak tawar.
4. Bayar deposit 3%
Sediakan duit 3% dari harga rumah. Hati-hati sebab ada jugak ejen/penjual rumah penipu. Kalau dah ada lawyer, lebih baik bayar melalui lawyer. Kalau bayar direct, elakkan bayar cash. Gunakan cek. Kalau takde buku cek, buat bank draf, senang je. Minta resit sebagai bukti bayaran.
5. Cari lawyer
Cakap untuk tujuan beli rumah. Tanya lawyer tu banyak kes tak dia handle sekarang, takut dia sibuk. Warning dia awal2 yang urusan ni mesti diselesaikan cepat2. Lawyer akan drafkan perjanjian jual-beli (sale & purchase agreement).
6. Apply loan
Apply la loan di beberapa bank. Sebabnya, kadar pinjaman ni berubah2 setiap bulan. Bulan ni Bank A murah, bulan depan Bank B pulak murah. Kadang2 bank sama tapi cawangan lain pun beza2 rate loan. Ni boleh jadi kalau cawangan bank tu tak cukup lagi kuota keluarkan loan bulan tu. Kadang2 kita boleh tawar menawar rate pinjaman tu, contohnya kalau kita: dpt better offer dari bank lain, ada rekod ccris cantik, beli rumah yang mahal, ada byk duit dalam fixed deposit, dll. Kalau tak lepas, cuba apply loan dari mbsb atau syarikat insurans.
7. Sign S&P Agreement
Bila loan approve, penjual akan sign s&p yang lawyer dah sediakan.
8. Bayar baki 7%
Bayar baki 7% dari harga rumah, melalui lawyer.
9. Lawyer buat kerja
Ni proses paling lama, mungkin 2 bulan, mungkin setahun. So rajin-rajinlah follow up. Call lah sekali seminggu tanye status terbaru. Lawyer ni selalunya buat keje ikut siapa yang push dia. Tak push, memang slow. Bayar lawyer lepas keje dia dah siap sepenuhnya. Kalau bayar awal, dia dah takde insentif untuk selesaikan cepat.
Bila semua urusan lawyer settle, bank kita akan release duit pinjaman kepada penjual. Rumah jadi hakmilik kita dan penjual akan bagi kunci rumah. Jangan lupa tukarkan air, letrik TNB dan Indah Water jadi atas nama kita.
Sumber: Blog Aidan
agreement tu y paling penting ..dan dpt kn lawyer.. xde pgalaman lagi beli rumah..
ReplyDeleteTahun ni planning nak beli rumah...bagus info ni tq HH
ReplyDeletebelum berkemampuan nak beli rumah lagi
ReplyDeletethank you for the info HH...tahun nih banyak je rumah second hand atau subsale. kalau nak beli rumah idaman mmg lambat lagilah jawabnya
ReplyDeleteBeli rumah teres second hand pun susah nak dapat kurang dari RM300.000 sekarang ini. Bukan kerana rumahnya tetapi kerana harga tanah yang mahal terutama di bandaraya macam KL. Sekarang ni pula susah juga nak dapat loan. Untuk pertama kali elok saja beli apartment.
ReplyDeleteJika ada masalah loan rumah, cuba dapatkan panduan Lulus Loan dari GilaHartanah
Deletesalam .. sya mohon pencerahan berkenaan pembelian rumah 2nd hand . dgn harga Rm 160.000.00 cash. sya tlh beri lkan pd peguam sebanyak rm32.000.00 tunai.mslh nya dlm proses pengurusan utk dpt kan smp dan sya d beritahu supaya menandatangani document utk dpt kan smp dan perlu bayar bki ..mslh nya dlm masa itu sya mendapat kemalangan dan emas sya meninggal jdi sya gagal utk jelaskan baki itu.. d cni bolih k sya dpt kan semula wang deposit sya.. ? atau apa kah cra yg blh sya lakukan utk mendapat kan baki deposit sya.. utk pegetahuan dlmasa kemalangan sya tlh kehillangan sebelah mata sya dn sya tlg mendapat kas oku . apakah sya blh tuntut kembali wang terse but ..trima kasih
ReplyDeleteblh wsp0178481068
Salam. Pergi istytihar atau beritahu pada bank pinjaman perumahan yang anda tidak mampu nak bayar. Automatik, bila bank dapat tahu anda tak mampu nak bayar, pinjaman akan terbatal.
DeleteDapatkan surat dari bank tu dan tunjuk kat pemaju atau peguam yang uruskan pembelian rumah.
Dapatkan surat pembatalan pembelian daripada peguam tersebut. Bila dah ada surat ni, baru akan dapat deposit rumah tu kembali. Semoga bermanfaat.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.