Ya. Ini hakikat - ramai yang bakal dibuang dan diberhentikan kerja pada tahun ini (2017). Keadaan ekonomi yang sangat mencabar telah membuatkan beberapa syarikat ambil keputusan untuk kurangkan kos menggaji pekerja.

Sebagai ganti, syarikat melabor dalam perisian dan peralatan untuk gantikan tenaga manusia. Malah, ada yang menggunakan sumber luar dengan menggaji pekerja sambilan secara online untuk kerja-kerja mudah.

Ramai Bakal Dibuang Kerja Kerana Keadaan Ekonomi

Ramai Bakal Dibuang Kerja Tahun 2017
Saya memetik berita yang disiarkan di akhbar tempatan. Apa yang berlaku sekarang adalah disebabkan ketidak-tentuan ekonomi dunia, lebih-lebih lagi keadaan ekonomi di beberapa negara Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Saya bukanlah pakar analisis ekonomi atau kewangan. Namun, kita sendiri sudah merasa kesan terhadap kelembapan ekonomi sekarang. Harga produk makanan naik, harga barang keperluan naik, harga bahan api juga naik .. dan baru-baru ni, nah dikejutkan pula dengan kenaikan harga gula. Sebelum ini, harga minyak masak botol juga turut naik di pasaran.

Sebagai rakyat biasa, anda dan saya .. kita tak mampu nak kawal apa yang berlaku dalam persekitaran ekonomi. Kita cuma pengguna. Nak tak nak, kita perlu hadap dan hadam.
Bakal Diberhetikan Kerja - Apa Perlu Buat?

Buat golongan yang terhimpit dengan keadaan kewangan yang kurang baik, mereka sangat mengharapkan bantuan daripada kerajaan, itu sebab ramai yang marah-marah apabila BR1M tak lulus walhal sebelum ini ok je ... :). Antara sebab ialah .. kerana ada nama atau pasangan didaftarkan dalam SSM.

Ehemm .. daftar je dalam SSM pun .. nampak macam ada bisnes, tapi sebenarnya bisnes dah lama tak boleh nak jalan.. huhu .. betul tak wahai kawan-kawan usahawan?

Saya tak nak cerita pasal BR1M, sebab post kelmarin, dah panjang lebar saya sembang kencang pasal isu ni. Jika anda nak baca dan hadam, boleh baca - BR1M Tak Lulus - Apa Perlu Dilakukan?. Saya tahu ada yang tak berapa suka dengan dua tiga baris ayat yang ditulis - nah itu yang keluar di otak ... jujur.

Dibuang Kerja - Bukan Isu Baru

Ramai bakal dibuang kerja. Isu buang kerja, diberhentikan kerja bukan isu baru pun. Sudah berlaku banyak kali dah. Itu lumrah alam pekerjaan.
Cari Kerja Secara Online

Bila diberhentikan, ada dua cara untuk teruskan hidup menyara kehidupan:
  1. Cari kerja lain - hantar resume, hadir temuduga... dan pastikan lulus dapat kerja.
  2. Buat bisnes - samada buat bisnes sendiri, bisnes online atau joint venture dengan kawan-kawan.

Peluang sebenarnya banyak. Walaupun keadaan ekonomi dunia tak berapa bagus, namun urusan jual-beli masih berlaku. Begitu juga dengan urusan pekerjaan. Misalnya dalam sektor awam, ada yang kerja bertahun .. tiba masa perlu bersara; maka ruang kosong ditinggalkan adalah untuk pencari kerja. Siapa yang ada pengalaman sebelum ini, mungkin satu kelebihan buat dirinya.

Ramai Kena Diberhentikan - Wujud Saingan

Saingan. Mana-mana ada saingan.

Anda mungkin bakal dibuang kerja kerana kurang skill, maka ambil peluang untuk tambah skill. Bila syarikat, jabatan atau boss hantar pergi kursus, maka .. dapatkan ilmu sepenuhnya dari kursus tersebut. Jangan nak up status di FB sepanjang masa mengomel pasal kursus yang anda rasa boring .. huhu...

Anda mungkin bakal dibuang kerja kerana tak boleh bekerjasama dengan rakan-rakan lain. Anda ada isu untuk bekerja di bawah orang .. nah .. bila ada peluang, cari kesempatan untuk belajar menjadi boss. Ada modal, gunakan ia untuk belajar mandiri - belajar untuk jadi boss kepada diri sendiri.


Anda diberikan peluang cari kerja lain; maka persiapkan diri dengan sijil-sijil kemahiran, kelulusan yang ada semasa sedang berkhidmat/bekerja. Lupa cara nak tulis resume, cari balik tips untuk tulis resume yang terbaik agar segala pengalaman yang ada dapat disampaikan secara berkesan pada bakal majikan.

Pengalaman Saya ..

Anda nak tahu? Semasa saya diberitahu bahawa kontrak kerja saya bakal ditamatkan dan tidak disambung semula satu waktu dulu, apa yang saya buat?

Saya berniaga online, dan saya belajar buat blog untuk jana pendapatan. Saya siap diberikan tempoh tertentu untuk gunakan masa yang ada untuk hadapi kemungkinan yang datang. Alhamdulillah, saya ada boss-boss yang faham situasi, dan izinkan saya gunakan kemudahan di pejabat untuk bina perniagaan online dan belajar tentang menulis blog - dengan syarat dilakukan selepas waktu pejabat.

Jika anda bakal dibuang kerja kelak, maka buatlah persediaan.
  • Cari atau tambah skill baru.
  • Bina bisnes sendiri - paling mudah ialah mulakan dengan bisnes online tanpa modal.
  • Cari ilmu berkaitan perniagaan, pemasaran.
  • Jika mahu cari kerja di syarikat lain, lengkapkan resume terkini.
  • Kembangkan kenalan anda daripada setakat rakan pejabat kepada mereka yang ada pengaruh terutama pemilik bisnes.
  • Cari peluang-peluang baru ...

Haruslah juga ingat, bahawa rezeki itu datangnya dari Tuhan. Maka sentiasa berusaha, dan berdoa .. tawakal dan pastikan aktiviti seharian dipenuhi dengan sesuatu yang boleh menjemput rezeki. In Sha Allah, akan ada penyudahan yang baik untuk anda.

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. terima kasih HH tips yg sangat berguna... rezeki tak kemana kan. Allah dh tentukan rezeki kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul ... percaya dengan rezeki yang telah Allah tetapkan

      Delete
  2. alahaii kalau yg dah kerja pun bakal kena buang, macam mana pulak nasib yang baru nak cari kerja.. hmmmm..

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang memang kena ada 2 sumber pendapatan & bisnes online sangat membantu untuk menampung ruang-ruang yang bocor

    ReplyDelete
  4. aduh. dengan keadaan ekonomi yang makin menekan. kena buang kerja pulak. aduh. memang makin teruk lah kehidupan orang malaysia ni.

    ReplyDelete
  5. sangat bermanfaat!

    https://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/02/27/tip-cukai-tahun-2017-siri-5-beli-tablet/

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement