Rujukan Bantu Lulus PSEE Separa Perubatan. Adakah anda dipanggil untuk jalani peperiksaan online kemasukan perkhidmatan awam (PSE) Separa Perubatan pada tahun ini? Sudah ada rujukan dan set contoh soalan untuk latih tubi PSEE tersebut?

Jika masih lagi terkial-kial dan hilang punca bagaimana nak tahu mengenai format peperiksaan, bentuk soalan selain cara nak mendapatkan set contoh soalan bagi persediaan awal PSEE Separa Perubatan, usah khuatir kerana saya ada rujukan untuk anda gunakan.

Rujukan Untuk Bantu Calon PSEE Separa Perubatan

Pakej rujukan contoh soalan PSEE Latihan Separa Perubatan 2020

Latihan Separa Perubatan adalah laluan kerjaya perkhidmatan awam yang menjurus kepada perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Ia melibatkan pengambilan menerusi permohonan di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan di dalam perkhidmatan kesihatan.

Separa Perubatan terbuka untuk calon lepasan sijil, diploma dan juga ijazah.

Untuk pemohon bertaraf Diploma, pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan juga Matematik.

Calon yang memohon untuk Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma perlulah berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun semasa membuat permohonan.

Mereka yang telah lulus PSEE Separa Perubatan, akan kemudiannya ditemuduga untuk mengisi kekosongan dalam Latihan Separa Perubatan untuk latihan jawatan-jawatan berikut:

  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran


Persaingan untuk kemasukan ke Latihan Separa Perubatan adalah tinggi. Pun begitu, pengambilan untuk masuk ke Latihan Separa Perubatan juga meningkat setiap tahun. mengikut keperluan semasa. Ianya dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan juga Julai.

Untuk memastikan calon yang memohon adalah benar-benar layak, pihak SPA telah menetapkan bahawa setiap calon perlu menjalani peperiksaan khas kemasukan ke perkhidmatan awam atau PSEE sebelum dipilih untuk menjalani temuduga Latihan Separa Perubatan.

Peperiksaan Online Kemasukan Perjawatan Perkhidmatan Awam (PSEE) adalah merupakan ujian saringan untuk calon yang memenuhi kriteria am sebelum dipilih untuk ditemuduga bagi kelayakan khusus kemasukan ke Latihan Separa Perubatan.

PSEE akan menyaring calon dari sudut pengetahuan am, pengetahuan khusus, kefahaman bidang tugasan, termasuklah juga berkaitan kebolehan calon dalam menyelesaikan masalah.

Jika anda merupakan salah seorang calon yang terpilih untuk menjalani PSEE Latihan Separa Perubatan, ia pastinya sesuatu yang mencabar dan menyulitkan seandainya tiada sebarang rujukan untuk digunakan.

Gunakan Pakej Rujukan Lengkap Dengan Contoh Soalan untuk PSEE Separa Perubatan

Rujukan PSEE Separa Perubatan 2020

Pakej rujukan ini mengandungi segala keperluan untuk anda bersiap-sedia untuk hadapi peperiksaan online itu kelak. Tips penting untuk lulus dalam sebarang peperiksaan ialah melakukan persediaan rapi, lengkap dan awal. Jika anda kekurangan masa untuk bersedia lebih awal sebelum ini, maka anda harus mendapatkan pakej rujukan ini.

Rujukan bantu lulus peperiksaan online PSEE Separa Perubatan ini adalah merupakan pakej rujukan lengkap berbentuk ebook dengan lebih 150 mukasurat yang mengandungi:

  • Lebih 40 nota ringkas berkaitan Separa Perubatan, pengetahuan am dan khusus.
  • Lebih 180 contoh soalan peperiksaan untuk latih tubi beserta jawapan.
  • Penerangan mengenai format terkini PSEE. 
  • Maklumat perjawatan dalam Latihan Separa Perubatan.

    Dan banyak lagi ..

    Semua di atas terkandung dalam pakej lengkap rujukan terkini untuk Separa Perubatan. Pakej rujukan untuk lulus Separa Perubatan ini boleh anda peroleh dengan tempahan secara online sahaja. Jika anda tempah awal, maka awallah anda dapat akses dan muat turun pakej rujukan ini.

    Pakej Rujukan Contoh Soalan PSEE Latihan Separa Perubatan 2020


    Gunakan kesempatan dan peluang yang telah diberikan kepada anda untuk lulus di dalam PSEE Latihan Separa Perubatan. Usah ambil ringan kerana anda perlu bersaing dengan banyak calon lain.

    Kurangkan risiko. Buat persediaan awal. Jangan menyesal jika ada calon seperti anda yang ambil keputusan bijak untuk menggunakan pakej rujukan ini dan mereka akhirnya mereka LULUS.

    Elakkan gagal dek kerana anda tidak buat apa-apa persediaan untuk PSEE ini. Berusaha cara betul dan tunjukkan kesungguhan anda selain berdoa kepada Tuhan.

    Semoga berjaya.

    4 Ulasan

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    1. Semoga membantu untuk mereka yang berkenaan.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Harapnya calon-calon yang terpilih tu rebut peluang ini untuk buat persediaan rapi hadapi exam online Separa Perubatan.

        Padam
    2. Rujukkan ni penting agar meningkatkan lagi peratusan lulus pada mereka yang ambil periksa ni. Saya doakan kejayaan mereka semua :)

      BalasPadam
      Balasan
      1. Ya, perlu ada rujukan dan panduan, kalau tak nanti sukar nak menjawab ....

        Padam

    Catat Ulasan

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Terbaru Lebih lama

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement