Namun, persoalannya ialah .... bilakah masa yang sesuai untuk menerima kehadiran anak kedua? Pada usia berapakah si anak pertama tadi harus menerima kehadiran orang lain untuk berkongsi kasih sayang dari ibu dan bapanya? Dan bagaimana pula dengan tahap kesihatan?
Tips Untuk Mendapatkan Anak Kedua
Untuk itu, saya ingin berkongsi satu tips tentang mendapatkan anak kedua menerusi ruangan kekeluargaan ini.Bagi keluarga saya, anak kedua kami lahir setelah anak sulong kami berusia 3 tahun. Pada ketika itu, dia sudah boleh menerima kehadiran seorang adik, dan sudah bersedia untuk berkongsi kasih sayang dari kami.
Dari sudut kesihatan pula, masa yang terbaik adalah setelah anak pertama itu berumur 2 tahun. Masa 2 tahun adalah masa yang sesuai untuk menerima kehadiran cahayamata kedua berdasarkan fisiologi tubuh badan si ibu yang sudah pulih sepenuhnya daripada kesan kelahiran sulong.
Tempoh berkenaan sudah memadai buat diri si ibu untuk tampil pulih setelah banyak kehilangan zat besi, kalsium dan sebagainya semasa proses mengandung dan melahirkan anak sulong tadi.
Dan bila anak sulong tadi sudah berumur lebih 2 tahun, sudah semestinya dia telah bercerai susu dan boleh berdikari sendiri. Malah, dikatakan nanti dapat membantu ibunya dalam menguruskan adik yang bakal diterimanya.
Lihat Perkara Berikut Sebelum Hamil Anak Kedua dan Seterusnya ...
Seandainya anda ingin hamil lagi untuk memperoleh anak kedua, sila pastikan perkara berikut terlebih dahulu, bagi mengelakkan sebarang komplikasi pada anak kedua yang bakal anda kandungkan kelak.Sebelum Hamil Anak Kedua dan Seterusnya ....
- Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
- Makan asid folik 400mcg sekurang-kurangnya sebelum sebelum rancang hamil bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
- Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
- Jika darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
- Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin.
- Sekiranya tiriod, ambil ubat yang selamat. Doktor O&G akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
- Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
- Kalau sakit jantung, ada keadaan di mana membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.
Semoga entri ini memberi manfaat buat para ibu serta bapa mengetahui waktu sesuai, dan langkah-langkah perlu untuk menerima kehadiran orang baru yang kedua ... erkk orang baru ni bermaksud bayi ehhh ..bukan isteri baru .... hehehehehe
tu dia boleh cubala na
ReplyDeleteBaik untuk suami ketahui pengorbanan dan jerih payah isteri mengandungkan anak. Tips ini untuk fahamkan si suami supaya ambil berat ttg kesihatan isteri sebelum bercadang untuk tambah anak.
DeleteTahniah dapat baby lagi. Tips anak kedua ni dah tak relevan untuk saya :D
ReplyDeletesaya rasa dah cukup 3 anak..umur pun bukan muda lagi nie
ReplyDeleteassalamualaikum HH...info yg berguna buat semua...mmg seronok kalau ada baby baru ni...mama pun dulu jarak anak pertama n kedua 3 tahun bezanya...
ReplyDelete** Mama Maszull
Baiklahhh..tengah berusaha utk yg kedua ni..at least dapatlah info dekat sini..thanks bro HH
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.