Adik saya sebelum masuk PDRM, berulang-kali kena tegur sebab keadaan jalan yang tidak begitu betul. Postur berjalan yang betul adalah antara kriteria untuk masuk ke perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Samalah juga dengan keadaan lurusnya tangan.
"Kamu ni pengkor semacam je, ni kecik-kecik mesti tak kena bedung .." kata pegawai polis yang pernah temuduga dan ujian kecergasan adik saya.
Bedung Moden Untuk Bayi Baru Lahir
Bedung zaman dedulu pakai kain batik. Zaman berubah, bedung pakai napkin bayi pula. Sekarang, bedung dah ada yang lebih special, memang siap dibuat untuk bedung bayi kecil baru lahir. Ia macam sarung, masukkan sahaja bayi baru lahir dalam bedung moden ni, kemudian 'lilit' atau 'lipat'.Bayi saya yang baru lahir - si Hasif 'baru'; dapatlah merasa menggunakan bedung moden ni. Abang-abang dan kakaknya sebelum ini bedung guna napkin kain je. Abang Long Amri lagilah, siap berbungkus berikat lagi dengan kain bedung yang bertali.
Isteri saya yang beli bedung moden ni. Beli di kedai Manjaku. Ketika itu tengah offer, jadi isteri saya beli satu pasang untuk cuba.
Kemudian, isteri saya minta untuk bandingkan harga bedung moden yang dibeli di kedai Manjaku dengan kedai shopping online.
Uhh .. nampaknya beli bedung moden secara online jauh lebih murah dari kedai biasa.
Maka, hari tu .. ada pula promosi jualan awal tahun dari Lazada Malaysia. Maka, saya pun tempahlah sepasang. Bedung tu dari luar negara, jadi masa shipping lebih lama dari biasa. Hampir seminggu lebih juga saya tunggu barang tu diterima. Alhamdulillah, nasib baik tiada kos penghantaran dikenakan.
Cara Gunakan Bedung Moden (Swaddle) Adalah Mudah
Tak susah nak guna bedung moden ni .. cuba lihat paparan di bawah tentang cara nak gunakan bedung ni .. simple je ..Saya beli bedung moden di Lazada cuma RM22 sahaja. Alhamdulillah, saya dan isteri sangat puas hati dengan produk ini.
[Baca Juga] Beli Lampin Pakai Buang PetPet Harga Murah di LazadaDan disebabkan itu, baru-baru ini sempena Big Baby Fair di Lazada, saya pesan lagi sepasang set bedung moden. Tapi kali ini dari seller yang berlainan pula. Sengaja berbuat demikian, sebab material bedung berlainan dengan dua set bedung bayi sebelum ini.
Bayi Baru Lahir Selesa Gunakan Bedung Moden
Hasif 'baru' pun selesa je menggunakan bedung moden ni. Tak ada alahan apa-apa, dan tak susah pun nak memakaikan bedung ni pada bayi. Saya sendiri pun boleh buat tanpa bantuan isteri. Masukkan Hasif dalam kantung, dan balut kiri dan kanan. Siap.Bedung moden ini bercorak menarik. Material pula kebanyakannya dari kain kapas yang lembut. Ada seller dil Lazada yang jual bedung moden dari material yang lebih baik; tetapi biasalah .. harganya juga adalah lebih mahal.
Ia tidak ada saiz khusus. Selalunya ditulis saiz 0-3 months, 3-6 months macam tu. Almaklumlah bayi baru lahir cepat membesar,
Cubalah guna bedung bayi moden ni ... serius memang best.
anak-anak dulu kena bedung dulu juga..
BalasPadamguna cara lama pun ok..
cara yang moden lagi ok..
Cara dedulu tak berapa trendy .. hahahaha
Padammudahnya skg..x macam dulu main ikat2 lagi..
BalasPadamYang bestnya ... tak perlu risau nak bawa keluar rumah ... sbb bedung ni menarik ..
Padamsenang pakai bedung macam ni kan...
BalasPadamIbu2 ayah2 beli sekarang sebelum harganya naik mencanak.. tak tentu pasal... jimat cermat.. pastikan selamt tq..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.