Anda bakal menimang cahaya mata? Sudahkah anda sediakan sebuah beg kecemasan untuk ibu mengandung? Tahukah barang atau benda yang perlu diisikan di dalam beg tersebut? In Sha Allah, saya akan kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya untuk dijadikan panduan dan rujukan anda.

Beg kecemasan untuk ibu mengandung sangat penting sebagai persediaan untuk menerima kehadiran cahaya mata. Ia bukan sekadar sebuah beg untuk kelengkapan si ibu tetapi juga untuk si anak yang bakal lahir. Ia penting supaya anda tidak kalut apabila tiba waktu anak bakal dilahirkan kelak.

Beg Kecemasan Ibu Mengandung dan Persediaan Menerima Bayi Baru

Beg Kecemasan Ibu Mengandung
Beg kecemasan untuk ibu mengandung perlu mengandungi dua perkara penting, iaitu keperluan untuk si ibu, dan juga keperluan untuk si anak. Seeloknya, sediakan dua beg berasingan untuk memudahkan anda kelak.

Ini adalah kerana setelah ibu bersalin dan melahirkan anak, si ibu sangat lemah, dan tidak dapat menguruskan diri serta bayi dengan cekap. Bantuan daripada jururawat akan diperlukan untuk kerja-kerja seperti mengenakan lampin pada bayi, mengenakan pakaian, membersihkan bayi dan sebagainya.

Maka, untuk mudahkan jururawat membantu menguruskan dan menjaga isteri serta bayi, beg kecemasan ini perlu diasingkan, dan disusun dengan elok serta rapi.

Apakah Keperluan Yang Perlu Ada Untuk Si Ibu?

  • Buku merah si ibu.
  • 2-3 helai baju yang longgar, disyorkan baju lengan panjang jenis berbutang.
  • 2-3 helai seluar longgar atau kain batik.
  • 5-10 helai seluar dalam yang bersih.
  • Sehelai stokin sebagai simpanan (dalam wad ada disediakan stokin khas)
  • 2-3 helai bra - jika boleh bra untuk ibu menyusu (tak perlu banyak, kerana kebanyakan waktu bra tidak diperlukan).
  • Sehelai tuala mandi.
  • 2-3 helai tuala tangan kecil.
  • Sedozen pad/tampon atau tuala wanita jenis nipis (daily use) atau boleh cari maternity pad.
  • 2-3 helai tudung kepala. 
  • Sabun mandi, berus gigi, ubat gigi.
  • Flusk untuk simpan air panas.
  • Bekas simpanan air masak.
  • Cawan plastik dan sudu.
  • Biskut jenis yang dipek berasingan - pastikan yang boleh dan dibenarkan makan untuk ibu. 
  • Madu lebah asli dan buah kurma - sebagai makanan tambahan untuk kekuatan dan kesihatan.
  • Serbuk lada hitam yang diletakkan dalam bekas kecil bertutup.
  • Kopi O atau milo segera. Jika bayi didapati ada jaundice, elakkan meminum milo.
  • Sampul/dompet kecil yang mengandungi sedikit duit dan kad pengenalan si ibu (jangan bawa kad kredit/debit atau benda lain tidak perlu)

Apakah Keperluan Yang Perlu Anda Untuk Si Bayi Baru Lahir?

Barang patut ada untuk keperluan bayi baru lahir di hospital
  • 2-3 helai baju lengkap bayi (baju, seluar, sarung tangan dan kaki, topi/penutup kepala)
  • 10-15 helai lampin pakai buang saiz newborn.
  • 1-2 bedung bayi, disyorkan guna jenis moden sebab ia mudah.
  • Minyak telon.
  • Tisu basah untuk bayi.
  • Tisu nipis pakai buang, disyorkan tisu jamban.
  • Tuala mandi untuk bayi.
  • Selimut kecil.
Ok. Nampak banyak kan?

Apa yang saya berikan adalah sekadar cadangan, lebih-lebih lagi jika jarak kediaman anda dengan hospital atau tempat ibu bersalin agak jauh. Kuantiti boleh dikurangkan dan boleh ditambah ikut keperluan dan kesesuaian.

Syor Tambahan Untuk Keperluan Si Ibu

Beg untuk si ibu mungkin memerlukan anda untuk sediakan dalam dua bekas/beg berasingan kerana perkara-perkara seperti cawan, sudu, biskut, madu, buah kurma, flusk, bekas air agak tidak sesuai disekalikan dengan pakaian.

Jadi, syor saya ialah ...
  1. Beg keperluan untuk si ibu.
  2. Beg keperluan untuk si bayi baru lahir.
  3. Bakul kecil untuk keperluan seperti makanan, bekas makanan dan sebagainya.
Nama pun beg kecemasan kan? Jadi, pastikan beg-beg ini berada di dalam kenderaan anda atau diletakkan di dalam rumah, di mana mudah untuk anda mendapatkannya.


Bagi saya, setiap kali saya keluar bersama isteri .. saya akan bawa perkara 1 dan 2 di atas. Tidak siapa yang tahu apa kemungkinan yang bakal berlaku. Elok bersedia.

Sesetengah hospital membenarkan si ibu membawa telefon. Jadi, anda boleh memasukkan ia di dalam senarai keperluan si ibu - termasuklah pengecas selain power bank. Ada hospital tidak benarkan penggunaan pengecas telefon.

Buat Persediaan Awal ..

Persediaan ini perlu dilakukan awal, seboleh-bolehnya lima bulan lebih awal. Mengapa? Supaya anda tidak merasa terbeban, dan lebih fokus. Perbelanjaan untuk ibu bersalin dan anak dilahirkan bukan sedikit, jadi buat persediaan awal dengan berbelanja ikut kemampuan dalam menyediakan apa yang dikehendaki.
[Dah Baca?] Borong Keperluan Bayi Menerusi Lazada - Lebih Murah dan Jimat!
Seperti saya, saya berbelanja dan sediakan segala keperluan seawal bulan pertama isteri disahkan mengandung. Kebanyakan keperluan untuk si ibu dan anak saya dapatkan secara online di Lazada Malaysia. Ia mudah kerana isteri tidak perlu keluar rumah dan kami boleh sama-sama pilih mana yang perlu sahaja. Selain itu, ia lebih jimat.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement