Lagipun, saya susah nak nampak bangkai lipas lepas gunakan spray racun serangga untuk bunuh lipas dalam kereta.
Cara Nak Perangkap Lipas Dalam Kereta
Ada bermacam petua yang pernah saya cuba. Antaranya ialah dengan meletakkan daun pandan dan juga serai wangi. Tapi setakat ini, pendekatan ini kurang memberikan impak yang memuaskan hati.Namun, saya tertarik dengan satu lagi cara untuk perangkap lipas dalam kereta. Cara ini nampaknya boleh memberikan kesan untuk menghapuskan lipas-lipas kecil dalam kereta. Saya terlihat petua dan cara ini di laman FB Sinar FM.
Bahan Diperlukan Dan Cara-Caranya ...
Caranya ialah dengan meletakkan satu bekas yang mengandungi minyak masak terpakai dan juga planta di bawah kereta seperti ditunjukkan pada gambar di bawah ini:Bahan-bahan untuk perangkap lipas dalam kereta.
- Bekas plastik kosong
- Minyak masak terpakai
- Planta atau majerin
- Boleh tambah susu pekat
Dan kena ingat, jangan sampai terlupa pula akan perangkap ini. Bila dah pasang dan dibiarkan semalaman, keesokan paginya baik terus pergi tengok hasilnya. Bukan apa, takut anda terlupa ... nanti habis kereta berbau minyak masak terpakai dengan planta. ... hahaha.
Tak Berkesan?
Menerusi FB Sinar FM tersebut, ramai yang mengatakan bahawa cara ini kurang berkesan. Mungkin sebab kereta mereka itu memang tak ada serangga perosak ini ... Pun begitu, bagi diri saya .. tak cuba takkan tahu .. ye tak?Takpe, saya abaikan sahaja komen yang ada di situ, kena eksperimen ni. Mungkin ada bahan detail yang tidak dinyatakan. :)
Anak-anak saya pasti suka dengan eksperimen macam ni.
In Sha Allah, saya akan cuba cara nak perangkap lipas ni, sebaik sahaja saya selesai tulis blog post ini. Dan saya akan tunjukkan hasilnya di laman Instagram. Jadi, jangan lupa untuk follow ye ... boleh follow dengan klik sini - Instagram Hasrul Hassan.
Untuk anda yang mungkin nak try cara ini, selamat mencuba.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.