Chicken Chop. Anak-anak saya memang suka makan Chicken Chop. Setiap kali makan di luar, anak-anak pasti akan memesan menu Chicken Chop (kalau ada). Kalau tidakpun, mereka akan pesan Nasi Goreng Pattaya. Disebabkan dah selalu makan, mereka sudah tahu dan boleh menilai mana satu Chicken Chop yang sedap.

Saya pula tak berapa gemar makan Chicken Chop. Ia bukanlah makanan kesukaan saya. Jika makan di luar atau di kedai, saya suka nak pesan makanan Melayu, misalnya Nasi Goreng Kampung dengan telur mata .. huhu.. nak-nak kalau ada ikan bilis rangup, dan dimasak sedikit pedas.

Chicken Chop Murah, Cuma RM4 Sahaja di Parit Buntar

Chicken Chop Murah, Cuma RM4 Sahaja
Orait, saya fikir ramai juga yang sukakan masakan western ini kan? Saya tak pasti samada saya dulu suka makanan ni. Uhh .. .. tapi kalau cakap pasal western food, saya lebih sukakan Steak atau Lamb Chop. Aha .. dua makanan yang mencabar. Mencabar sebab apa? Sebab kena pandai guna garfu dan pisau ... serta perlu mempunyai gigi yang kuat.

Chicken Chop tak susah makan. Ia selalunya dibuat dari 100% daging ayam tanpa tulang.

Bagi saya, Chicken Chop sama je kat mana-mana. Yang bezakan Chicken Chop itu adalah kuah atau sosnya. Anak-anak saya akan habiskan seluruh hidangan Chicken Chop kalau sosnya sedap. Sos kegemaran anak-anak saya pastilah sos lada hitam (black pepper).

Sos tersebut mesti ada rasa pedas lada hitam, dan rasa sedikit manis. Ada yang suka makan Chicken Chop dengan sos cili atau sos tomato.

Sebenarnya, boleh je nak buat Chicken Chop homemade. Tak susah pun. Daging ayam untuk menu ni ada je dijual di pasaraya atau kedai frozen. Hanya perlu masak dengan minyak yang banyak, atau dengan kata lain buat deep-fry. Tang nak masak deep-fry ni la yang susah sikit .. haha .. kena ada kuali beso dengan gunakan minyak setengah botol. Uhhh .. mahal kot minyak masak sekarang .. haha.
[Baca Ni...] Cara Buat Chicken Chop 100% Homemade

Mudah Dapat Chicken Chop Harga Murah di Parit Buntar

Di tempat saya, iaitu Parit Buntar .. anda boleh dapat Chicken Chop dengan harga serendah RM4 satu set. Ada yang jual dengan harga sekitar RM6-RM8 satu set, tapi ikut saiz hidanganlah.

Kalau nak cari Chicken Chop murah, dengan harga cuma RM4, anda boleh dapatkan dan beli di Pasar Malam Parit Buntar.

Gambar yang saya sertakan ini adalah Chicken Chop dari Pasar Malam Parit Buntar, ya .. harganya cuma RM4 sahaja. Murah kan?
Chicken Chop Murah
Di tempat saya, memang tak boleh nak jual mahal-mahal. Apatah lagi bila dijual di Pasar Malam yang kebanyakkan pengunjung memang datang nak cari barangan dan makanan murah. Pun begitu, walaupun harga Chicken Chop RM4 satu set, jenuh juga makcik yang jual ni nak habiskan .. hehehe...

Yelah, seperti saya .. bukan semua orang suka makan masakan western ni.

Anak saya beritahu, boleh tahan juga rasa Chicken Chop harga RM4 ni. Habislah juga dimakan, tak dibazirkan atau disimpan dalam peti sejuk.. huhu.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya kurang gemar chicken chop, lebih suka chicken grill

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah �� Bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan ��

    BalasPadam
  3. chicken chop memang sedang kalau tengah lapar huhuhu...

    tetapi dah kira murah RM4 sahaja

    BalasPadam
  4. Boleh tahan murah juga ni.. boleh la order banyak2 dan makan puas2 lepas ni

    BalasPadam
  5. Wah murahnya.Kalau ada area kL confirm saya pergi dan terlajak laris. Moga peniaga tersebut di murahkan rezeki.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement