Malah, ia juga menjadi antara jenama kereta yang disukai oleh golongan pegawai-pegawai kerajaan yang dah pencen .. hehehe. Mungkin kerana pengaruh lambangnya yang besar menyerlah di bahagian depan dan belakang pada kenderaan jenama Honda ini.
Honda CRV 2017 Dengan 7 Tempat Duduk
Honda adalah jenama yang telah lama bertapak di hati rakyat Malaysia. Siapa yang tidak kenal dengan jenama ini. Sesetengah orang anggap memiliki jenama kereta Honda sebagai salah satu kemewahan dan gaya hidup moden serta terkini.Baru-baru ini, Honda perkenalkan model terkini generasi kelima Honda CRV. Apa yang menarik perhatian saya sehingga menulis dan menerbitkan post berkaitan gambar Honda CRV 2017 ialah ia dilengkapi dengan barisan ketiga untuk tempat duduk. Ini menjadikan Honda CRV versi 2017 mempunyai 7 tempat duduk.
Ini merupakan pertama kali Honda CRV muncul dengan lebih 5 tempat duduk. Pastinya ia akan menarik lebih ramai peminat kepada model SUV ini.
Gambar Honda CRV 2017
Jom layan beberapa gambar Honda CRV versi 2017 baru ini, yang telah diperkenalkan secara rasmi di Bangkok International Motor Show 2017. Gambar ehsan daripada Paultan.org.Jadi bagaimana? Nampak menarik tak? Pasti ada di antara anda yang terpesona dengan wajah baru Honda CRV ini. Mengiurkan? Sememangnya rekabentuk CRV 2017 baru ini agak memikat dan mudah menawan hati.
Gambar Bahagian Dalaman Honda CRV 2017
Ada lagi beberapa gambar Honda CRV 2017 ini ... jom layan lagi. Kali ini saya kongsikan beberapa gambar bahagian dalaman CRV baru ini.Awal tadi saya ada beritahu bahawa kereta Honda CRV 2017 ini mempunyai 7 tempat duduk .. mari kita lihat ...
Buat masa ini, tiada khabar berita mengenai kehadiran model CRV 2017 ini ke pasaran Malaysia (setakat post ini ditulis). Maka, harganya pun belum diketahui lagi. Oleh itu, kepada peminat Honda, anda mungkin perlu menunggu sehingga pelancaran model CRV 2017 baru ini dibuat di Malaysia.
Jadi, bagaimana? Ada rasa terliur untuk memiliki kereta Honda CRV 2017 tak?
suv cenggini rilek saje balik kg...tp pengguna kena mental ok la bukan jenis main masuk simpang..baru kena dgn kereta haha
BalasPadamMenarik ni...
BalasPadamHusband nieyl mesti suka ni..
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.