Kerapuhan tulang atau Osteoporosis ialah penyakit tulang yang akan menyebabkan pesakit menjadi lemah, seterusnya akan hilang kualiti hidup. Petua menangani masalah ini adalah mudah je, iaitu minum susu secukupnya. Susu penting untuk kesihatan, dan dari susulah kita dapat mengekang masalah kerapuhan tulang ini.
Minumlah Susu Sampai ke Tua
Susu adalah antara minuman kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Ia adalah minuman yang digalakkan dalam Islam. Bila ia minuman yang disukai Nabi S.A.W., maka ia tentu istimewa dan mempunyai kelebihannya sendiri.Apabila anak lahir ke dunia, minuman pertama yang diberikan adalah susu. Susu ibu adalah minuman anugerah Allah S.W.T untuk bayi menerusi ibunya. Di dalam susu ibu terdapat keperluan yang tepat, penting dan berkhasiat untuk si anak yang baru nak kenal dunia.
Dalam surah Al-Baqarah ada menyatakan mengenai susu ibu ini, bermaksud:
"Para ibu hendaknya menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian para ibu dengan cara yang ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya" (Al-Baqarah: 233).Susu kaya dengan protein serta kalsium. Ia sangat penting kepada pembinaan otot serta tulang. Kerana itulah, awal-awal lagi bayi diberikan susu. Dan dalam Islam, sangat digalakkan si anak disusukan dengan susu ibu sehingga usia 2 tahun secara eksklusif.
[Dah Baca?] Milk Booster Untuk Ibu Masalah Susu Badan
Kenapa Susu Penting Untuk Manusia?
Seperti awal saya sebutkan, apabila usia meningkat, kandungan protein dalam tubuh khususnya untuk tulang akan berkurangan. Tulang akan mula menjadi rapuh kerana kekurangan gizi ini.Bilakah tulang mula rapuh?
Tulang manusia akan mula rapuh seawal usia 30 tahun. Kadar ini akan meningkat apabila kadar penjanaan semula tulang semakin merosot akibat usia serta kekurangan nutrisi. Tulang merupakan tisu hidup yang mengalami pembentukan semula sepanjang hayat kita. Jadi pengambilan susu kerap adalah perlu.
Berikut adalah perkara penting mengenai pengambilan susu sampai ke tua ....
Berapa gelas susu yang diperlukan untuk keperluan kalsium buat tulang?
Dua (2) gelas sudah dikira mencukupi untuk keperluan seharian.
Vitamin yang diperlukan untuk penyerapan kalsium berkesan bagi tulang?
Vitamin D adalah vitamin yang terkandung dalam susu yang membolehkan penyerapan kalsium oleh tulang menjadi berkesan. Selain itu, vitamin D juga boleh mengurangkan risiko masalah lain seperti kanser dan tekanan darah tinggi.
Berapa banyak sukatan susu yang perlu oleh orang dewasa dalam sehari?
Seorang dewasa memerlukan antara 1000 hingga 1200 mg susu bagi mendapatkan kalsium yang cukup buat tulang.
Jadi, minumlah susu setiap hari, khasnya buat perempuan. Dan buat kanak-kanak, jika layan minum susu, dapat menambah ketinggian selain menguatkan tulang dan gigi. :)
[Dah Baca?] Pernah Rasa Makan Jambu Tetek? Atau Dikenali Jambu SusuErkkk jangan anda cuba lupuskan minat anak anda yang sedang dok menyusu. Ada ibubapa yang berentikan minum susu buat anak-anak mereka, sedangkan tindakan mereka itu sebenarnya adalah mengekang diri mereka menjadi sihat dan kuat.
Sumber: Majalah iSihat
betullah..sekarang pun still minum susu lagi
ReplyDeleteHikmah minum susu .. seawal dari lahir .. mesti sampai ke tua ..
Deletebetul2
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.