Pantang dan larang ini adalah untuk memastikan bahawa si ibu dan anak berada di dalam kesihatan yang baik. Ada dua jenis pantang, iaitu untuk ibu bersalin normal, dan untuk ibu bersalin secara pembedahan caesarean.
Daun Lemuni Untuk Ibu Pantang Bersalin
Untuk ibu pantang bersalin secara pembedahan, ia lebih ketat sedikit. Ini adalah kerana luka pembedahan lebih kritikal, dan perlu jagaan rapi. Jadi, pilihan makanan kena pilih dengan betul agar membolehkan luka pembedahan bersalin cepat sembuh dan keadaan ibu kembali normal.Isteri saya berpantang 44 hari. Alhamdulillah, tahun ini isteri saya peroleh cuti bersalin 100 hari. Jadi, bolehlah berehat dengan agak panjang. Apatah lagi, bila ini kali pertama isteri melahirkan anak secara pembedahan caesarean atau c-sect.
Untuk ibu yang berpantang bersalin secara pembedahan ini, pantang paling besar ialah tidak boleh makan ikan haruan mahupun pati ikan haruan. Berbeza dengan ibu yang bersalin normal, makan ikan haruan atau pati ikan haruan sangatlah digalakkan. Namun, berbeza dengan ibu yang bersalin cara pembedahan ini. In Sha Allah, nanti saya akan ceritakan di lain post.
Nasi Lemuni Untuk Ibu Berpantang Bersalin
Untuk post kali ini, saya nak kongsikan satu menu best yang sesuai untuk ibu pantang bersalin secara pembedahan ini, iaitu Nasi Lemuni. Bukan Nasi Lemak Lemuni ehh .. tapi pure Nasi Lemuni.Nasi Lemuni atau Nasi Lagundi memang terkenal di bahagian utara semenanjung. Ia bukan sekadar makanan untuk orang berpantang bersalin, tetapi ia menjadi juadah popular untuk sarapan dan untuk majlis tertentu.
Cara Nak Masak Nasi Lemuni
Nasi ini berwarna unggu. Warna ini terhasil daripada daun Lemuni itu sendiri. Daun Lemuni ada khasiatnya tersendiri. Ia antara pokok herba berbunga yang agak sukar ditemui sekarang. Jika anda nak kenal pokok dan daun Lemuni ni macamana, boleh rujuk pada gambar di bawah:Ada juga yang hiris daun ini kecil-kecil dan masukkan bersama beras. Semasa memasak, ia perlu dikacau supaya ia sebati. Tetapi, saya tak guna cara ini sebab nak anak-anak saya makan. Kalau dicampur sekali, mau nasi ni dipandang sepi je atas meja .. haha.
[Baca Dah?] Ibu Mengandung Dilarang Mandi Air PanasKalau anda nak masak Nasi Lemak Lemuni, caranya juga sama, hanya gantikan sahaja air memasak nasi dengan air rebusan daun Lemuni.
Nasi Lemuni berbau harum dan berwarna unggu. Ia sesuai dimakan untuk waktu tengahari dan juga makan malam. Ia sedap, saya sendiri makan Nasi Lemuni ini untuk makan pagi dan juga tengahari ... hoho.
Khasiat Lemuni
Antara khasiat daun Lemuni yang diketahui ialah ...- Melegakan sakit tekak.
- Melegakan sakit asma.
- Membantu proses pencernaan.
- Rawatan untuk batuk, selsema serta penyakit berkaitan pernafasan.
- Rawatan untuk sakit bisul.
- Rawatan untuk sakit sendi.
- Kurangkan risiko atau kesan demam campak.
- Singkir cacing dalam tubuh.
Kalau anda ada terjumpa daun ini di persekitaran anda, atau dijual di pasar .. bolehlah cuba gunakan untuk memasak nasi. In Sha Allah, ia baik untuk kesihatan anda. Apatah lagi untuk makanan pantang orang bersalin.
Kredit Gambar Tambahan - http://linaherbs.blogspot.my
jemput singgah ke blog saya
ReplyDeletehttps://thisisme-38.blogspot.my
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.