Baby court memudahkan dan ia selamat untuk bayi. Saya beli semasa jualan gudang Anakku di Kuala Lumpur. Uhh .. masa tu memang rajin cari jualan gudang ... sanggup datang dari utara ke KL tu untuk beli barang murah jualan gudang.
Nasib Baik Tak Jual Baby Court
Nasib baik saya tak jual baby court ni kat media sosial. Kalau jual online .. memang laku ni. Bolehlah letak baby court Anakku prelove kat headline menjual .... hehehe. Gunakan pun sekejap je. Pasti ramai ibu bapa yang baru dapat baby mahukan baby court ni.Saya dah tak ingat berapa harga saya beli. Tapi memang kami takkan beli kalau tak murah .. beli sekali, gunakan berkali-kali. Alhamdulillah, baby court ni adalah antara tempat permainan awal anak-anak saya dan isteri.
Bila tak digunakan, kami pinjamkan pada orang lain terutama adik-beradik yang nak gunakan baby court. Bila tak ada yang nak guna, isteri saya akan simpan dan balut dengan plastik.
Oh ya, baby court ni boleh dibuka dan pasang sendiri. Do it yourself (DIY) je. Cuma kena pastikan skru tak hilang, dan bahagian-bahagian baby court ini dijaga dengan baik agar tak patah atau tercabut.
Saya gunakan supaya baby tidak diletakkan di atas lantai. Ia adalah lebih selamat meletakkan baby kecil di dalam baby court dari tilam kecil atas lantai. Lantai rumah moden ni banyak habuk yang tak kelihatan. Lagi-lagi andai ada anak-anak lain yang tukang sepah .. hahaha ...
Habuk bahaya pada baby kecil.
[Dah Baca?] Kelahiran Anak Keempat - Hasif 'Baru'Ada ibubapa kurang peka hal ini, akibatnya baby kecil membesar dengan masalah asma dan pernafasan.
Nasib baik saya tak jual baby court ni .. kalau tak .. mau beratus juga nak beli yang baru. Alhamdulillah, kadang menyimpan benda-benda cam ni yang awalnya ingat takkan guna lagi .. berguna juga akhirnya.
Tak terlambat rasanya sy nak ucapkn tahniah kat tuan HH dan isteri terima new baby hhe
ReplyDeletekalau ada anak kecik maka benda ini menjadi penting semula
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.