Saya beli di Mydin Parit Buntar, dengan harga RM20 setiap satu. Kipas ini cukup kecil dan mudah dibawa.
Nostalgia Kipas Dalam Kereta, Teksi dan Bas
Jika dahulu, kipas banyak digunakan dalam kenderaan pengangkutan awam. Ketika itu, alat penghawa dingin dalam kereta merupakan satu aksesori yang mahal. Ini adalah kerana ia menggunakan banyak tenaga dari bateri kereta. Kebanyakkanya cuma pasang alat penghawa dingin hanya jika benar-benar perlu sahaja.Malah, ketika itu alat penghawa dingin kereta tidak seefisien seperti kenderaan sekarang. Mudah rosak, dan kos untuk membaiki sistem penghawa dingin dalam kenderaan adalah sangat mahal. Jadi, kebanyakkan kenderaan ada kipas sendiri sebagai alternatif.
Masa kecil dahulu, saya selalu anggap kereta yang ada kipas mini ini adalah kereta yang istimewa. Bila nak naik teksi, mesti akan pilih teksi yang ada kipas .. sebab tahu kebanyakkan teksi ketika itu ada masalah dengan alat penghawa dingin - dan caj atau tambang juga lebih murah kalau tidak menggunakan teksi yang berhawa dingin.
Samalah juga dengan bas.
Bila nak naik bas, sanggup naik bas yang tidak ramai penumpang semata-mata nak memilih tempat duduk yang ada kipas mini yang tergantung di bahagian tepi tingkap atau di bahagian bumbung tengah bas.
Tu zaman dulu .. memang nostalgia betul bila anak saya tunjukkan kipas mini yang mahu dibeli.
Kenapa Nak Beli Kipas Mini?
Tentu ada yang tertanya, kenapa anak saya mahu beli kipas mini ni?Tujuannya satu, mahu dibawa ke sekolah kerana keadaan kelas panas. Kipas yang ada pula tidak berfungsi dengan baik. Kata anak saya, nak pasang ketika waktu rehat dan ketika cikgu tiada dalam kelas.
Saya terpaksa beli dua set sebab dua-dua anak saya mahukan kipas mini ini.
Hmm .. sempatlah mereka gunakan beberapa ketika sebelum digunakan pula oleh isteri saya ketika berada di dalam wad bersalin.
Uhh .. banyak guna juga kipas mini ni ehhh ... sejak dulu mahupun sekarang.
Bila dah habis bateri, cas je semula menggunakan kabel USB.
Menarik ni dlm keadaan cuaca panas sangat memerlukan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.