Rahsia gaji RM4,500 sebulan sebagai tukang cuci kereta. Mitos? Anda mungkin tidak percaya, tetapi memang kerja sebagai seorang tukang cuci kereta boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan setiap bulan.

Itu adalah antara sebab kenapa salah seorang rakan saya sebaik sahaja habis pengajian di USM sebagai seorang graduan, beliau bekerja sebagai tukang cuci kereta.

Susah Nak Dapatkan Kerja? Kenapa Tidak Kerja Sebagai Tukang Cuci Kereta? Gaji RM4,500 Sebulan!

Rahsia Gaji RM4500 Tukang Cuci Kereta
Zaman sekarang nie memang zaman gawat. Ramai dah pekerja yang kena buang kerja. Pelajar-pelajar yang baru keluar IPT dan kolej pun, ramai yang susah nak dapat kerja! Jangan kata pelajar, pensyarah pun ramai yang kena buang kerja! Ini realiti. Cabaran memang getir.

Jadi, memang tak bolehlah nak memilih sangat bila bab cari kerja ni. Saya dulu pun, sebaik sahaja keluar USM, saya buat macam-macam kerja. Saya memang tak memilih, asalkan boleh dapat duit dan boleh sara kehidupan. Janji halal.

Aha .. saya keluar U, semasa zaman gawat tahun 1997. Saya kerja dengan beberapa rakan serta senior .. buat website, dan jadi agen pemasaran untuk iklan di web tersebut. Lepas tu, tak berapa menjadi .. saya belajar dan kerja mengenai saham. Fuh .. masa tu memang teruja gila bila dah dapat tahu cara nak buat duit dengan saham ni.

Dalam masa kerja yang macam-macam inilah, saya pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakan saya. Uhh tak sangka ... dia kerja sebagai seorang tukang cuci kereta. Bukan setakat kereta je dia cuci, bas kilang, dengan lori pun dia cuci sekali.

Bisnes memang lumayan buat dirinya.

Ok. Itu kisah ketika akhir-akhir 90an. Sekarang pun nampaknya masih ada masalah dari segi nak cari kerja ni. Walaupun kerajaan ada buka peluang kerja dalam sektor awam .. ia masih belum mampu tampung lambakan pencari kerja di Malaysia.

Susah kalau kita dok tunggu tawaran kerja. Sebab ... jumlah penawaran adalah tidak berkadaran dengan jumlah permintaan. Nak tak nak, kena cari cara lain .. kena cari kerja yang tak banyak songeh, tak perlukan sijil tinggi.

Brader Lulus Diploma Ini Gaji RM4,500 Sebulan Sebagai Tukang Cuci Kereta

Macam brader ni... walaupun ada diploma, tapi dia rileks je buat kerja sebagai tukang cuci kereta. Apa yang penting.. kerja halal, bukan buat jenayah atau pergi merompak orang.
Rahsia Gaji RM4500 Tukang Cuci Kereta
Tetapi... apa yang ramai orang tak tahu. Walaupun brader ni hanya bekerja sebagai tukang cuci kereta, gaji bulanan yang dia perolehi adalah RM4500 sebulan.

Ya! RM,4500 sebulan!

Dia bukan tokey kedai cuci kereta tu.. tapi dia hanya pekerja biasa sahaja! Nampak tak? Kerja seperti ini tak perlukan anda kelulusan tinggi, tapi anda perlu rajin dan tunjukkan bahawa anda mahu kerja dengan bersungguh-sungguh.

Bila kerja dengan tekun, in Sha Allah .. bukan setakat dapat gaji seperti brader ni - RM4,500 sebulan .. malah lebih, sekali dengan benefit yang mungkin tidak terdapat di tempat lain.

Menariknya ialah ... gaji setinggi itu bukanlah sebab dia kerja dah lama kat situ.. tapi itu adalah gaji yang dia dapat sewaktu baru masuk kerja!

Anda tak percaya? Nak tahu macam mana dia boleh dapat gaji tinggi macam tu?

Baiklah...tentang macam mana brader tu boleh dapat gaji yang tinggi walaupun sekadar kerja cuci kereta?

Ianya adalah disebabkan dia bekerja di Singapura! Kerja sebagai tukang cuci di Singapura selalunya adalah sekitar $1500 sebulan. Bila ditukarkan kepada nilai RM, ianya berjumlah RM4500.

Bagaimana? Menarik kan? Gaji permulaan sebagai tukang cuci kereta 4 angka! Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai peluang kerja di Singapura! Anda boleh lawati website berikut...
[Klik] Rahsia Gaji Tinggi Kerja di Singapura

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ini salah satu faedah ringgit jatuh wakakakakak...tp kene hadap kerja luar negara la hahaha

    ReplyDelete
  2. Tetapi cost hidup di S'pore tinggi pulak.

    ReplyDelete
  3. fuh merecik apa yang dia dapat tu. memang kena usahalah

    ReplyDelete
  4. Say nak Cari kerja carwash yg mahal gaji

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement