Walaupun harganya dikatakan murah, ia kekal sedap dan in Sha Allah mengenyangkan. Dan peniaga-peniaga yang menjual menu ini dengan harga sebegini tak pernah nampak kerugian.
Roti Canai 80 Sen dan Nasi Lemak Seringgit
Anda boleh jumpa roti canai sedap dijual dengan harga 80 sen sekeping di beberapa lokasi sekitar bandar Parit Buntar. Antara yang paling terkenal dan sering menjadi pilihan penduduk tempatan ialah Roti Canai Sabar Menunggu di kedai makan Pak Mat Kerang Rebus.Roti Canai Sabar Menunggu
Roti Canai Sabar Menunggu memang sedap. Ianya lembut, dan sesuai dengan rasa kuah parpu yang tidak terlalu pedas apabila ditambah sambal tumis. Setiap hari kecuali Sabtu (sebab tutup), roti canai ini sering mendapat pelanggan yang ramai. Disebabkan ianya sedap, ada yang sanggup menunggu dengan agak lama untuk pesanan diterima.[post_ads]
Satu lagi lokasi yang ada menjual roti canai yang sedap ialah di sebuah kedai makan di tepian Sungai Kerian, betul-betul di simpang tiga menuju ke arah Bandar Baharu dan Parit Buntar. Ia berada di sebelah kiri jalan, sebelum membelok ke simpang naik jambatan menyeberang Sungai Kerian.
Gerai ini selalu menjadi perhatian di pagi Sabtu, terutama dari pengunjung luar yang baru selesai shopping kain baju di Pasar Kemboja. Penarik kedai ini adalah kerana kuah roti canai yang sedap kerana ada campuran tiga kuah berlainan - kadang cuma dua.
Nasi Lemak Seringgit Mudah Didapati ...
Nasi lemak berharga seringgit pula boleh didapati di kebanyakan gerai di Parit Buntar. Memang mewah dan mudah nak cari nasi lemak harga seringgit. In Sha Allah, anda tidak akan kecewa dengan rasa walaupun harganya cuma seringgit.Di sebelah kedai makan Pak Mat Kerang Rebus pun ada dijual beraneka jenis nasi lemak dengan harga seringgit. Ada lauk ikan bilis, ada telur, ada sambal udang, sambal ikan, sambal ikan kering ... Nasi lemak seringgit dibungkus dengan daun pisang, original sejak dahulu lagi.
Pak Mat Kerang Rebus pun ada nasi lemaknya sendiri. Boleh cuba ... tapi harga tak adalah seringgit ehh .. hehe ...
Di pasar basah Parit Buntar juga ada banyak jenis nasi lemak dijual dengan harga RM1 ini. Jika mahu nasi lemak yang berlauk banyak seperti ayam goreng, ayam masak merah, sotong dan sebagainya .. boleh dapatkan di pasar basah Parit Buntar. Harga bermula dari RM1 - RM5 ikut jenis lauk.
Oh ya, satu lagi tempat yang best nak dapatkan nasi lemak ialah di depan K-Garden Hotel. Di situ ada sebuah kedai makan menjual Nasi Lemak Kuning yang special. Ia juga menjadi antara kegemaran orang tempatan untuk menikmati menu sarapan nasi lemak yang sedap.
[Nak Tahu?] Bestnya Nasi Lemak Kuning Parit BuntarJika anda singgah ke Parit Buntar, bolehlah mencuba.
Restoran mamak nasi kandar di sini pun ada jual nasi lemak daun pisang, dan rasanya juga boleh tahan.
[post_ads_2]
Boleh hubungi saya kalau teringin nak datang bercuti atau dapatkan bantuan saya sebagai pemandu pelancong anda di Parit Buntar. :)
Harga makanan masih murah di utara. Entry tuan kali ini membangkitkan nostalgia.
ReplyDeleteAlhamdulillah, banyak lagi kawasan di utara ni yang sajikan makanan yang masih tidak keterlaluan dari segi harga. Dah la murah .. kekal sedap pula tu.
Deletesangat susah nak cari roti canai yang berharga RM0.80..
ReplyDeletenasi lemak ada yang berharga RM1 ..cuma kuantitinya sangat sedikit..
Roti canai tak jumpa lagi, tapi nasi lemak ada je dekat ngan rumah aku ni
ReplyDeleteMakanan kat utara masih murah, walaupun harga bahan mentah naik mendadak, nak makan tu tak pikir dua tiga kali sebab harga peniaga masih ada yang maintain dan naik pun kekadang sen sen banding kat bandar, sekali naik sampai seringgit dua..
ReplyDeleteKat kampung saya, nasi lemak bungkus daun pisang pun masih ada Seringgit, area Yan
Betul tu .. hari tu saya pergi Yan .... beli nasi pun masih murah.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.