Sultan Cola - minuman Habbatus Sauda berkarbonat. Anda pernah rasa? Inilah pertama kali saya tahu mengenai minuman yang mengandungi Habbatus Sauda atau Black Seed yang ditinkan sebagai minuman berkarbonat. Saya dapat peluang merasa minuman ini semasa pergi shopping buah kurma di Saudagar Kurma, Penang.

Saya beli untuk merasa air minuman bergas ini dengan harga promosi 3 tin - RM2. Cukup murah bukan? Saya tak pasti samada minuman dinamakan Sultan Cola ini ada dijual di kedai atau pasaraya biasa.

Sultan Cola - Minuman Habbatus Sauda Berkarbonat dari Austria

Sultan Cola - Minuman Habbatus Sauda Berkarbonat
Anda tentu nak tahu apa rasa Sultan Cola ni ... hmm ... ia seperti minuman berkarbonat yang lain. Di lidah saya tak adalah sebarang kelainan. Ia manis, dan ada rasa sedikit pahit macam air kola bergas biasa.

Rasa pahit itu mungkin berpunca dari ekstrak Habbatus Sauda yang menjadi bahan utama dalam Sultan Cola. Nak kata sedap sangat pun tak, tak sedap pun tak .. tapi bolehlah ... hehehe... ala .. macam minuman kola berkarbonat biasa yang kita minum tu ...

Sultan Cola adalah produk dari negara Austria. Ia merupakan produk keluaran Sultan Drinks, yang merupakan syarikat yang dikenali sebagai pengeluaran produk air semulajadi terbaik di Austria.

Saya difahamkan produk ini ada diperkenalkan oleh syarikat Saudagar Kurma (SAG) semasa MIHAS 2017 di Kuala Lumpur. Ia mendapat sambutan yang menggalakkan kerana umum ketahui bahawa Habbatus Sauda atau Black Seed mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Produk ini disahkan halal, dan ia dijangka menjadi minuman kola berkarbonat yang akan diminati ramai.
Sultan Cola - Minuman Habbatus Sauda Berkarbonat

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement