Jika dulu (lebih 10 tahun lepas), agak sukar nak nampak orang jual biskut raya sebelum puasa. Tetapi dengan perkembangan teknologi sekarang, ramai usahawan terutama IKS sudah menggerakkan plan promosi untuk raih jualan sempena Ramadan dan Raya.
Biskut Raya Dah Dijual Sebelum Puasa
Bulan Ramadan memang bulan yang dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya. Juallah apa sahaja yang halal di bulan Ramadan, in Sha Allah akan dapat untung. Dengan syarat, perniagaan dijalankan dengan cara betul dan mengikut hukum.Di bulan Ramadan, ramai para ibu-ibu tunggal, surirumah tangga dan yang tidak ada pekerjaan tetap akan ambil peluang untuk berniaga terutamanya kuih dan biskut raya. Ia satu produk yang memang sudah ada permintaan tinggi setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal.
Cara Promosi Secara Online
Jika dulu, promosi lebih kepada offline dan bersifat fizikal, tetapi sekarang promosi banyak dilakukan secara online. Ada macam-macam cara dilakukan, antaranya:- Guna Facebook Ads (FBAds)
- Guna Google Adwords
- Guna Instagram Ads
- Guna Banner iklan online
- Guna laman web shopping online seperti Mudah.my, Lelong.my, Shopee, Lazada, 11th Streets
- Gunakan blog atau blogger untuk review dan advertorial
[Baca] Teknik Mempromosi Kuih dan Biskut Raya Agar LarisSebelum datangnya bulan ramadan, bulan puasa untuk umat Islam .. banyak restoran, hotel dan penyedia servis katering mempromosikan bufet ramadan ini. Siap berikan harga early-bird untuk tempahan awal malah ada yang buat kontest tertentu untuk promosi.
Kenapa Buat Promosi Jual Kuih Raya Lebih Awal?
Usahawan IKS yang jual kuih raya pun sama ambil peluang ini untuk mempromosikan produk mereka lebih awal. Ada yang buat promosi untuk jualan terus. Ada pula yang mempromosi produk mereka menerusi kedai dan pasaraya berhampiran mereka. Ada pula yang mempromosi produk mereka ke hotel dan restoran yang buat bufet ramadan... dan macam-macam lagi.Kenapa buat awal?
- Sebab beri peluang untuk bakal pelanggan merasa sedap atau tidak kuih raya yang dijual.
- Untuk dominasi jualan terawal - untuk dapatkan testimoni dan sebagainya.
- Untuk kira dan dapatkan modal pusingan dan modal awal
- Untuk tahu mana satu kuih raya yang laku keras supaya promosi dan jualan semasa ramadan boleh ditingkatkan.
[Dah Baca?] Jangan Beli Kuih Raya dari ChinaSaya dulu pelik gak, tapi bila dah belajar beberapa ilmu pemasaran yang baru .. maka saya dah tak rasa hairan dah, malah saya alu-alukan ia dibuat ... supaya ia berikan pilihan dan boleh buat anggaran belanjawan untuk persiapan hari raya nanti.
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.