Saya dan beberapa rakan blogger utara telah diberikan kesempatan untuk mencuba menu terbaik yang akan disediakan sempena promosi bufet makan malam bertemakan Citarasa Bonda di Hotel Neo Plus, Penang pada 9 Mei 2017 yang lalu. Sudikan baca review pendek ini ye ...
Promosi Buffet Dinner Citarasa Bonda di Neo Plus Hotel, Penang
Hotel Neo Plus by Aston, Penang adalah sebuah hotel baru yang semakin dikenali di Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah hotel yang bercirikan moden dan terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown.Sempena kehadiran bulan puasa tahun (2017) ini, pihak Hotel Neo Plus ingin menjemput tetamu-tetamu untuk merasai keenakan buffet dinner yang akan diadakan di Lemongrass Restaurant, di tingkat satu hotel ini.
Ruang restauran yang agak selesa untuk tetamu menjamu selera, bebas dari kebisingan luar hotel, dan 100% bebas dari perokok yang mungkin akan menyebabkan selera makan terganggu. Suasana dalam restauran juga sangat senang pada mata.
Ia akan menjadi lokasi makan malam ala bufet yang pasti selesa untuk tetamu di hotel ini.
Berapa Harga Buffet Dinner di Hotel Neo Plus?
Tentu anda nak tahu harga bufet makan malam yang disediakan di Neo Plus Hotel ini kan? Ok, untuk promosi sempena kehadiran bulan puasa umat Islam tahun 2017 ini, harga bufet ditawarkan memang berbaloi dengan nilai.Promosi makan malam ala bufet ini akan diadakan bermula dari 1 hingga 23 Jun 2017. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM58 (dewasa), RM48 (warga emas) dan hanya RM28 untuk kanak-kanak.
Antara menu best, pada selera saya, yang ada di bufet makan malam Neo Plus Hotel ini ialah:
- Satay ayam dan daging - saiznya agak besar, dan puas makan disamping kuah kacang yang pedas manis.
- Otak-otak - antara menu kesukaan anak-anak saya, makanan citarasa bonda berasaskan ikan ini nyata membuka selera kerana rasa ikan yang berempah.
- Kambing Bakar - salah satu hidangan wajib setiap kali adanya promosi buka puasa di hotel.
- Ulam-ulaman - apabila bercakap soal menu citarasa bonda, pastinya wajib ada ulam-ulaman sebagai penambah selera yang menyihatkan.
- Pemanis mulut - Neo Plus Hotel tidak ketinggalan menyediakan menu dan hidangan pemanis mulut yang nampak sangat menarik. Rasanya sedap dan manis sesuai dengan penampilannya sebagai pemanis mulut.
- Mutton Varuval - Penang memang kaya dengan menu hidangan yang pelbagai, salah satunya hidangan ini yang unik dan menjadi penarik untuk buffet dinner di Neo Plus Hotel.
Jadi, bagaimana? Menarik tak menu-menu bertemakan Citarasa Bonda di buffet dinner Neo Plus Hotel Penang ni?
Tempahan
Seandainya anda berminat untuk membuat tempahan awal, boleh hubungi talian telefon di bawah ini.Hotel NEO+ Penang by ASTON
68, Jalan Gurdwara
10300 Georgtown, Penang, Malaysia
Tel : 604-2551000
Mobile : 017-4267598
Email : penangprm@neohotel.com
Website : penang.Neohotel.com
Tabung Derma
Oh ya, sempena promosi buffet dinner ini juga, pihak Neo Plus Hotel turut menyediakan tabung derma sempena bulan puasa, yang akan memberi manfaat pada Rumah Anak Kesayangan Orphanage di Bukit Jambul, Pulau Pinang.Tabung ini diletakkan di hadapan kaunter Lemongrass Restaurant, Neo Plus Hotel, Penang. Jadi, sambil menikmati juadah buffet dinner Citarasa Bonda, bolehlah menderma semampu yang boleh.
nampak makanan dia sedap²..
ReplyDeletepresentation pun kemas,cantik...
harga pun murah juga...
WOW BESTNYAAAAAAAAAAAA
ReplyDeleteWow sedapnya tapi jauh la pula nak pergi
ReplyDeleteperghh, kambing bakar tu sukar nak dielakkan tu, terliur dibuatnya
ReplyDeleteFuhh...nmpak menarik...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.