Saiznya yang kecil sebesar dadu memang nampak sangat kiut. Ada sebab kenapa Milo Kiub dihasilkan sebegitu, in Sha Allah .. menerusi blog post saya ini, anda akan dapat tahu beberapa fakta menarik mengenai Milo Kiub ini.
21 Fakta Menarik Mengenai Milo Kiub Yang Menjadi Tular di Media Sosial
Baiklah, saya akan kongsikan kepada anda beberapa fakta menarik yang telah saya kumpulkan menerusi rakan-rakan blogger saya yang ada menjual produk laris ini secara online. Anda pasti terkejut tentang beberapa perkara mengenai Milo Kiub ini setelah anda mengetahuinya.- Milo Kiub atau Milo Energy Cube telah lama wujud dan ianya bukan produk baru Nestle.
- Milo Kiub bukan produk tempatan (Malaysia). Nestle Malaysia tidak menjual mahupun menghasilkan Milo Kiub ini.
- Milo Kiub yang dijual di Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara adalah merupakan produk keluaran Nestle Nigeria. Ia adalah produk import.
- Harga Milo Kiub agak mahal disebabkan ia diimport dari negara Nigeria.
- Penghasilan produk Milo Kiub adalah untuk konsumer di negara-negara di Afrika seperti Nigeria, Gambia, Ghana, Cameroon, Uganda, Kenya, Sudan, Afrika Tengah, dan juga Togo.
- Berat Milo Kiub tidak sampai pun 3 gram (2.75g) dengan dimensi saiznya cuma 0.8cm x 0.8cm x 0.8cm.
- Ia adalah kuib tenaga (10 kiub = 110 kalori)
- Rasanya seperti Milo dalam tin dan manis, cuma sedikit rangup. Ia bukan seperti rasa coklat biasa yang lebih lembut.
- Amat sesuai diambil sebelum melakukan senaman atau untuk kembalikan tenaga yang hilang selepas bersukan, membuat kerja-kerja berat.
- Boleh mengakibatkan mata anda sukar untuk lelap jika diambil terlalu banyak.
- Dianggap sebagai makanan ringan yang lebih berkhasiat berbanding makanan tidbits yang lain.
- Milo Kiub di Malaysia banyak dijual di laman sosial seperti Instagram dan juga Facebook.
- Ia juga boleh dibeli secara online di laman web shopping ternama seperti Lazada, 11th Street, Qoo10; juga terdapat di laman web Shopee.
- Ada dakwa Milo Kiub dihasilkan di Dubai - fakta ini tidak benar.
- Milo Kiub boleh terus dimakan dan boleh juga dicampur dengan air atau susu.
- Ia tidak cair di tangan, dan hanya akan cair di mulut.
- Milo Kiub kekal rangup jika disimpan dalam bekas kedap udara setelah dibuka dari bungkusannya. Jika tidak, ia akan keras.
- Kanak-kanak selamat memakan Milo Kiub namun tidak digalakkan mengambilnya terlalu banyak.
- Media Singapura melaporkan bahawa produk Milo Kiub akan dilancarkan di sana.
- Rata-rata yang menjual Milo Kiub di media sosial mendapatkan bekalan - samada membelinya secara borong online atau menggunakan perantara pelajar-pelajar Afrika yang belajar di Malaysia.
- Menurut salah seorang penjual online Milo Kiub, ia juga boleh didapati di pasar Afrika di Pasar Raja Bot (dulunya dikenali sebagai Pasar Chow Kit) - dijual oleh warga Negro Afrika dari Nigeria.
Amacam? Dah banyak anda tahu mengenai Milo Energy Cube ini tak? Mungkin ada beberapa fakta yang dah pun anda sedia maklum memandangkan produk kiut ini sudah jadi tular sejak Disember 2016 lagi.
Ramai yang mempunyai rasa ingin tahu telah cuba mendapatkannya, walaupun hakikatnya ia adalah serbuk Milo yang dimampatkan menjadi kiub-kiub kecil yang sangat kiut.
Bahaya Milo Kiub
Bahaya Milo Kiub ni .. sebab menurut beberapa rakan blogger, ia boleh menyebabkan anda ketagih. Dah rasa satu, nak lagi .. nak lagi ... malah ada yang dapat menghabiskannya dalam tempoh satu malam untuk satu bungkus yang ada 100 kiub kecil!
Dari sudut bisnes, produk ini telah menampakkan permintaan yang amat tinggi sekali dalam kalangan konsumer di Asia Tenggara. Nestle Milo telah menjadi sebahagian dari kehidupan di rantau ini dan menjadi antara menu minuman popular.
Bukan setakat minuman, Milo menjadi antara bahan dalam biskut. kek, serta roti. Malah, ada yang memperkenalkan Milo Dinasour sebagai tarikan unik untuk ke restoran dan gerai makan mereka.
Anda dah cuba Milo Kiub?
tak suka sangat milo kiub ni sbb keras huhuhuhu
ReplyDeleteHehehe .. eh ehh .. samalah kita pun tak berapa suka .... haha
DeleteMacam mana pulak kawan boleh tak perasan lazada pun ada jual milo kiub
ReplyDeleteHehehe.. ramai dah mula jual merata tempat .... dalam Lazada pun seller luar tu .. bukannya ada stok sangat .. kena tengok bebetul
DeleteBelum pernah cuba lagi. Owh kiranya rasa sama je ke dengan milo biasa cuma dalam bentuk kiub. Tetiba teringat kadang milo kat rumah jadi keras sebab x tutup bekas rapat. Kalau ala2 macam ni, selalu kecik2 suka makan.hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.