Tapi, saya masih tak dedahkan sangat rupa paras comel lagi kacak baby baru saya tu, kecuali jika anda ikuti saya di Instagram dan Facebook, mungkin dah pernah tengok ... huhu ..
Foto Hasif Najmi - Baby Boy Baru Hasrul Hassan
Jadi, untuk post ini .. saya nak tunjukkan kepada anda rupa anak lelaki saya yang baru lahir pada 27 Mac yang lalu. Namanya ialah Hasif Najmi, dilahirkan secara pembedahan caesarian di Hospital Taiping.Anak kedua saya, Hasif Aqwa Zikri suka dan sayang betul dengan baby Najmi ni. Dialah yang banyak habiskan masa dengan baby Najmi jika nak dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain. Mungkin sebab Zikri dah lama idamkan baby lelaki.
Maira, anak perempuan saya lak ... dia nakkan adik perempuan, sebab nak ada kawan bermain sama-sama permainan perempuan. Hmm agak kecewa sikit si Maira bila dah dapat tahu jantina baby ni semasa akhir-akhir kehamilan isteri saya.
Maira siap cerita kat pembantu tadika dia kat sekolah ... haha.
Tapi, seperti juga abang-abangnya yang lain, Maira tetap sayang pada baby Hasif Najmi ni. Setiap kali Maira dengan Zikri nak ke sekolah, mesti dicium-cium si baby Najmi ni. Begitu juga selepas pulang dari sekolah.
[Dah Baca?] Bagaimana Mahu Menjadikan Anak Pandai, Pintar dan CergasAnak-anak saya, si Zikri dengan Maira memang nakkan adik ... jadi, bila dah ada Najmi ni .. mereka sangat seronok, malah merekalah yang dok beria-ia nak menamakan baby baru saya ni.
Hmm memang seronok dan rasa lain macam bila ada baby baru di usia sudah lebih 40 tahun ni. Saya dan isteri tak menyangka akan dapat baby baru pada ketika rambut di kepala sudah beruban sana sini. Alhamdulillah, syukur .. ini satu rezeki dan anugerah kurniaan Allah S.W.T.
[Baca] Pilihlah Hospital Yang Ada Pakar Jika Melahirkan Anak SulongHasif Najmi, setakat ini menjadi anak yang sangat baik. Tak banyak meragam kecuali kalau masalah perut kembung. Nasib baik ada minyak Asmak untuk bayi .. yang digunakan kalau Najmi sedikit meragam .. alhamdulillah minyak tu sedikit membantu untuk keselesaan Najmi.
Doakan baby boy, anak baru saya bernama Hasif Najmi ini menjadi seorang anak yang soleh, baik budi pekerti, amanah dan bertanggungjawab, menjadi seorang lelaki dan anak yang bijak dan in Sha Allah bersinar seperti bintang untuk agama, keluarga, bangsa dan negara.
p/s: Comel macam saya tak?
alhmadulillah..tahniah tuan hasrul hassan..rezeki baby lg
ReplyDeleteItulah, bila dapat tahu wife mengandung .. macam tak percaya lak. :)
DeleteAlhamdulillah tahniah.. rasa nak picit2 je idung baby hehee :) :)
ReplyDeleteComel
ReplyDeleteSeronok ada baby di rumah sebab tu anak saya berderet hahah... masa ada baby anak-anak yang lain pun reti bila kita suruh cakap perlahan.
ReplyDeleteYa betul tu, memang lain macam suasana bila ada baby kecil di rumah ni.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.