Anda penulis blog? Teringin nak jana income dalam USD (dollar) dengan blog? Dah mohon tapi masih gagal dapatkan akaun Adsense? Atau masih lagi tak tahu cara nak memohon akaun Google Adsense supaya blog boleh raih pendapatan sampingan dalam USD?

Ok. Saya tahu ramai di kalangan penulis blog atau blogger yang masih tidak berjaya memohon akaun Google Adsense ini walaupun dah mencuba beberapa kali. Malah, ada penulis blog yang tak tahu bahawa blog mereka boleh jana income dengan sangat mudah menerusi Adsense.

Dah Muat Turun Panduan Adsense?

Anda dah muat turun Panduan Adsense yang diterbitkan oleh Ebook Media Publishing? Belum lagi? Hmm ... mungkin anda patut dapatkan panduan ini supaya anda faham cara betul untuk mendapatkan akaun Google Adsense penuh.

Ramai yang gagal memohon akaun penuh Adsense kerana mereka sendiri tidak faham apa kriteria dan syarat untuk memohon medium pengiklanan online ini, walaupun pada asasnya ianya tidaklah sesukar mana.

Saya seringkali memberikan panduan untuk rakan-rakan blogger saya mendapatkan akaun Adsense ini. Ramai juga yang telah berjaya mendapatkannya dan menjadi penyumbang utama income menerusi blog.

Menerusi Adsense, anda tidak perlu nak promote apa-apa, anda tak perlu nak jual apa-apa. Sepertimana medium pengiklanan online yang lain, Adsense akan membayar dalam nilai USD untuk paparkan iklan mereka di blog anda.
Rahsia blogger buat duit USD tanpa modal, tanpa kos
Jika iklan tersebut diklik oleh pembaca blog anda, maka makin banyaklah income USD dari Google yang akan diterima, terus ke akaun bank anda.

Di luar negara, Adsense menjadi antara sumber pendapatan utama untuk sesebuah blog. Ia medium buat duit online paling digemari kerana anda tak perlu nak melakukan apa-apa yang di luar kemampuan anda. Anda daftar percuma dengan Adsense, daftarkan blog atau laman web anda, dapatkan pengesahan daripada Google, akses ke akaun Adsense anda, pilih jenis iklan, ambil kod iklan dan masukkan ke dalam blog.

Daftar Adsense percuma - letak iklan Adsense - mula jana USD dari blog. Automatik jumlah income dimasukkan terus ke akaun bank.

Bila kod iklan sudah berada di dalam blog, anda hanya perlu kemaskini atau update sahaja blog anda. Tulis post baru dan biarkan blog anda dibaca.

Laman web berita seperti Berita Harian Online, Kosmo Online, Utusan Online, CNN .. dan banyak lagi, semuanya menggunakan khidmat Adsense untuk paparkan iklan di laman web mereka. Mereka tak perlu cari pengiklan pun, semuanya dibuat oleh Adsense.

Jika blog anda merupakan blog berkaitan kereta, Adsense akan paparkan iklan berkaitan kereta. Mereka akan cari pengiklan yang mempromosi atau mengiklan berkaitan kereta dan pastikan iklan tersebut dilihat oleh para pengunjung blog anda.

10 Sebab Daftar Adsense Untuk Dapatkan Income USD

Kenapa saya suka promote kepada anda untuk gunakan Adsense sebagai platform pengiklanan di blog anda?
  1. Daftar Adsense adalah percuma. Tak perlu modal, tak perlu kos.
  2. Dibayar USD terus ke akaun bank anda secara automatik. Tak perlu nak buat permohonan cash-out.
  3. Iklan adalah berkaitan dengan carian, berkaitan dengan isi kandungan blog anda. Berkaitan trafik yang masuk ke blog anda.
  4. Anda tidak perlu mempunyai blog yang ada trafik atau pengikut yang tinggi. Blog sendu pun boleh mohon Adsense, asalkan ada trafik datangnya dari enjin carian Google.
  5. Iklan dipaparkan lebih menarik dan memungkinkan pengunjung blog untuk klik iklan tersebut.
  6. Iklan dipaparkan setaraf dengan iklan yang turut dipaparkan di laman web terkenal di dunia. Tiada pilih kasih.
  7. Anda tak perlu nak promote iklan tersebut. Anda turut dibayar untuk setiap 1000 paparan iklan Adsense.
  8. Iklan Adsense tidak mencacatkan penampilan blog anda, malah iklan Adsense boleh muncul di dalam peranti mudah alih.
  9. Anda boleh kontrol dan pilih kategori iklan Adsense yang muncul di blog anda.
  10. Anda boleh letakkan kod iklan Adsense penuh di mana-mana blog milik anda tanpa perlu memohon berulang-kali.

Menarik tak? Inilah cara bagaimana ramai blogger otai Malaysia buat duit USD secara senyap-senyap dengan blog mereka iaitu menerusi Google Adsense. Tak susah untuk membuat blog. Ada banyak panduan percuma boleh anda baca mengenainya.

[Baca] Cara Membuat Blog

Ok. Anda mungkin dah pernah memohon tetapi gagal atau anda masih tak tahu cara nak memohon atau anda tak tahu pun bahawa dengan menulis blog boleh dapat income USD, maka saya perkenalkan panduan di bawah ini untuk anda. In Sha Allah, ia akan bantu anda untuk jana pendapatan secara senyap-senyap menerusi Adsense.

Panduan Adsense 2017

Panduan ini ada 10 modul sepertimana yang telah saya ceritakan dalam post terdahulu berkaitan panduan Adsense ini. Anda boleh baca di sini - 10 Modul Belajar Adsense Untuk Blogger

Muat turun panduan Adsense ini untuk anda ketahui bagaimana cara terbaik untuk memohon dan lulus permohonan Adsense. Muat turun panduan ini supaya anda ketahui teknik betul untuk meningkatkan income Adsense anda (jika sudah memohon). Muat turun panduan ini jika anda tidak mahu akaun Adsense anda kena penalti atau disenarai-hitamkan.

Untuk harga diskaun - baca sini - Kod Diskaun RM20 Dapatkan Panduan Adsense Revive

Ia merupakan panduan yang telah bantu ramai rakan blogger otai-otai blogger buat duit senyap-senyap sejak 2006 lagi. Jadi, mengapa anda tidak ikut sekali?

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah..panduan yang berguna ni sifu HH..terima kasih ya..nak study betul2 ni..

    ReplyDelete
  2. terima kasih...
    masih belajar lagi ni...

    ReplyDelete
  3. Application saya rejected salah satu sebabnya ialah nak banyak tulisan berbanding gambar huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia guna ratio ni. Dalam gambar letakkan juga alt dan title .. in Sha Allah, akan ok nanti tu

      Delete
  4. Good tips and info.. masih belajar.

    ReplyDelete
  5. dah nak raya tp masih tak de email wakaka...kalau dapat email reject nnt leh donlod yg ni

    ReplyDelete
  6. saya pun teringin ada income dari Adsense..

    duit dari dalam dollar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement