Ramadan dah tak lama lagi. Sudah nampak ramai peniaga-peniaga kedai makan di tempat saya bercuti. Meja dan kerusi di kedai makan semua dah disusun kerusi atas meja rapat-rapat. Semuanya nampak sedang bersedia untuk menyambut ketibaan bulan mulia umat Islam seluruh dunia.

Bila dah nak dekat Ramadan ni, saya suka nak kongsikan kisah-kisah yang boleh berikan inspirasi, panduan, pedoman dan beri manfaat terbaik untuk pembaca blog saya. Dan alhamdulillah, saya dapat satu artikel menarik yang telah disediakan oleh Ustaz Asraff (FurqanWorks)

Kisah 'Fast Action' Seorang Lelaki Yang Dapat Masuk Syurga Tanpa Hisab

Kisah 'Fast Action' Seorang Lelaki Yang Dapat Masuk Syurga Tanpa Hisab
Kisah di bawah ini sedikit panjang, saya kongsikan istimewa kepada anda semua sempena Ramadan yang bakal menjelma. Ia adalah tulisan asal Ustaz Asraff tanpa olahan apa-apa daripada saya.

Penulisan Ustaz Asraff bermula di bawah ni ... baca dan ambil pengajaran apa yang patut ye (lihat tajuk cerita).

Ada sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Kisahnya yang begitu luarbiasa sering membuatkan saya sering tersenyum lebar sekaligus terinspirasi ketika mengingatinya. Ia sarat dengan hikmah, betapa beruntungnya orang yang fast action/fastabiqul khairat.

Begini kisahnya :

Ketika itu Rasulullah s.a.w ingin berkongsi kriteria kumpulan manusia yang masuk syurga tanpa hisab kepada para sahabat. Kira ceramah pendeklah ikut bahasa kita. Ketika mengetahuinya, para sahabat mulai meneka-neka, apakah kriteria istimewa itu?

Nabi s.a.w pun menjelaskan, ‘Mereka adalah orang yang tidak melakukan ruqyah, tidak mengamalkan perkara buruk dan kepada Tuhan mereka bertawakkal’.

Mohon Doa Kepada Allah Menerusi Rasulullah

Tiba-tiba seorang lelaki bangkit dan berkata, ‘Berdoalah kepada Allah agar Dia menjadikan aku termasuk dalam golongan itu’. Nabi s.a.w menjawab, ‘Engkau termasuk bersama mereka’.

Selepas itu, ada seorang lelaki lain bangun & memohon permintaan sama.

Kepada lelaki itu Rasul berkata, ‘maaf, engkau telah didahului Ukasyah’. Ya, pemuda yang pertama kali bangkit adalah Ukasyah bin Mihsan.

Pemuda yang cepat memberi respon & tidak mahu menunggu-nunggu.

Disebabkan keberaniannya berdoa ketika orang lain ternanti-nanti, doanya telah di ‘amini’ Rasulullah s.a.w. Begitulah para sahabat, mereka memiliki satu budaya yang lama tercicir dari kehidupan kita. Budaya fastabiqul khairat, berlumba-lumba dalam kebaikan. Mereka sedar, fast action membuahkan fast result, sementara slow action bukannya membuahkan slow result tapi no result.

Itu yang berlaku pada lelaki kedua.

Mari kita mencontohi Ukasyah. Mari kita segerakan apa yang patut disegerakan terutama dalam meningkatkan amalan pada Tuhan dan perkara yang dapat membantu diri kita untuk menjadi lebih baik dalam segenap segi. Dan ianya mesti bermula dengan fast action ke arah itu.

[ Sumber : Buku Umrah ke Langit, Umrah Ke Laut ]

Tamat coretan daripada Ustaz Asraff.

Dah Baca?

Ok. Seronok baca kisah di atas? Dapat sesuatu tak?

Apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Asraff ialah berkaitan tindakan kita untuk memperbaiki diri kita. Peluang memang banyak, tapi peluang itu akan hanya tinggal peluang kosong jika kita tidak bertindak dengan cepat.

Ramai yang suka bertangguh dan amalkan budaya 'nanti dulu'. Akibatnya mereka sering keciciran dalam mencapai kejayaan, walhal orang lain yang telah bertindak awal dalam situasi sama telah mencapai apa yang selama ini diidamkan

Sekarang, saya nak war-warkan tawaran menarik daripada Ustaz Asraff ini. Ia satu peluang untuk menambah ilmu pengetahuan selain memperlengkapkan diri dengan sesuatu yang dapat memberikan impak besar ketika di bulan Ramadan.

Anda mahu pandai tajwid dan mahu yakin ketika melakukan tadarus Al Quran di bulan Ramadan? Nah .. tiga buku hebat daripada Ustaz Asraff.
3 buah buku terbaik dari Ustaz Asraff
Dapatkan 3 buah buku terbaik dari Ustaz Asraff untuk bacaan dan pedoman di bulan Ramadan nanti.

Buku tersebut ialah
  1. Umrah Ke Langit, Umrah ke Laut - Buku panduan yang akan tunjukkan cara bagaimana nak mendapatkan umrah yang diterima dan disukai oleh Allah.
  2. Mudahnya Ngaji Tajwid - Tajwid dari A sampai Z dengan matlamatnya untuk mudahkan anda membaca Al Quran dengan betul.
  3. Benarkah Baca Quran Merangkak Dapat Pahala? - Buku yang mengandungi 56 soal-jawab tajwid yang akan merungkai permasalahan bacaan Al Quran dengan tajwid yang betul.
Anda boleh dapatkan 3 buku kombo Pakej Buku Umrah dan Buku Tajwid ini di pautan berikut - Tempahan Online Kombo 3 Buku Umrah dan Tajwid
Tempahan Online Kombo 3 Buku Umrah dan Tajwid
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan, moga kisah di atas menjadi pemangkin semangat untuk kita sentiasa berlumba-lumba dalam membuat kebaikan. Dan ambil kesempatan ini untuk menambah pengetahuan sedikit sebanyak berkaitan Umrah dan Tajwid Al Quran yang disediakan oleh Ustaz Asraff.

Jangan lupa sebelum anda beralih ke tempat lain, klik link ini utk dapatkan kos penghantaran percuma : Tempahan Online Kombo 3 Buku Umrah dan Tajwid

 

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement