Setiap tahun, mesti tempat yang bakal saya beritahu ini menjadi antara lokasi popular untuk mendapatkan baju kurung, blouse dan tudung cantik dengan harga murah di tempat saya, iaitu di Parit Buntar. Ia akan diserbu orang, lebih-lebih lagi apabila hampir berakhirnya Ramadan.

Saya pernah bawa pelancong dari Singapura beli-belah kain, baju perempuan, telekung, tudung dan baju kanak-kanak di sini, dan mereka agak terkejut dengan harga yang jauh lebih murah semasa singgah di Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Shopping Baju Kurung, Blouse dan Tudung Berjenama Harga Murah di BFO

Shopping Baju Kurung, Blouse dan Tudung Berjenama Harga Murah di BFO
Tempat yang saya maksudkan ini ialah Buntar Factory Outlet (BFO) seperti yang pernah terpapar di dada akhbar tempatan. Ia merupakan satu tempat shopping yang sangat best kerana anda boleh beli pakaian dan produk tekstil dengan harga borong yang sangat murah.

Ada banyak jenis pakaian dijual di BFO ini, tetapi kebanyakkannya adalah pakaian untuk wanita. Pun begitu, masih ada beberapa kedai yang jual pakaian seperti Baju Melayu, Kurta, Jubah serta kain pelekat untuk lelaki.
Shopping Baju Kurung, Blouse dan Tudung Berjenama Harga Murah di BFO
Kurung Blouse Tudung Raya Murah
Dan setiap kali menjelang Ramadan, para pekedai akan lengkapkan kedai dengan design pakaian terbaru dan terkini yang harganya jauh lebih murah di tempat lain. Sekali anda masuk sahaja ke BFO, pasti anda akan juling mata dibuatnya .. serius ni.

Jenama Terkenal Dijual Harga Borong

Jenama seperti Aidijuma, Naelofar adalah antara jenama tudung yang boleh didapati di BFO dengan harga borong. Pakaian seperti baju kurung serta blouse cantik-cantik beraneka fesyen juga dijual dengan harga murah. Malah, jubah lelaki dan perempuan jenama eksklusif pun ada dijual di sini.

Maka, tidak hairanlah ada pelancong dan pelanggan yang datang dari jauh, siap sanggup tempah bas bawa rombongan untuk datang beli dan borong pakaian di BFO ini.

Oh ya, tempat ini juga dikenali sebagai Gudang Pasar Kemboja. Dan kebanyakkan peniaga di Pasar Kemboja Parit Buntar ada kedai di BFO ini.


Saya dan keluarga juga tidak lepaskan peluang untuk shopping awal Raya di BFO. Penting shopping awal sebab tidak mahu bersesak nanti di bulan Ramadan, terutama bila nak dekat Raya.

Ia menjadi pilihan tempat nak shopping raya sebab ia merupakan gudang yang besar, ada banyak kedai, lebih selesa dengan tempat parking percuma selain ada kedai makan untuk jamu selera dan berbuka puasa. Memang berbaloi la kalau nak shopping raya di sini.

Pilihan pun banyak. 

Jika anda nak tahu di mana lokasi BFO ini, boleh rujuk terus di sini - Buntar Factory Outlet


1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement