Saya sebenarnya ada banyak cerita nak kongsikan mengenai isteri saya yang dalam pantang bersalin. Tetapi, kadangkala idea tu tak datang sehingga menyebabkan kisah-kisah ini terbantut untuk saya tulis. Nasib baiklah ada beberapa gambar berkaitan yang masih saya simpan untuk dijadikan bahan cerita di dalam blog.

Belek punya belek, saya terjumpalah beberapa gambar herba atau daun yang isteri saya gunakan untuk mandi daun ketika dalam pantang bersalin.

Mandi Daun Untuk Isteri Pantang Bersalin

Mandi Daun Untuk Isteri Pantang Bersalin
Saya tak pasti berapa ramai para ibu atau isteri moden zaman sekarang yang amalkan mandi daun ni ketika dalam pantang bersalin. Al maklumlah, bukan mudah nak cari daun-daun untuk dibuat mandi ketika pantang bersalin ni, lagi-lagi jika tinggal di ibu kota besar seperti Kuala Lumpur.

Kami agak beruntung sebab ada ibu ayah angkat Amri yang tanam pelbagai pokok herba di sekitar rumah mereka. Jadi, sebaik sahaja mengetahui yang isteri saya telah selamat lahirkan anak keempat kami, terus sahaja mereka kumpulkan daun herba yang patut untuk dibuat mandi daun.

Mandi daun untuk isteri pantang bersalin elok dimulakan pada awal minggu pertama selepas kelahiran bayi. Ia dilakukan pada setiap awal pagi supaya badan akan sentiasa segar dan bertenaga untuk sepanjang hari.

Jenis Daun Herba Digunakan Untuk Mandi Daun

Jika anda yang kurang pasti mengenai daun herba untuk dibuat mandi daun ini, saya senaraikan ye di bawah ni ..
  1. Daun Inai
  2. Daun Mengkudu
  3. Daun Pandan
  4. Daun Serai Wangi
  5. Daun Lengkuas
Mandi Daun Untuk Isteri Pantang Bersalin
Mandi Daun Untuk Isteri Pantang Bersalin

Cara-Cara Penyediaan Mandi Daun

Kesemua daun ini dimasukkan ke dalam periuk dan direbus sehingga mendidih. Air rebusan selalunya akan berwarna kuning kehijauan. Oh ya, lupa nak beritahu ... sebelum anda rebus daun-daun herba dinyatakan tu, sila basuh dulu .. manalah tahu kot-kot ada sisa taik ayam ke, taik burung ke, bangkai serangga ke .. huhu.

Dah dapat air rebusan, tuangkan ia ke dalam baldi atau besen air mandian. Pastikan suhu air tu suam-suam, tidak terlalu panas  ... karang tak pasal melecur badan.

Jika zaman tok nek di kampung dulu, daun-daun herba untuk mandi ini direbus dalam periuk tanah. Tetapi memandangkan rumah saya tak ada periuk ni, jadi .... isteri gunakan periuk kukus. Dah tanya mak bidang kat tempat saya, dia kata okay je .. huhu.
[Dah Baca?] Menu Untuk Isteri Pantang Bersalin
Untuk mandi, selain memastikan suhu air itu suam, perlu mulakan mandi daun dengan meraup air daun tersebut ke bahagian muka terlebih dahulu. Sebagai seorang Muslim, elok dibacakan bismillah dan juga selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali. Selepas itu, barulah dijirus perlahan dari kepala turun ke badan.

Boleh Digunakan Banyak Kali

Air rebusan untuk mandi daun ini boleh digunakan banyak kali. Mengikut sesetengah petua, ia boleh digunakan sehingga 7 kali mandi, iaitu sehingga air rebusan tersebut sudah hilang warnanya atau jadi pucat.

Maka, jangan pula dibuang daun-daun herba yang direbus tersebut. Rebuslah ia hari-hari di awal pagi sehingga dah tak boleh direbus lagi, iaitu selepas warna airnya sudah semakin pudar atau pucat tadi.

Kebiasaannya, selesai mandi .. isteri yang pantang bersalin akan buat rutin seterusnya iaitu bertungku dan juga mengurut. Urut di awal-awal waktu berpantang sangat penting untuk membuang angin, dan untuk membolehkan urat-urat badan kembali normal. Proses ini tidak boleh dilakukan sendirian dan mesti menggunakan khidmat tukang urut atau mak bidan.
[Dah Baca?] Petua Lama Untuk Jaga Aset Wanita Kembali Ummph
Alhamdulillah, isteri saya ada tukang urut dan mak bidan sendiri ... :) Jadi, kalau anda nak proses berpantang anda jadi sempurna, dapatkan tukang urut atau mak bidan untuk bantu.

Orait, semoga perkongsian ini dapat bantu sedikit sebanyak untuk ibu atau isteri yang nak mandi daun .. dan sebagai pengetahuan untuk para ayah dan suami ... mengenai keperluan penting isteri pantang bersalin.

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. SA dulu merasa berurut je..mandi daun macam ni x pernah lagi...mesti best je badan lepas mandi daun ni kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement