Namun, baru-baru ini .. selepas saya dan anak-anak pergi berkunjung ke Fun-Filled Wax Museum Penang di Penang Times Square, saya telah ke Padang Kota Lama untuk mencari Mee Sotong yang diperkatakan penduduk tempatan. Nak la tahu sedap sangat ke Mee Sotong yang dikatakan special ni.
Mee Sotong Famous Hameed 'Pata' di Pulau Pinang
Alhamdulillah, saya dapat juga beli Mee Sotong ni. Saya bungkus satu je untuk merasa. Anak-anak tak berapa suka mee yang pedas, manakala isteri saya masih lagi belum pulih sepenuhnya dari pembedahan c-section melahirkan anak kami yang keempat. Tak boleh makan sotong maaa ...Hmm ... saya tengok cara-cara Mee Sotong Special Hameed 'Pata' ini dibuat. Ia bukan mee yang siap masak yang anda hanya tunggu nak cedok je, tapi ia merupakan hidangan 'ala-carte'. Anda order baru dia akan masak, alaaa .. macam Mee Mamak yang lain tu.
[Dah Baca?] Mee Hailam Syamok Unik dan Popular di Pekan ParitMee Sotong ini digoreng dengan meletakkan taugeh, hirisan cekodok tepung dan sambal pedas. Bila dah siap, barulah ditambah Sambal Sotong yang kemerah-merahan, sesuai dengan rasanya yang pedas. Ada hirisan limau ditambah pada mee ini.
Sedapnya Mee Sotong Hameed 'Pata' di Padang Kota Lama ..
Nah .. ni dia Mee Sotong yang famous di Pulau Pinang ...Berbeza dengan Mee Goreng Mamak yang lain, anda tak nampak ada campuran telur walaupun ianya ada ditambah ketika memasak Mee Sotong ini.
Sotong yang digunakan adalah sotong 'getah' tetapi agak lembut bila dimakan.
Pada saya, Mee Sotong Hameed 'Pata' ini memang special, dan sedap. Rasa pedas, rasa masin sotong, rasa masam limau semua kena dengan tekak Melayu saya.
Ramai juga yang pesan Mee Sotong ni, sampai sanggup beratur dan menunggu. Ada kaum Cina, India dan Melayu ... semestinya sah ia memang mee goreng yang popular di bandaraya Georgetown.
Anda boleh merasa Mee Sotong Special Hameed 'Pata' ini di deretan kedai di medan makan sebelah Fort Cornwalis, Padang Kota Lama. Tak susah nak ke tempat ini, malah ia menjadi antara tumpuan tempat makan ketika hari bekerja. Ramai pekerja kerajaan yang makan di deretan kedai di sini.
[Dah Baca?] Sedap Sangatkah Mee Udang Parit 30 Yang Viral Tu?Tempat parking juga ada disediakan, dan agak luas. Jadi, in Sha Allah, anda tiada masalah untuk cari tempat meletakkan kenderaan anda kalau ke tempat makan ni.
Oh ya, harga Mee Sotong ini cuma RM5 sepinggan, dan kalau nak banyak, boleh minta untuk harga RM6 - RM7. Cubalah ye...
terliurrrrrrrr
BalasPadamActually saya sampai medan makan ni baru tahu .. hahaha
Padamtak pernah lagi ke pulau pinang...banyak rasanya masakan enak yang kena rasa kat sana ni
BalasPadamUhh serius tak pernah pegi Penang? Meh la datang .. naik ETS pun boleh
Padamyuyu pun beberapa kali baru sempat makan mee sotong ni even bertahun tahun dah duduk penang ni.. huhu
BalasPadamBila sebut bertahun-tahun tu .. uhh rasa betul lama ... dah nak jadi orang Penang ka ni?
Padamlama dah dgr mee sotong hameed ni, tak sempat nk singgah ari tu, next time pi la
BalasPadamTryla .. saya pun yang ni first time try ... pergi pun masa bukan cuti, tu pun ramai orang nak makan Mee Sotong ni
Padamtak pernah lagi try...
BalasPadamNieyl kena cubalah, sia-sia ler saya dok cerita ni .. hahaha
Padamorang penang pon terliuqqq nie. hehe
BalasPadamMemang suka tambah2 kalau mintak set besar tak salah RM7 dan set kecil RM5
BalasPadamSotong dia memang banyak dia letak :3
Satu senduk besar kot dia letak kalau yang RM5 ni ..
Padamfirst time dengar... nasib baik tak minat sangat dengan sotong ehehehehe..
BalasPadamEhh baru dengar? Uhh mushkil ni ...
PadamMerahnya mee dia..
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.