Hotel Neo + (Plus) by Aston. Ia sebuah hotel yang menampilkan ciri-ciri moden dan bergaya. Dibuka pada Februari dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang pada 25 Mac 2015, ia dianggap hotel terbaru di Pulau Pinang yang tampil dengan kualiti bertaraf antarabangsa. Hotel Neo Plus by Aston adalah sebuah hotel yang saya anggap bertaraf 4 bintang yang punyai keunikan tersendiri di Penang.

Saya telah diberikan kesempatan untuk menginap di hotel ini selama 3 hari 2 malam, semasa membuat review Buffet Dinner sempena kedatangan bulan Ramadan. Ikuti pengalaman dan review ringkas saya bercuti dan bermalam di hotel yang terletak betul-betul di pusat bandaraya Georgetown ini.

Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam di Hotel Neo Plus by Aston Penang

Pengalaman Menginap Hotel Neo Plus by Aston Penang
Sejujurnya sebelum saya sampai ke hotel ini, saya tak tahu pun ianya wujud di tengah-tengah bandaraya Georgetown. Dan saya sangat teruja apabila mendapat tahu bahawa lokasi Hotel Neo + (Plus) ini hanya berjarak walking-distance dengan beberapa tempat tumpuan utama pelancong di Pulau Pinang.

Lokasi dan Tarikan Berdekatan Hotel

Hotel ini terletak di Jalan Gurdwara, dan berhampiran dengan pasaraya GAMA selain Penang Times Square. Ia sebuah hotel bercirikan rekabentuk estetik ketimuran bertemu dengan gaya kontemporari yang dikelilingi beberapa tarikan bersejarah di sekitarnya.

Antara tarikan terkenal yang berdekatan dengan hotel ialah New Lane Hawker Centre, selain 7th Street Market yang lebih dikenali sebagai Chit Tiau Lor Ban San di kalangan penduduk setempat. Manakala, berhadapan hotel ini ada Hin Bus Depot Art Centre, khusus untuk mereka yang meminati seni dan budaya masyarakat Pulau Pinang.
Pengalaman Menginap Hotel Neo Plus by Aston Penang
Lokasi dan Kedudukan Hotel Neo + by Aston, Penang
Kedudukan hotel ini juga berhampiran dengan Penang Street Art yang popular, iaitu Armenian Street dan Ah Quee Street yang merupakan antara sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Paling unik tentang hotel ini selain daripada rekabentuk moden, penampilan dan gaya petugas hotel ialah hotel ini 100% bebas asap rokok. Tiada mana-mana bahagian bangunan hotel ini dibenarkan untuk merokok; berbeza dengan kebanyakan hotel di Penang, hotel ini tiada tingkat khas untuk perokok.

Kemudahan Hotel Yang Terbaik dan Moden

Bilik hotel memang luas dan moden. Cukup selesa buat saya sekeluarga. Anak-anak saya semuanya suka dengan keadaan bilik hotel yang berciri rekabentuk moden. Walaupun TV skrin leper agak bersaiz kecil namun sudah cukup memadai untuk kami.

Katil, tilam, bantal semuanya selesa. Bilik mandi, ruang penyimpanan barang, meja tulis, sofa semuanya dari dekorasi moden sesuai dengan gaya kontemporari hotel ini.
Pengalaman Menginap 3 Hari 2 Malam di Hotel Neo Plus by Aston Penang
Photo - Neo + Hotel by Aston Penang
Foto Neo Plus Hotel, Penang
Room Hotel Neo Plus by Aston Penang Malaysia
Setiap hotel mesti mempunyai kemudahan tertentu untuk tetamunya. Antara kemudahan yang disediakan oleh hotel adalah:
  • Bilik khas untuk golongan istimewa atau OKU.
  • 3 dewan untuk function tertentu dan 2 bilik seminar/mesyuarat
  • 24 jam front desk dan pengawal keselamatan
  • Akses Wifi percuma di seluruh bahagian hotel termasuk dalam bilik
  • Tempat letak kereta di dalam bangunan
  • Kedai runcit
  • Gimnasium
  • Restoran Lemongrass di tingkat satu dan Art & Soul Cafe di tingkat bawah
  • Kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak di bahagian bumbung hotel
  • Universal soket di dalam bilik
Walaupun hotel ini bertaraf antarabangsa, namun harga penginapan cukup berbaloi dengan pengalaman yang saya sekeluarga rasai. Malah, jika anda mahu mendapatkan harga terbaik untuk menginap di Hotel Neo Plus by Aston ini, saya syorkan anda membuat tempahan terus menerusi laman rasmi hotel ini, yang dikelolakan oleh Archipelago International.

Saya kongsikan beberapa gambar menarik Hotel Neo Plus by Aston untuk tatapan anda. Sila jamu mata ehhh ...

Gambar Hotel Neo Plus by Aston, Penang


Review Penginapan Hotel Neo Plus by Aston, Penang Malaysia
Review Penginapan Hotel Neo Plus by Aston, Penang Malaysia
Review Penginapan Hotel Neo Plus by Aston, Penang Malaysia
Review Penginapan Hotel Neo Plus by Aston, Penang Malaysia
Review Penginapan Hotel Neo Plus by Aston, Penang Malaysia
Apabila bercuti getaway dengan anak-anak, apatah lagi bercuti menginap di hotel, antara kemudahan paling penting perlu ada ialah kolam renang. Dan saya mahu sebutkan bahawa Hotel Neo Plus by Aston mempunyai kolam renang yang agak besar, bersih, selesa yang terletak di bahagian bumbung (rooftop) hotel ini.
Swimming Pool Neo Plus Hotel Penang
Neo Plus by Aston Penang Swimming Pool
Ok. Sepanjang saya dan famili menginap di Hotel Neo Plus by Aston ini, ia satu pengalaman yang cukup menarik kerana sebab-sebab yang saya telah senaraikan tadi. Saya dapat bawa anak-anak saya untuk ke beberapa tempat tarikan dan tumpuan, malah sempat untuk shopping di pasaraya GAMA yang terletak berhampiran.

Saya juga dapat bawa anak-anak berjalan window-shopping di KOMTAR yang hanya 400 meter sahaja daripada hotel. Tempat makan di luar hotel juga mudah didapati dan untuk ke hotel ini juga tidaklah sesukar mana.

Ia sememangnya hotel yang sangat bagus dan terbaik di lokasi strategik Pulau Pinang. Pastinya percutian di tengah bandaraya Georgetown, akan menjadi satu kenangan tidak dapat dilupakan.

Untuk tempahan penginapan di hotel ini, boleh terus ke sini - Booking Neo Plus Hotel Online

atau

Hotel NEO+ Penang - Managed by Aston
68 Jalan Gurdwara, 10300 Georgetown, Pulau Pinang - Malaysia
t: (+60)-4-255 1000 


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. jarang pergi hotel area utara ni, lagipun kt Penang..malas mau pegi sebab sesak sesajer

    BalasPadam
  2. cantik hotel nie..

    saya memang suka duduk hotel...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement