Ketahui mengapa saya syorkan kepada anda untuk shopping raya sebelum tibanya bulan Ramadan. Kalau boleh saya tidak mahu influence anda secara direct, tapi harapnya dengan blog post ini akan buatkan anda berfikir sejenak tentang sebab dan keperluan untuk melakukan beli belah untuk raya lebih awal sebelum Ramadan.

Secara peribadi dan jujurnya, saya dan famili sememangnya amalkan shopping raya lebih awal, malah sebelum masuknya bulan Ramadan, kami dah siap sedia dengan keperluan utama untuk berhari raya. Persiapan raya tidaklah sesakan mana, cukup mana yang penting dan afdal sahaja .. hehe.

9 Sebab Kenapa Perlu Shopping Raya Awal Sebelum Ramadan

9 Sebab Kenapa Perlu Shopping Raya Awal Sebelum Ramadan
Orait, tentu anda nak tahu kenapa saya dan famili ambil keputusan untuk beli belah atau shopping raya awal sebelum bulan Ramadan, kan? Kalau ikutkan baik shopping dalam bulan puasa tu sebab banyak sales, banyak diskaun dan promosi sana sini untuk hari raya .. ye tak?

Aha .. ok, pertama sekali, saya nak beritahu bahawa jangan mudah terpesona dengan jualan diskaun, promosi dan potongan harga ketika bulan Ramadan tu. Apa yang kita nampak tu lebih kepada nafsu semata yang telah mengaburi penilaian akibat kekurangan gula masuk ke dalam kepala .. hehehe.
Shopping Raya Sebelum Berpuasa
Adakah itu sahaja sebabnya? Ada lagi ...
  1. Bulan Ramadan bulan untuk ibadah, bukan bulan untuk riadah jalan-jalan shopping complex. Jadi, dengan shopping awal sebelum Ramadan, dapatlah lebihkan masa untuk ibadah-ibadah yang dianjurkan dalam bulan Ramadan.
  2. Elak penat siang malam akibat shopping persediaan raya. Jika bukan dalam bulan puasa, anda akan hanya rasa penat samada siang atau malam. Tapi dalam bulan Ramadan, jika anda bershopping .. anda akan rasa penat siang dan malam.
  3. Lepas shopping boleh makan-makan dan minum-minum. Jika anda shopping dalam bulan puasa, anda boleh shopping dan kemudian makan-makan dan minum-minum hanya waktu malam, jadi mana masanya untuk lipat gandakan ibadah? Apatah lagi waktu siang anda bekerja.
  4. Shopping sebelum Ramadan lebih banyak pilihan yang boleh diproses akal fikiran, manakala shopping semasa bulan Ramadan terlalu banyak pilihan sehingga anda tidak dapat nak berfikir dan membuat keputusan yang wajar.
  5. Buat yang bekeluarga macam saya, shopping raya sebelum Ramadan akan memastikan kehendak anak-anak anda dipenuhi dengan baik. Tapi bila shopping raya dalam bulan Ramadan, percayalah ... karenah anak-anak akan menguji kesabaran anda 100 kali ganda dari hari biasa.
  6. Ia boleh mengelakkan anda dari terbatal puasa secara sengaja mahupun tidak sengaja. Paling  tidak pun ia akan menipiskan nilai puasa anda. Samada sedar atau tidak, apabila barang yang anda beli ketika shopping raya tidak kena dengan citarasa anda, anda mungkin termaki, terkutuk, tercarut dan membenarkan sifat tidak elok menghantui diri.
  7. Elakkan anda dari terbeli keperluan yang tidak perlu atau secara berlebih-lebihan. Mata anda akan jadi rambang melihat segala bentuk promosi ketika jualan untuk raya semasa bulan Ramadan. Walhal, harganya sama sahaja ketika sebelum Ramadan ... bezanya, ia ada gantung banner promosi raya.
  8. Bila anda shopping raya di bulan puasa, peratus anda untuk berbuka puasa di luar juga naik. Jadi, kos sara hidup yang selalunya ok akan jadi tidak ok. Bukan kerana anda belanja untuk shopping raya, tetapi berbelanja untuk anda buat kerja shopping .. :) Bajet bulanan anda pasti akan lari ...
  9. Terlepas malam lailatul qadar. Diskaun dan promosi akan jadi menggila bila tiba 10 hari terakhir Ramadan. Malah, ada peniaga yang buat jualan sampai waktu sahur ... jadinya mana pencarian untuk malam barakah 1000 bulan tu?
Kalau anda mahu berfikir, anda juga boleh senaraikan lebih banyak sebab untuk shopping raya sebelum Ramadan. Apa yang saya senaraikan ini .. adalah apa yang terlintas di fikiran saya sahaja ketika menulis post ini.
Sebab Kenapa Perlu Shopping Raya Awal Sebelum Ramadan
Shopping raya 2017

Alhamdulillah, saya dan anak-anak serta isteri dah pun ada pakaian baru untuk hari raya tahun ini. Dah beli awal dengan harga 50% diskaun .. huhu .. see tak semestinya shopping dalam bulan Ramadan je ada diskaun ehh ..

Shopping raya sebenarnya tak perlu dibuat dalam bulan Ramadan, boleh sahaja mula dari awal. Malah, untuk sesetengah orang, selagi ada baju baru yang tidak dipakai banyak kali, boleh je jadi baju raya. Baju baru tidak semestinya baru dibeli ...

Semoga post ini dapat beri sedikit sebanyak input kepada anda, terutama panduan untuk anda mula berfikir untuk berbelanja sempena kehadiran hari raya Aidil Fitri.

10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Nasib baik baju raya kita dah settel...
    tinggal baju en.husband je belum beli lagi...

    ReplyDelete
  2. Wahh.. dah beli baju raya... Fara suka gak beli sebelum raya. Xsesak dgn org... Dpt beli dngan tenang tanpa berhimpit dgn org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, satu lagi sebab shopping awalniti penting

      Delete
  3. saya suka shopping awal.. sb susah nak cari saiz kalu p dkt nak raya.. huhu

    ReplyDelete
  4. Saya memang amalkan shopping pakaian raya sebelum puasa. Bulan puasa order biskut dan cookies je..
    Tak laratlah shopping bulan puasa. Ramai orang pastu nanti nak buka puasa pun susah. Semua meja penuh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu emalin .. bulan puasa semua kedai makan penuh ...

      Delete
  5. Setuju, sebaiknya belanja atau shopping sebelum ramadhan supaya ketika ramadhan kita bisa fokus untuk beribadah...

    ReplyDelete
  6. baju raya dah beli..tinggal kuih je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok beli baju raya sebelum proses kurus berlaku semasa Ramadan. Kang ukur lain, masa raya nak pakai tak muat pulak.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement