Steamboat berbuka puasa di rumah. Ini adalah resepi atau menu berbuka puasa paling simple yang saya fikir semua orang boleh buat. Anda tidak perlu mahir memasak pun untuk menyediakan hidangan menu berbuka puasa ini. Ia adalah hidangan paling ringkas tetapi sedap, lazat dan mengenyangkan.

Jika anda mencari menu atau resepi untuk berbuka puasa bersama keluarga di rumah, saya fikir hidangan steamboat adalah yang terbaik. Apa yang perlu anda sediakan cuma bahan-bahan untuk steamboat dan juga sup.

Steamboat Berbuka Puasa di Rumah

Resepi Steamboat Berbuka Puasa di Rumah
Anak-anak saya memang suka makan steamboat. Kalau pergi bercuti di kawasan peranginan contohnya Cameron Highlands atau Bukit Fraser, hidangan steamboat adalah antara menu wajib yang paling mudah nak disediakan sendiri. Tak perlu nak ke kedai makan atau restoran yang mungkin mengenakan harga yang tidak berbaloi.

Di bulan Ramadan ini, steamboat adalah hidangan atau menu pertama yang telah kami fikirkan untuk berbuka puasa. Ia mudah, senang disediakan dan semua orang dalam keluarga saya menyukainya. Anda boleh sediakan sendiri bahan-bahan untuk steamboat yang mudah diperoleh di mana-mana pasaraya atau kedai frozen.

Bahan-Bahan

Menu Ringkas Steamboat Berbuka Puasa di Rumah
  • Kek dan bebola ikan
  • Kek atau bebola isi ketam
  • Kek atau bebola isi udang
  • Hirisan daging
  • Hirisan ayam
  • Tauhu kering
  • Cocktail daging atau ayam
  • Sayuran samada sawi atau cendawan
Bahan-bahan di atas adalah antara contoh sahaja, anda boleh tambah banyak lagi bahan steamboat ikut suka anda .. semuanya mudah didapati.

Untuk menyediakan steamboat di rumah, bahan paling penting ialah supnya. Anda boleh pilih samada untuk menyediakan sup ayam/daging atau sup tomyam. Bagi kami, pilihan sup tomyam adalah yang paling digemari, sebab ada rasa pedas dan masam .. memang sesuailah bila dimasukkan bahan-bahan tadi.

Bahan-Bahan Untuk Sup Tomyam

  • Setengah botol pes tomyam original apa-apa jenama sekalipun.
  • 1-2 kiub tomyam

Cara Menyediakannya

Kukus bahan-bahan untuk steamboat dalam periuk kukus anda atau gunakan periuk elektrik 2-in-One BBQ Steamboat yang boleh anda dapatkan dari Lazada. Ambil hanya portion untuk dimakan sahaja. Tak perlu nak sediakan atau masukkan semua bahan. Jangan membazir ehhh .. Saya perlu kukus bahan-bahan steamboat supaya dapat jimatkan masa ketika nak berbuka... tak perlu nak tunggu lama nanti.

Ok.. penyediaan sup ..

Saya fikir tak perlu nak cerita panjang lebar ... haha .. simple sangat kot. Anda cuma perlu ambil periuk, masukkan air setengah periuk, masukkan pes tomyam beserta kiub tomyam dan biarkan ia sehingga mendidih. Itu sahaja.

Bila dah siap, boleh terus hidangkan.

Senang dan mudah ye tak? Tak perlu runsing nak fikir sangat pasal resepi yang susah-susah .. hehehe... nak lagi best dan terasa suasana berbuka puasa lebih best, dapatkan periuk elektrik 2-1 tu untuk masak steamboat dan juga BBQ.

Promosi Ramadan dan Raya Lazada Malaysia

Oh ya mulai 19 Mei sehingga 30 Jun 2017, jangan lupa untuk rebut peluang bershopping sempena Ramadan mahupun untuk keperluan raya menerusi kempen promosi Lazada Malaysia - Marhaban Ya Ramadhan dan jualan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/). Kempen ini memberikan anda diskaun dan potongan jimat sehingga 90%.


Artikel ini ditulis untuk satu kontest dianjurkan oleh Lazada, jom meriahkan kontest blogger ini .. lebih ramai yang menyertainya, lebih besar hadiah diberikan. Infonya di sini - RM10,000 Untuk Blogger Dalam Kontest Lazada Ramadan Raya 2017.


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wahhh menarik..lagi puas anak-anak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm .. siap boleh makan terus waktu nak sahur .. hahaha .. leh main tambah2

      Padam
  2. adumak..pergi bukak post ni masa ni pulak haha..kang dah ade bunyi petir dalam perut hahaha

    BalasPadam
  3. teringin nak cuba...

    macam sedap sahaja.

    BalasPadam
  4. selalu usha..tapi x beli-beli lagi...

    BalasPadam
  5. Macam nak kena buat jugak ni HH

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Betul, leh elakkan pembaziran banyak sebenarnya

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement