Saya memang tak berani nak mandikan Hasif Najmi, baby baru saya yang lahir pada akhir Mac 2017. Apabila isteri minta saya mandikan Najmi, saya terus menolak. Saya tak berani sebab saiz Najmi yang kecil yang buat saya gugup.
Tak Beranilah Mandikan Bayi
Bab lain saya boleh lagi lakukan tanpa masalah, contohnya tukar lampin, dodoikan untuk tidur. Sebelum ini pun, ketika anak-anak saya lain baru dilahirkan, saya memang skip bab memandikan mereka ketika bayi.Kenapa Tak Berani Mandikan Bayi?
Ada tiga sebab:- Saya risau terlepas pegang, banyak kisah yang buat saya ngeri tentang bayi terjatuh atau terlepas dari pegangan ketika dimandikan. Seriau saya weihhh ...
- Saya risau jika gengaman dan pegangan saya ketika memandikan bayi terlalu kuat sehingga boleh mendatangkan kesakitan. Al maklumlah, bila dah rasa risau terlebih .. kadang boleh tanpa sedar pegang bayi terlalu kuat.
- Saya tak tahu dan tak reti nak beza suhu air yang sesuai untuk mandian bayi - samada terlalu sejuk atau terlalu panas.
Bagaimana Nak Mandikan Bayi?
Selalunya isteri saya akan memandikan bayi di dalam bekas khas. Bayi akan dipegang secara 'meniarap' atau 'menonggeng' untuk elakkan air dari termasuk bahagian mata atau hidung. Lepas beberapa cucian, isteri saya akan gunakan mandian bayi untuk bersihkan sebarang daki, kekotoran atau kesan lekit akibat peluh.Air akan dilalukan pada badan bayi dengan ceduk air dari dalam bekas dengan tangan. Gosok-gosok bahagian lipatan pada tubuh bayi seperti ketiak, leher, lengan, telinga, celahan peha dan betis, jari-jemari. Air juga dilalukan di bahagian kepala dan muka secara perlahan-lahan.
Kemudian, di akhir mandian .. isteri saya akan gunakan bekas kecil atau cawan plastik untuk bilasan kali terakhir.
Oh ya, air mandian bayi pula selalunya disediakan dalam keadaan suam. Jangan isi air terlalu banyak sehingga penuh bekas, cukup isi air dalam setengah bekas mandian.
Isteri saya akan campurkan air paip dengan air panas sehingga suhunya menjadi sesuai untuk mandian bayi.
Untuk tahu samada suhu air itu sesuai, rasailah dengan siku anda, atau boleh test dulu dengan masukkan tumit bayi ke dalam air. Celup sikit je. Kalau bayi itu beri reaksi yang mengejutkan, maka suhu air tu tidak sesuailah - contohnya macam menangis. Gunakan tumit kaki bayi kerana ia bahagian yang punyai kulit paling tebal.
Errr .. saya fikir elok anda rasai suhu air mandian bayi guna siku anda tu ... huhu.
Suhu air mandian yang terlalu sejuk boleh mendatangkan selsema pada bayi yang baru lahir. Manakala suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan bayi melecur dan rasa 'terbakar'.
Sebagai ibu bapa, harus sedar bahawa sistem ransangan bayi dengan orang dewasa tak sama. Jadi, sila berhati-hati dengan suhu air mandian ketika mahu mandikan bayi anda.
Adalah lebih selamat memandikan bayi dalam keadaan anda duduk daripada berdiri. Sediakan kerusi andai perlu seperti di dalam gambar di atas.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, in Sha Allah.
Uyul dulu tak pandai mandikan baby. Tapi sebabkan kerja taska, kena belajar jugak. Sekarang kacang je heheheheeh.
BalasPadamsaya mandikan baby cuma lepas 30 hari. baru rasa berani. hihi
BalasPadamSeram tengok kakak sendri mandikan baby, dah la makhluk tu baru nk hidup, kecik halus lembik lembut semua ada..tp takpa sy belum smpai peringkat nk mandikan baby lg
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.