Adalah menjadi satu sunnah memakai bau-bauan harum dan wangian ini. Nabi Muhammad S.A.W dalam satu hadis ada menyebut bahawa antara perkara dunia yang paling disukai oleh baginda ialah wangi-wangian dan haruman.
Wangian Dari Arab Sebagai Hadiah
Minyak wangi atau parfum (perfume) buat kebanyakan wanita adalah satu kemestian, dan antara alat mekap yang perlu ada samada di dalam rumah, di dalam kereta mahupun di dalam tas tangan mereka. Bagi mereka, agak kurang lengkap diri mereka untuk keluar rumah jika tanpa minyak wangi ini.Lelaki juga tidak terkecuali menggunakan minyak wangi sebagai salah satu cara untuk tampil yakin dan merasa bersih. Saya sendiri memakai minyak wangi dan haruman tanpa alkohol dari keluaran Timur Tengah (negara Arab). Anak-anak saya juga ada minyak wangi atau minyak attar mereka sendiri.
Wangian dari Arab adalah antara minyak wangi yang menjadi pilihan ramai lelaki terutama golongan yang sudah berkeluarga. Bau wangian dari Arab memang agak kuat dan pekat, dan mampu untuk kekal seharian lamanya. Ia tidak digalakkan memakai berulang kali kecuali jika bau wangian sudah hilang - yang selalunya pudar bau akibat dibasuh.
Secalit wangian dari Arab ini akan memberikan bau haruman semerbak, baik pada tubuh atau pada sekitarnya.
Di dalam Islam, amat digalakkan memakai haruman ketika mahu mendirikan sholat atau bertemu tetamu di dalam majlis. Bau wangian dapat memberikan kesan kesenangan dan tenteram. Tapi andai diambil secara berlebihan ia boleh mendatangkan rasa kurang selesa pada orang sekeliling, maka itu janganlah berlebih-lebihan.
Selain dipakai sendiri, wangian juga sesuai diberikan sebagai hadiah. Anda boleh jadikan ia sebagai hadiah untuk harijadi, hadiah hari ibu, hadiah hari guru dan untuk kekasih hati. Malah, ia sesuai dijadikan hadiah untuk lelaki dan perempuan.
Sekarang nak beli wangian dan haruman terutama dari Arab sudah tak sukar, anda boleh beli sahaja secara online menerusi beberapa laman web shopping online. Harganya juga amat berpatutan. Pun begitu, sebagai salah seorang pengguna minyak wangi atau parfum dari Arab, rasanya lebih yakin membelinya di kedai ... sebab apa?
Sebab mesti nak membau dahulu haruman dan wangian tersebut ... beli online ni .. err setakat baca testimoni dan review sahajalah.
Salah satu tempat yang boleh anda beli wangian dari Arab ialah di kedai Saudagar Kurma yang mempunyai cawangan serata Malaysia. Di Penang, mahu dapatkan harga murah wangian dan parfum dari Arab atau Timur Tengah, boleh pergi terus ke kilangnya di Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, Simpang Ampat.
Hebat HH..tahniah ya
ReplyDeleteTahniah pasal apa ye? blur jappp
DeleteBlog semakin mantap.
ReplyDeleteCantik2 tu wangian..nak tanya ada tak wangian kat sana yang halal..yang memang laku. Boleh saya oder ..amacam dapat tak
ReplyDeletesaya suka minyak wangi...memang best berbau harum nie
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.