Saya dan anak-anak telah berkesempatan untuk berkunjung ke Wax Museum ini, ketika saya membuat review hotel penginapan di Hotel Neo Plus by Aston yang terletak kira-kira 200 meter sahaja dengan Penang Times Square.
Puas Bergambar di Fun-Filled Wax Museum Penang
Muzium lilin pertamanya di pulau mutiara ini mempunyai lebih daripada 50 patung lilin terdiri daripada personaliti, individu dan tokoh terkenal dunia. Antaranya Pablo Picasso, Steve Jobs, presiden Barrack Obama, Jackie Chan, Mandela, Albert Einstein, Tunku Abdul Rahman, Queen Elizabeth dan ramai lagi yang tak mampu saya nak sebutkan satu persatu.Bila dah masuk ke muzium lilin ini, aktiviti utamanya pastilah bergambar. Anda mesti dan perlu bergambar puas-puas sebagai kenangan kerana harga tiket masuk ke Fun-Filled Wax Museum Penang ni agak mahal pada pandangan saya.
[Dah Baca?] Syok Layan Mandi Kolam Renang di Leisure Cove Hotel and Apartment PenangJadi, sangatlah rugi kalau anda tidak membawa kamera yang dapat menangkap gambar yang cantik-cantik bersama patung-patung lilin personaliti terkenal di dunia yang ada di dalamnya.
Saya dan anak-anak tidak pernah ada pengalaman sebelum ini masuk ke mana-mana muzium lilin berskala besar. Paling hampir pun adalah di Toy Museum yang ada patung-patung karektor animasi yang terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Harga Tiket Masuk Wax Museum Penang
Oh ya, tadi saya ada sebut tentang harga tiket masuk ke Wax Museum Penang ni kan .. ok, infonya seperti di bawah ini:- Dewasa - RM25 (rakyat Malaysia)
- Kanak-kanak - RM10 (rakyat Malaysia)
- Dewasa - RM35 (pelancong asing)
- Kanak-kanak - RM15 (pelancong asing)
- OKU - percuma
- Warga emas - RM15
Jadi? Macamana .. dah tengok harga disenaraikan saya tu kan ... mahal ke murah pada pendapat anda? Tak tahu nak nilaikan macamana ehh?
Orait, meh layan beberapa gambar yang telah saya ambil semasa berada di dalam Wax Museum Penang ini. Oh ya, jika anda tak ada kamera, akan ada jurugambar yang akan ambil gambar-gambar anda semasa berada di dalam muzium lilin ini, tetapi ..... jangan terkejut dengan kadar bayarannya nanti untuk cetak gambar yang telah diambil... huhu
Gambar-Gambar Bersama Patung Lilin di Wax Museum Penang
Kalau anda rasa tak berbaloi nak masuk ke muzium lilin pertama di Penang ni, dan tak mahu bergambar dengan patung figura Elvis, Lady Gaga, Michael Jackson, Hugh Jackman, Slyvester Stallone, Jay Chow dan banyak lagi ... leh je bergambar dengan Mr Bean yang ada di luar muzium ini ... hoho...Semoga paparan ini memberikan anda sedikit sebanyak gambaran apa yang ada di dalam muzium lilin ini ye. Selamat bercuti ... huhu...
Lagi gambar di instagram.
Fuh .. dapat gak bergambar dengan Angelina Jolie .. hahahaa
ReplyDeletepeh..kemain
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.