Baru-baru ni dalam bulan Mei 2017, dalam sibuk-sibuk saya menjadi wakil blogger Malaysia dalam Social Influencer Fest 2017 anjuran Empire Awan Biru, sempatlah saya bawa famili sekeluarga menginap selama semalam di Bukit Merah Laketown Resort. Secara tak langsung ia menjadi satu percutian singkat untuk anak-anak walaupun dalam minggu persekolahan.

Inilah pertama kali buat diri saya menginap di hotel yang telah lama ada di negeri Perak ini. Bukit Merah Lekatown Resort antara hotel terawal yang mempunyai taman tema airnya sendiri, yang dulunya sangat terkenal tetapi sekarang semakin hambar atas banyak faktor.

Percutian Singkat di Hotel Bukit Merah Laketown Resort

Laketown Resort Hotel Room
Bilik Hotel Penginapan Bukit Merah Laketown Resort
Rezeki saya dapat bawa isteri dan anak-anak untuk merasai pengalaman menginap di Hotel Bukit Merah Laketown Resort. Walaupun ia bukan hotel atau resort yang boleh dianggap bertaraf bintang, namun ia satu pengalaman menginap yang boleh saya katakan agak selesa untuk satu percutian santai yang singkat.

Resort ini sudah agak lama, maka kemudahan yang ada di resort ini .. saya tak expect untuk berada di dalam kategori bintang. Pun begitu, jika anda mahukan pengalaman bercuti yang sedikit berlainan, boleh cuba menginap di Kampung Air Resort di sini yang dianggap satu percutian eksklusif kerana ia adalah resort yang dibina berdepan dengan Tasik Bukit Merah.

Walaupun keadaan hotel ini sudah agak lama, dari segi layanan dan servis ... saya boleh katakan cukup memuaskan malah lebih baik daripada beberapa hotel bertaraf bintang yang pernah saya bercuti dan menginap.

Harga Penginapan Hotel Bukit Merah Laketown Resort

Bilik di Hotel Bukit Merah Laketown Resort adalah bersaiz standard (ikut kategori). Kemudahan di dalam bilik hotel juga adalah standard - berhawa dingin, mempunyai TV dengan saluran TV satelit, peti ais mini, meja tulis, almari, bilik air dengan bath tub dan 'mini bar'.
Harga promosi penginapan di Bukit Merah Laketown Resort, Perak
Ada lima jenis bilik di hotel Bukit Merah Laketown Resort ini.
  1. Standard Room
  2. Superior Room
  3. Deluxe Room
  4. Junior Suite
  5. Kelisa Emas (Suite)
Harga penginapan semalam bermula dari RM110 semalam untuk bilik standard, RM151 untuk bilik deluxe hinggalah ke RM186 untuk Junior Suite. Harga ini mungkin anda boleh dapat lebih rendah menerusi dua promosi berlainan setiap hari iaitu last-minutes deal dengan daily deals di laman web rasmi mereka.

Nak tahu rupa bilik standard yang saya sekeluarga bermalam tak? Aha .. lihat beberapa gambar di bawah yang sempat saya ambil menggunakan kamera smartphone Oppo R9s.
Percutian Singkat di Hotel Bukit Merah Laketown Resort
Keadaan bilik Hotel Bukit Merah Laketown Resort
Butiran harga, promosi penginapan Bukit Merah Laketown Resort
Secara peribadi, bilik hotel yang saya menginap sekeluarga memang selesa. Kalau memilih percutian lebih lama dengan pakej bermain air di Bukit Merah Waterpark, mungkin bilik standard seperti ini sudah cukup memadai.

Lagipun jarak antara bilik penginapan hotel dengan taman tema air Bukit Merah tak berapa jauh, boleh jalan kaki. Kemudahan parking pun luas dan percuma untuk penghuni hotel.

Oh ya, ada satu perkara menarik mengenai hotel ini. Walaupun hotel ini cuma ada 3 tingkat, ia ada kemudahan lif untuk penghuni hotel. Agak jarang sebenarnya untuk bangunan yang kurang dari lima tingkat untuk ada lif ... :). Jadi, tak perlu risau kalau anda ditempatkan di bilik hotel di aras 3, sebab ada lif untuk bawa beg dan juga kakitangan hotel yang akan membantu.

Hotel Resort Pilihan Untuk Lari Dari Kesibukan Bandar


Tarikan Percutian Singkat di Hotel Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Adventure Park
Suasana di hotel ini adalah ciri tarikan terbaik untuk menginap di Bukit Merah Laketown Resort. Ia jauh dari kesesakan, ada taman tema air sendiri, ada tasik, ada kawasan tarikan pelancong seperti Pulau Orang Utan, ada tempat makan yang mudah diakses dan kemudahan rekreasi.

Memandangkan isteri dan anak-anak bercuti singkat dalam minggu persekolahan, memang tak dapatlah nak merasa semua tu... haha .. mana tidaknya, awal suboh lagi isteri saya terpaksa bawa anak-anak ke sekolah termasuklah anak kecil saya - baby Hasif.

Mungkin di lain kesempatan kot ..



Okaylah, saya tak dapat nak cerita banyak mengenai pengalaman menginap di sini, disebabkan penginapan saya sangat suntuk di hotel yang diuruskan oleh MK Land Holding ini. Saya ke sini pun atas urusan 'kerja' .. bukan dalam mood cuti sepenuhnya tu.

Penghargaan

Saya ingin berterima kasih kepada penganjur Empire Awan Biru kerana beri kesempatan untuk bersama-sama dalam event Sosial Influencers Fest 2017 yang melibatkan blogger, youtuber dan instagramer dari luar negara. Ia satu pengalaman yang baru dan menarik pada saya selama saya menjadi seorang penulis blog sejak tahun 2007/2008.

Terima kasih kepada Malaysia Inbound Tourism Association, Koridor Utara Malaysia dan Tourism Malaysia kerana menjadi penaja program ini. Dan terima kasih kepada Majalah Online Santai Travel yang sudi menghubungi saya untuk menjadi wakil blogger dalam event ini...woot woot ...

Okey....

Untuk tawaran menarik penginapan di sini, anda boleh tengok di laman web rasmi di sini - Bukit Merah Lakwtown Resort Homepage

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement