Iklan Hari Raya daripada MRCB ni ada nostalgia sendiri pada diri saya. Saya suka sebab ada kaitan dengan kehidupan saya semasa kecik-kecik dulu. Uhh siapa yang tak pernah menjadi budak nakal ye tak?
Budak Nakal - Video Raya 2017 Dari MRCB
Budak Nakal, filem pendek Hari Raya 2017 daripada MRCB ini mengisahkan gelagat tiga sekawan yang berlainan bangsa sedang menyediakan sesuatu beberapa hari sebelum hari raya. Mulanya, saya ingatkan ia untuk persiapan raya ...Ia adalah sebuah cerita zaman kecil buat Aishah, Ah Xiang dan Naveen
Kecoh apabila si Aishah, salah seorang dari tiga sekawan ni telah potong langsir emaknya. Ah Xiang pula sepahkan dapur untuk dapatkan beras, manakala si Naveen sepahkan bilik emaknya mencari jarum dan benang.
Anda mesti nak tahu, apakah benda yang nak dibuat tiga sekawan ni, dengan kain langsir, beras dan juga jarum serta benang. Aha ... senakal-nakal 3 sekawan ni, mereka bukan sengaja nak buat hal .. tapi ada tujuan.
Nak tahu tujuan apa? Anda kena tonton video iklan Hari Raya 2017 ni daripada MRCB .... hoho .. entah-entah anda pun pernah lakukan perkara nakal yang sama satu ketika dulu.
Video Penuh Budak Nakal - Iklan Raya 2017 MRCB
Dah tonton? Tahu apa cuba disampaikan tak?
Ia berkaitan dengan tradisi di Malaysia. Setiap kaum dan bangsa ada tradisi mereka. Dengan tradisi ini, rakyat Malaysia sejak dahulu telah hidup dalam sejahtera dan muafakat. Ada tradisi yang sudah dilupakan oleh banyak generasi sekarang, agak malang betul.
Jadi, Budak Nakal ini cuba nak kembalikan ingatan kita semua tentang tradisi tersebut.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.