Kali ini, Petronas membawakan satu iklan raya yang cukup menarik, bertajuk "Donut ke Karipap?". Sebuah iklan raya yang ada satu mesej yang sangat kuat terutama untuk rakyat Malaysia yang memang gemar makan donut dan karipap... eh ye ke? Hehehe.
Donut ke Karipap? Sebuah Filem Pendek Petronas Raya 2017
Anda mungkin dah melihat teaser atau iklan pendek Petronas Raya 2017 di beberapa saluran TV. Pun begitu, saya nak juga kongsikan kepada anda di blog ini, sebab ia sebuah video iklan yang best untuk ditonton.Sinopsis "Donut ke Karipap"
Donut ke Karipap ialah kisah mengenai seorang budak lelaki bernama Hakim. Ia berkisar pengalaman pertama si Hakim untuk berpuasa penuh. Dia suka makan. Dan dia sangat sukakan donut dan karipap.Seperti kebanyakan iklan dari Petronas, pastinya dalam iklan ini memaparkan kepelbagaian bangsa dan kaum. Kisah Hakim juga memaparkan muafakat antara rakan-rakan Hakim yang mahu bantu Hakim untuk berpuasa penuh.
Kasihan betul si Hakim dengan kawan-kawan sekolahnya menahan lapar dan dahaga. Teringat waktu saya mula-mula nak berpuasa masa zaman kanak-kanak. Serius, pasti keadaan sama juga pernah berlaku pada diri anda.
Maka, pada satu hari .. sedang dalam perjalanan pulang bersama rakan-rakan dari sekolah, Hakim ternampaklah gerai menjual karipap panas ... fuh memang menggoda si Hakim. Tak tahan .. Hakim berlari ke arah gerai tersebut.
Rakan-rakan Hakim yang lain cuba nak halang .. tapi ...
Video Penuh Iklan Hari Raya 2017 Daripada Petronas
Meh ikuti video penuh iklan Hari Raya 2017 daripada Petronas ni. Syok....Dah tonton? Dapat tak apa cuba disampaikan dalam iklan Petronas Raya 2017 ni?
Ya, dunia ni bukan hanya mengenai kita. Ada ramai insan yang ada cerita dan kisah mereka sendiri. Mereka mungkin tak mampu nak beli atau makan donut dan karipap. Kisah Hakim dalam filem pendek raya dari Petronas ini menyampaikan maksud tersebut.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.