Joget Abah, iklan Hari Raya 2017 daripada KFC menampilkan kisah seorang anak bernama Aiman yang telah kehilangan ayahnya. Dia fikir hari raya kali ini tak berapa best.
Iklan Raya 2017 Joget Abah Menyentuh Rasa
Ayah Aiman seorang yang gembira dan kelakar. Walaupun ayahnya sakit, namun ayah Aiman sering menggembirakan orang lain. Setiap kali tiba hari raya, ayah Aiman akan pergi dari rumah ke rumah hantar kuih raya dalam bekas bling-bling. Malah buat beberapa prank nakal pada jiran-jiran ketika raya.Raya 2017 mungkin tak ada lagi suasana tersebut buat Aiman.
Video Joget Abah, iklan terbaru sempena Hari Raya 2017 dari KFC menampilkan maksud yang cuba disampaikan oleh abah Aiman ini. Apa pengertian Hari Raya buat kita yang sepatutnya. Ya mungkin setengah orang, benda ni dah acapkali diingatkan... tetapi apa salah saling mengingati, ye tak?
Video Raya 2017 - Joget Abah
Enjoy video iklan Joget Abah ni, khas dari KFC Malaysia. Saya tonton, dan sedikit sayu dan menyentuh hati. Terus teringat pada arwah Abah saya .. Al- Fatihah.Jadi, apa pendapat anda dengan iklan Hari Raya daripada KFC ni? Kongsilah rasa tu kat ruangan komen ehh .. hehe.
tersentuh :(
ReplyDeletelawak selit2 sedih...power idea consultant yg buatkan iklan ni utk kfc haha..kfc bila lg nak turunkan resepi rahsia haha
ReplyDeleteBayar mahal la kot
DeleteTerbaik la.. Iklan menyentuh emosi.. Tak makan kfc pun tak pe.. Janji makan bersama ayah.. Hehehe
ReplyDeleteBetul .. tak makan KFC pun tak pe .. janji dapat buka puasa dengan keluarga ...
DeleteTerus rasa tersentuh sangat...
ReplyDeletetetibe rindu kat arwah abah saya
ReplyDeleteTulah Ainim .. tetiba rasa rindu pada arwah yang dah tak ada. Saya pun rasa dah lama tak ziarah arwah abah saya di kubur...
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.