Semasa awal saya dan isteri berpindah ke rumah kami yang dibeli menerusi pinjaman kerajaan, memang pernah ada dengar bahawa kawasan perumahan kami agak 'keras'. Malah, saya pernah diberitahu oleh seseorang yang kawasan rumah saya ada satu pokok yang mempunyai penunggu.

Itu cerita lebih kurang 12 tahun yang lepas. Waktu itu, anak sulong kami baru je dilahirkan. Rezeki anak barangkali, kami dapat berpindah ke rumah sendiri yang dah lama diidamkan. Puas menyewa, awal perkahwinan .. saya dan isteri terus rancang untuk miliki rumah sendiri.

Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"

Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"
Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"

Alhamdulillah, segala urusan pemilikan rumah sendiri menerusi proses pinjaman perumahan kakitangan kerajaan berjalan baik dan lancar. Tiada masalah timbul, malah kami dapat rebat hampir RM10,000 yang akhirnya kami gunakan untuk buat sedikit penambahan di ruang dapur.

Ada kata susah nak dapatkan pinjaman perumahan, apatah lagi menerusi bank .. hmmm ..  kalau anda bukan kakitangan kerajaan, nak tahu cara dapatkan pinjaman perumahan, cuba baca tips di sini - 6 Sebab Pinjaman Perumahan Ditolak Bank

Kami Keluarga Pertama Pindah ke Taman Baru Siap

Sewaktu kami berpindah, kamilah satu-satunya keluarga yang sudah masuk rumah. Taman perumahan saya ketika itu memang gelap, sunyi  .. malah jalan masuk ke taman masih lagi berpalang dan ada pak guard yang menjaganya bermula dari awal senja hingga ke subuh hari.

Takut?

Ketika itu, kami memang tawakkal dan berserah je kepada Tuhan. Memang ada sedikit risau, apatah lagi rumah kami masuk ke dalam, dan bukannya berada di tepi jalan besar.

Belakang rumah pula mengadap ladang kelapa sawit ... uhh memang tak beranilah ketika itu nak renung, tenung hatta melihat sesuka ke kawasan ladang tu. Ketika itu, landasan keretapi berhampiran rumah masih lagi landasan lama ... seram juga tu kalau memalam.

Berpandukan sunnah Nabi S.A.W, kami buat kenduri masuk rumah, dengan buat bacaan yassin untuk 'bersihkan' rumah daripada anasir jahat. Sebelum tu, ketika bersih dan basuh rumah, saya ada alunkan ayat-ayat suci Al Quran daripada radio kaset.

Sedikit sebanyak rasa seram kurang dirasai. Pun begitu, apabila anak sulong kami asyik tak tenteram ketika malam hari, saya pun ambil keputusan untuk bawa berubat dengan seorang pakcik alim.

"Belakang rumah ada pokok besar tu .. patutnya depa alih pokok tu ... " kata orang tu.

Uhh meremang bulu roma dibuatnya.

Lepas berubat, barulah Amri jadi ok. Alhamdulillah, berkat doa pakcik alim tu ... Amri yang baru berusia tak sampai setahun dah tak buat perangai pelik-pelik seperti sebelum ni.

Kisah ni .. kisah lama. Alhamdulillah, Allah S.W.T berikan perlindungan untuk kami sekeluarga ..

Tetapi ...

Tulisan Dinding

Dan baru ni .. saya terjumpa satu tulisan di dinding rumah. Selama ni tak perasan pun sebab ia tertulis di tingkat atas rumah. Di kawasan ruang tamu kedua, bersebelahan TV yang saya menang hadiah peraduan dari Cap Teko...huhuhu.

Tengok punya tengok, macam kenal je tulisan tu. Hah, sah .. tulisan anak perempuan bongsu saya iaitu si Maira.

Tulisan tu berbunyi .. "Jangan sekalipun tengok cerita hantu, kerana rumah ini berhantu nanti akan muncul hantu"

Anak lukis di dinding kata rumah kami berhantu

Gulp. Ah sudah .. siap ada gambar orang kena gantung. Uhh biar betul si Maira ni ... tetiba jadi risau lak.

Betulkah Berhantu?

Saya pun dapatkan kepastian Maira, kenapa dia tulis ... uh tak ngaku weihh ... haha. Eleh, macamlah saya tak kenal tulisan dia tu ... dan sah-sah dia seorang sahaja anak saya yang paling rajin menconteng di dinding rumah.

"Nala saja je .. kan abah tak bagi tengok citer hantu hari tu .. jadi Nala tulis la .. " kata Maira.

Hmm sebab kerana saya tak izinkan dia tengok cerita hantu, Maira tulis rumah kami berhantu. Uhh .. tapi memang banyak tulisan 'hantu' yang telah si Maira tinggalkan di dinding rumah .. tak terpadam dan tak termampu saya nak ambil kesah.

Isteri saya hanya geleng kepala je sebab banyak tulisan 'hantu' tu ada 'gambar' isteri saya .. haha. Gambar bapak, tak berani nak lukis .. hehehe ..

Tulisan 'hantu' di dinding rumah
Maira Kata "Rumah Kami Berhantu"

Aduhai anak. Adeh.

Saya tak ada nak marah pun si Maira ni, sebab dia memang salah seorang anak-anak saya yang pandai melukis dan mewarna. Pernah menang hadiah pun kat sekolah, dan kat pertandingan melukis. Mungkin sebab tertumpah bakatnya dari saya tu .. huhu...

Hmm kalau andalah, sebagai ibu bapa .. nak marah tak anak yang suka conteng dinding macam di atas tu ... haha.. ni sebahagian je saya tunjukkan .. ada banyakkkkkk lagi lukisan 'hantu' yang Maira lukis merata tempat di dalam rumah.

Dalam tandas pun ada .. adeh.

9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sama macam anak saya. Tak menconteng waktu kecil tapi menconteng bila dah pandai menulis. Ada saja catatannya di dinding rumah. Mak pak redha je lah.

    ReplyDelete
  2. seram gak kalau ada contengan sebegitu..

    ReplyDelete
  3. lukis lah bunga ke, kurang lah seam tu sikit nak haha.. syafi dulu pn pernah kena gangguan masa gi tambun. rasanya ada cerita kt blog mama dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm anak anak kecil ni mmg kesukaan makhluk lain ..kan

      Delete
  4. selalunya budak2 lukis memang betul ada. haa hati2. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm kalau umur budak tu bawah lima tahun, mungkin juga .. ni dah darjah satu ni .. adeh

      Delete
  5. seram. sebab budak2 mmg boleh nampak benda2 mcm ni

    ReplyDelete
  6. Hahhaha... samalah dengan anak-anak Mrs. A masa kekcik sekarang niece pulak take over conteng dinding rumah neneknya. marah tu memanglah marah tapi lelama lantaklah.
    Bila mereka dah besar barulah cat semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saya tunggu anak-anak membesar je ni ... tapi mungkin lambat lagi kot nak cat rumah sbb dah ada baby baru ni .. hehee.. tak tahu peel dia macamana .. harap tak macam kakak dialah .. in Sha Allah.

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement